Thursday, January 31, 2013

Kalah Lagi.



Ada satu malam tu aku tweet,


I only exist when you need something.

Dan sejurus selepas tu aku mendapat reply dari kakak kawan aku yang kurang lebih berbunyi, 


Cuba disappear pulak bila dia perlukan something. Gigih efa!

Kau rasa apa reaksi aku? 


.............................

Ya, aku terdiam. Aku tak tahu apa yang tengah berlegar dalam kepala otak aku time tu.

Lepastu aku cakap sendiri, 


Ingat senang ke nak buat macamtu? Aku dah cuba. Tapi sama jugak. Gagal.

Bukan dia yang gagal, tapi aku. Nak kawal diri dari buat tak tahu bila dia perlukan aku tu sumpah bukan senang. Pernah je aku cuba keraskan hati tak layan dia, tapi tak lama mana pun. Ending dia aku ikut jugak kerenah dia. Sakitnya hati dengan diri sendiri. Mana entah hilangnya keras kepala aku, hati batu  Lenyap macam tu je. 

Mustahil korang tak pernah berada kat tempat aku. Maksud aku bila dia perlukan kau, kau buat keras hati. Buat tak tahu je. Seriously boleh? Jangan tipu. 

Ada sekali bila aku bagi cadangan, dia kata okay. Bila sampai nak laksanakan benda alah tu, dalam gelak aku suruh 'pihak lagi satu' buat. Bila aku cakap macamtu, dia pun pesen aku, diam. Dia tak pernah paksa aku untuk buat sesuatu. Tapi dia akan cakap,


Takpelah. I try buat sendiri. Nanti kalau apa-apa I tanya you sebab I tak reti.

Ampun, kau boleh tahan ke macamtu? Betul kau boleh tahan?

Jujur cakap, aku tak. Dan ya, aku kalah lagi. 

Sampai bila aku tak pasti. Tapi satu saat aku akan menang. Atau terpaksa menang. 

Wednesday, January 30, 2013

Memilih dan Dipilih.




Memilih dan dipilih itu mana lebih sakit?

Kalau ditanya pada aku, kedua-dua itu sakit. Kalau kau pernah dipilih tanpa memilih, kau kata rasa duduk dipilih itu lebih sakit. Tapi kalau kau pernah duduk di tempat memilih tanpa dipilih, kau kata memilih itu lebih sakit. Tapi bagi aku yang pernah menjadi salah satu pilihan dan punya pilihan, aku masih tak mampu bezakan perasaan mana lebih sadis.

Mana mungkin salah satu lebih sakit.

Kau bayang kalau kau punya dua pilihan. Tak perlu banyak pilihan, cukup dua sebab walau cuma dua, itu dah boleh bikin kau sengsara tak tidur malam fikir keputusan untuk buat pilihan. Kiri kau nak, kanan pun kau mahu. Tak nak terlepas keduanya. Perbezaan pilihan tu terlalu tipis. Senang cakap kalau boleh dua-dua pun kau tak nak lepas. Tapi nanti dikata tamak pulak. Lagipun, mana mungkin kau ambik semua pilihan yang ada depan mata. Mahu atau tak, kau harus buat pilihan. Ketepikan perasaan berbelah bahagi dan tetapkan hati. 

Kau rasa mudah duduk kat tempat orang yang nak buat pilihan? 

Dan bayangkan pulak kau adalah salah satu pilihan bagi orang lain. Baca ayat aku betul betul. Salah satu pilihan, bukan pilihan. Bermakna kau belum tentu lagi dipilih. Rasanya ayat tu pun dah boleh bikin hati sakit. Asyik terfikir sendiri yang kau ni akan menjadi pilihan dia atau pihak lain yang akan dipilih. Dalam erti kata lain, pihak lain menang, kau kalah. Celaka tak rasa? Ya, macam hampeh dia punya perasaan. Sepanjang itu jugak kau akan berusaha tanpa sedar untuk menang. Buat itu, buat ini. Itu kalau kau berusaha lah. Tak pun kau just duduk diam dan berserah pada takdir. Mungkin kau dah penat nak fight. Tapi persoalannya, betul ke kau yang akan menjadi pilihan? Atau orang lain. Apa kau sudah bersedia untuk semua kemungkinan tersebut?

Cemana, senang tak duduk kat tempat salah satu pilihan? 

Ah, dua dua pun sakit lah. Aku dah cakap.

Sebab tu lah aku cakap, kau yang membuat pilihan ke, kau yang menjadi salah satu pilihan ke sakit dia tetap sama. Sakit serupa bodoh.

