Friday, May 20, 2011

Kesah Last Minute.

Yeah, mid-term masih berjalan dengan sadisnya. Memandangkan musim exam ni, aku pun nak post entry something yang related sewaktu dengannya which is last minute.

Dalam berpuluh juta manusia yang suka buat kerja last minute, aku adalah salah seorang mangsa yang tak berapa nak bertuah terjebak dalam kancah last minute ni. tapi aku ni bukan lah semua kerja dok buat last minute. Taaakk. Tengok keadaan. Aku kasi focus sikit kat satu hala iaitu exam.

Haaaa, tu dia aiihh. aku nampak dah. Ramai yang mula tunjuk muka yang macam nak angguk, macam nak geleng tak nak ngaku. come on guys. aku tau korang pun sama kan ?

Aku pun tak tahu lah kenapa susah sangat aku nak ubah perangai nan satu ni. Nak kata salah ibu mengandung tu, dah sah-sah lah tak. Sejak azali gamaknye. Tapi tak jugak. Meh aku cite.
Dulu masa aku nak UPSR, aku bukan jenis yang last minute. Aku memang focus gila study dalam kelas. Kelas tambahan datang sesaje. susah nak ponteng. Homework sentiasa buat. Takde istilah tiru-meniru yang kononnya kerjasama tu. Al-maklum, time tu ibarat suci dalam debu lagi. Budak lagi kan. ke kiri kata cikgu, ke kiri lah aku. ke kanan kata cikgu, haa, ke kanan lah jugak aku. Mana tak nya, cikgu masing-masing garang. Salah satu soalan dapat satu rotan.Try imagine kalau 10 soalan salah. Tak nipis tapak tangan kau senah ? Kalau betul pulak kena explained kat classmate.Tak reti explained cikgu tuduh kau meniru. aihh, serba tak kena time tu. Tak datang extra class kena tanya. Alasan tak munasabah, sedas lagi dapat kat tapak tangan. Result cam sampah sedas lagi. Haa, kau cakap kat aku, apa lagi tak cukup. Nak-nak kombinasi cikgu yang ajar kelas aku time tu semua dah macam ajar dekat sekolah Juvana. Umak aihh. Tengok, aku dah melalut.

Apa yang Aku nak cakap sebenarnya, masa aku UPSR dulu, aku ni bukan student yang suka buat kerja last minute. Kalau tak baca pun aku dah boleh jawab exam time tu. Kenapa ? Ni sebab aku pulun habis bila time yang sepatutnya belajar. Almost everyday aku akan bukak buku. Logik lah jugak kalau dah hari-hari de homework. sekolah pun 6 hari seminggu. Mau tak hari-hari hadap buku. So, takde problem lah andai kata tak sempat baca masa nak exam tu. hidup pun still chilled eventhou time tu nak exam. Rindu pulak zaman sekolah rendah~

Tapi itu semua dulu. Tinggal kenangan.

Naik sekolah menengah. Tu dia. zaman jahiliah dah mula. Everytime nak exam, baru lah sibuk nak cari buku. Kalau tak, terbiar je buku tu. Masa PMR dah start problem. Kau tengok aku punya tahap masalah. Orang lain punya problem sebulan or dua tiga bulan nak exam baru nak revision.Aku taak. seminggu before PMR tu baru aku terhegeh-hegeh cari buku. Dan dalam masa seminggu tu jugak, mana pun family aku pergi aku tak ikut. Stay dekat rumah and keep study. Kalau aku follow diorang nanti aku tak study. Dah lah tak ingat apa-apa sebab tak study betul-betul before tu. Korang tak tau macam mana robeknya hati aku tengok diorang bersuka ria masa nak keluar tu -.- Nasib iman kuat lagi. Hasilnya, agak memuaskan ye kawan-kawan. Tak sia-sia aku tak keluar seminggu.
Sampai pulak SPM. Time ni aku konon nya nak bertaubat. Start dari awal. Niat nye begitu lah. tapi macam biasa lah. Insan lemah yag tak tahan godaan macam aku ni. Jadi lagi benda yang sama. Last minute baru nak study. Tapi ada kemajuan sikit lah. aku study awal sikit. lebih kurang sebulan sebelum exam kot. Tapi tulah dia, kalau dah terbiasa last minute, Tuhan balas kau kat aku. nak sangat last minute kan, hamikk kau. Aku salah baca jadual exam! OMG! Kau tak tau. Lagi 10 minit before masuk dewan baru sedar. Aku punya meggelabah jangan cakap. Nasib kawan aku sempat tolong revised sikit-sikit. Lagipun subjek itu aku selalu baca n bagi attention lebih sikit dalam kelas. So, takde masalah sangat. Hasil pun, boleh lah tu kan. Masih di tahap boleh mengucap Alhamdulillah. HAHA.

Ada benefit sebenarnya kalau study awal ni. Yelah, takde lah bagai nak gila kan study bila nak exam. Kalau ada emergency pun, kau still boleh cover paper tu sebab kau dah pulun habis. Tapi tulah, cakap memang senang, try buat. belum tentu boleh. Sometimes, tahap keseriusan masalah aku ni, kejap lagi nak exam, ni ha sekarang baru nak baca. Betul, tak tipu.Selalu pun aku buat macam tu. Masalahnya bukan nak cuba refresh balik apa yang dah baca.Tapi memnag baru nak start baca! Tak gila ?Bukan tak cuba muhasabah diri, tapi tulah. susah nak cakap. HAHA.

Kau tanya apa ? STPM ni ? err, rasa-rasa ? HAHA. dengan hina dan dina nye aku mengatakan ye, aku masih belum dibebaskan penjajah last minute. kesian kan aku -.-

P/S : selagi aku jadi student, selagi tu aku jadi mangsa last minute. Tunggu aku habis study, goodbye last minute. HAHA.