Tuesday, January 29, 2013

QOTD #9

At one point, I'm just done trying and decide to go with the flow - EZ, 2013

Monday, January 21, 2013

Mula Hidup



Orang kata kalau nak mulakan hidup tu kena dari bawah. Bukan mencanak naik. Ibarat kau nak belajar berjalan, haruslah kau mula jalan dekat tempat rendah dan rata. Takkan nak terus panjat tangga. Kaki belum kuat, dah nak panjat tinggi. Mau kau jatuh terduduk. Masih ada ampun. Kalau jatuh tersungkur? Berdarah dahi.

Mengikut tafsiran aku, belajar mula hidup tu bila kau mula nak kumpul harta sendiri. Tak kira lah harta kau tu bentuk cemana. Basikal, motor, kereta, gadget, rumah, tanah, emas ah semualah. Tahap umur dan status mula hidup tu mungkin berbeza untuk setiap orang. Ada yang lepas habis SPM terus kerja dan kumpul harta sendiri. Ada yang lepas habis belajar terus kahwin lepastu kumpul harta bersama. Err.

Sebelum ni kau berdiri dan hidup atas usaha titik peluh mak dan ayah kau. Tapi sampai satu masa, kau kena bergerak keluar dari tempat dimana kau duduk sekarang dan rasa pulak cari harta sendiri. Time tu baru tahu rasa macam mana peluh merenik dekat dahi sebab gigih nak cari duit. Macam mana lelah nak paksa diri untuk bangun setiap hari semata-mata nak cari rezeki. Kalau sebelum ni cuma tahu sebut dan tadah tangan. Bila tak dapat merajuk, sakit hati dan marah ke mak dan ayah kau. Herh.

Kalau dah kata nak kumpul harta, haruslah membeli ye dak. Tak kan kau pergi mencuri hak orang pulak. Bila kata nak membeli tu, haruslah ukur baju di badan sendiri. Ikut kemampuan kata orang. Kemampuan kewangan terutamanya. Biar realistik sikit. Jangan sampai biar papa asal bergaya. Tak payah nak menunjuk dekat orang apa yang kau boleh beli kalau akhirnya kau sendiri terseksa bagai nak gila. Orang sekeliling pun bukannya bodoh yang tak faham apa itu istilah kemampuan.

Oh, tak. memang ada manusia yang senteng akal sikit. Yang pesen suka perlekehkan apa yang orang ada. Itu belum masuk pesen orang yang kalau sembang dia saje nak  menang. Cerita tu nun tinggi melangit. Buat kita yang dengar ni macam bodoh sangat. Padahal kita pura-pura bodoh sebab kesian dengan kebodohan kau.
Okay, aku off topic tadi. Berbalik ke cerita asal.



Mak aku selalu cakap, kalau nak sesuatu tu kita kena korbankan sesuatu. Kau kena korban, duit, masa, tenaga, perasaan. Sama ada kau kena kerja lebih sikit, kawal sikit belanja or apa cara yang kau rasa sesuai untuk dapatkan apa yang kau nak. Sebab kalau tak, sampai bila kau nak senang. Ikut nafsu ni memang sampai bila pun tak sudah. Itu nak, ini nak.

Lepastu bila nak membeli kena tengok kemampuan kita harini. Bukan akan datang. Memang harta yang kau beli tu untuk kesenangan akan datang. Tapi kena ingat, harini pun kau masih nak kena hidup. Bukan kau boleh fast forward kan hidup terus ke akan datang dan skip semua masalah dan keperluan harini. Cumanya, takkan kau takde perancangan nak impoved taraf hidup kau. Takkan kau nak terus duduk selesa dekat mana yang kau ada sekarang. Lumrah manusia, tak pernah puas dan cukup dengan apa yang dia ada. Tak bersyukur dan tak puas dengan apa yang kau ada tu berbeza. Kau kena faham kat situ. 

Bila kita spend duit dekat something yang kau boleh nampak mana perginya tu lagi berbaloi daripada kau belanja punya belanja lepastu kau sendiri tak tahu mana mengalirnya duit kau tu. Tahu tahu dah licin. 

Hidup ini ada berubah-rubah. Sama ada makin baik atau makin buruk. Itu kau sendiri tentukan. Sebab pilihan tu terletak dekat tangan kau. Bak kata seseorang ke aku bila aku bising dia terlalu hard working sampai lupa kebajikan diri sendiri,

Nak buat macam mana. Bukan senang nak senang. Bukan susah nak susah.

Friday, January 18, 2013

QOTD #8

Tak reti bersyukur dan tak pernah puas dengan apa yang dia ada tu berbeza. Kau kena faham. - EZ, 2013

Saturday, January 12, 2013

Pilihan



Bila kau punya pilihan tapi kau tak boleh memilih itu sama teruknya dengan kau boleh memilih tapi kau tak punya pilihan. Takda beza.

Tapi terpulang dekat kau macam mana nak tafsir. Bagi aku kedua-dua tu sakit. Sakit serupa bodoh. Apa guna aku dihidang dengan sejuta pilihan kalau aku tak diberi peluang untuk memilih? Serupa kau simpan semua pilihan itu dan tunjukkan aku satu pilihan yang secara terang harus mengikut pilihan kau. Aku tak sakit hati melihat semua pilihan lain, aku tak membuang masa membandingkan baik buruk pilihan yang ada dan aku tak perlu teruja melihat semua pilihan tu.

Kau kata kuasa memilih dekat tangan aku, tapi akhirnya keputusan yang harus aku buat masih tertakluk pada pilihan kau. Apa ni?

Sama seperti kau pindahkan kuasa memilih ke aku, tapi ternyata tu semua penipuan mata. Kau beri aku satu pilihan semata. Apa lagi yang harus aku pilih kalau bukan satu-satunya pilihan kau beri tu? Akhirnya kuasa memilih aku terbazir secara sia-sia. Tapi kau kata itu pilihan dan keputusan aku sedangkan pilihan aku tu berdasarkan pilihan kau. Ya, satu-satunya pilihan yang beri ke aku.

Kau ternyata bijak. Atau aku yang bodoh?

Takpe, aku lebih rela mengaku kau bijak dari mengaku aku bodoh. 

Hidup ini penuh dengan pilihan. Tapi soalnya pilihan apa yang kau ada? Dan apa kau boleh memilih? 

Wednesday, January 9, 2013

QOTD #7

Kalau rasa sayang itu boleh dikawal, rasa sakit boleh dibendung, rasa sedih boleh dihapus, berbahagialah aku sepanjang hayat - EZ, 2013

Friday, January 4, 2013

Tak Dijangka.




Langit tengah menangis dekat luar sana. Apa lah yang duka sangat agaknya. Mata aku dah kering air mata. Hati pun dah penat meronta. Yang tinggal cuma sisa duka. Tapi sampai bila.

Teringat perbualan BBM antara aku dengan kawan aku yang tak berapa nak serupa perempuan. Tapi dia punya cakap bikin hati perempuan aku sayu. Tersentuh. Sebak datang tanpa diundang. Bayangkan mata melilau dengan kaki berjalan nak cari barang, nafsu terhadap barang obsesi hilang sebentar, nafas aku tahan, bb aku genggam, air mata yang bergenang aku buat tak perasan.

Kawan : Kawan baik kau lelaki?
Aku : Lelaki ada perempuan ada.
Kawan : Oh.
Aku : Kenapa?
Kawan : Sebab lelaki dengan perempuan kan tak boleh berkawan baik. Salah seorang kecundang.
Aku : Tapi kalau dua dua kecundang?

Soalan tiba-tiba, dengan cara tak sengaja, pada masa tak diduga tu membawa ke satu perbualan lain. Perbualan berkisar tentang sisi aku yang lain. Yang jarang aku tunjukkan di hadapan orang. Benci betul aku ke minah ni bila dia berjaya bukak sisi aku yang aku simpan kemas tu.


Ada benar apa yang dia cakap, tapi aku masih mempersoalkan kebenaran tu. Sebab aku jugak benar. Keadaan yang salah.

Aku rasa nak celaka kan apa yang dia cakap, persetankan semua tu. Tapi satu saat aku sedar, apa yang dia bagitahu tu betul. Aku kena rasional. 

Bak kata kawan, 

"Kau percaya jodoh kan? One fine day, kau akan jumpa jodoh kau."


Ayat yang tak pernah seorang pun cakap ke aku selama ni. Dan aku tak pernah terfikir ada orang akan cakap ke aku serupa tu.


Dan aku pulak nak cakap ke kawan aku tu,

Terima kasih sebab tanya. Tapi aku benci kau sebab buat aku hampir menangis. Kau faham tak?

Betul orang kata, nak jumpa kawan yang boleh nampak kita punya duka masa kita tengah ketawa bukan senang. 

Belum pun reda rasa lega, tiba-tiba ada tiga notification BBM masuk.

Hye you. Apa khabar? Sihat? Apa bikin?

Aku renung BB dan ayat tertera. Tak tahu nak rasa teruja atau rasa celaka. Tak perlu tengok nama, aku dah tahu siapa dia. 

Thursday, January 3, 2013

Tahun Baru. Klise.



Rasanya lambat sangat tak kalau aku ucap selamat tahun baru sekarang ni? Jangan nak mengada cakap lambat sangat lah kan, baru tiga hari kot. Kalau bunga segar letak dalam pasu yang ada air pun tak sempat layu lagi. Okay dah. 

Aku nak cakap pasal apa ni? *garuk tangan* Oh ye.

Biasalah, tahun baru, orang mesti tanya azam baru ye dak? Klise sangat. Dari aku start pandai cakap sampai aku dah letih nak cakap. Orang duk tanya soalan yang sama je, 'Apa azam baru?' Bosan tahu bosan. Tapi layan kan je lah. Kang kalau tak jawab dikatanya kita takde azam. Mulut macam memintak mintak je.

Kalau kau nak aku senaraikan azam aku memang tak cukup aksara ni aku nak tulis. Almaklum, azam aku tu dibawa kedepan dari tahun tahun sebelumnya. Maka, haruslah bertimbun dan bertindih. Kalau kata nak buat buku, dia setebal novel remaja. Nampak sangat aku tahu berazam tapi tak tahu nak laksanakan. Cakap aku eh? Jap aku cari cermin nak pinjamkan kat kau, kalau kalau cermin tu boleh membantu kau menganalisa diri sendiri. 

Bagi aku kalau nak berazam, ada misi, ada visi tak payah tunggu tahun baru. Nak berubah tak payah tunggu tahun baru. Sekarang pun boleh berubah kalau kau nak. Resolusi untuk diri sendiri maksud aku. Dan berubah ke arah kebaikan. Bukan makin teruk. Herh. 

Tapi aku tak kata lah salah kalau kau nak berazam untuk tahun baru. Takde masalah. Maksudnya kau masih ada misi dan visi dalam hidup. Okay kan? Persetankan apa orang nak cakap. Cumanya, usaha lah untuk azam tu. Jangan biarkan azam tu tinggal azam semata. Aku cakap ni pun untuk diri aku sendiri jugak *angguk kepala*



Kalau tanya aku apa azam aku,

Aku nak hidup aku lebih baik dari sekarang. Aku tak kata hidup aku sekarang teruk, cuma aku nak yang lebih baik. Jap, ayat tu mungkin terlalu umum. Boleh tahan kepochi gak engkorang ni.

Aku nak tambah harta. Since aku dah ada motor, aku nak kereta pulak tahun ini. A ah lah, aku ada motor je sekarang. Kesah apa aku. Kau tengok lepas ni, dedua aku ada. *muka angkuh* Tengok, cemana Tuhan nak bagi rezeki, belum dapat dah lupa diri. Astaghfirullah. Dasar manusia. 

Kalau dari segi belajar, aku dah dapat sambung degree. So, terangkan hati aku, permudahkan urusan aku. Semoga aku dapat habiskan semua seksaan duniawi ni cepat. Ini pun kekadang stress tahap nak gantung diri kat kipas. 

Semoga hati aku lebih cekal, kuat, tabah, teguh. Ah, semualah! 

Sementelah umur aku dah 21 tahun ni, eh umur aku dah 21 tahun? Err, dah boleh cakap pasal jodoh kan. Hiks. Orang kata kalau nak jodoh cepat sampai kena ada doa. Azam tu pun satu doa. Makanya, soal jodoh tu pun salah satu azam aku tahun ni. Jangan salah faham. Aku tak kata lah aku nak kahwin tahun ni sebab aku belum ada calon. Sebab tu lah aku berazam kau tahu. Sepuk kang.  

Semoga rezeki aku bertambah murah. Jadi anak yang lebih baik, menjadi hamba Allah yang bernama manusia dengan lebih taat. InsyaAllah. 

Amin ya rabbal alamin.

Cukuplah, tak kan aku nak cerita semua kat sini. Terlalu awal aku nak jangkakan apa yang bakal aku lalui dan hadapi untuk tahun ini. Aku tak pasti apa yang dua ribu tiga belas sediakan untuk aku. Aku pun tak tahu apa yang aku nak bagi pulak kat dua kosong satu tiga ni. Cuma, aku berharap sesuatu yang lebih baik menanti aku didepan. Dan aku pastinya mendoakan yang baik-baik untuk semua.

Tanya aku je, apa azam korang?