Monday, July 27, 2009

SILAT SENDENG BETAWI

malam ahad yang lepas,aku & family sempat berkunjung ke rumah uncle aku untuk menyaksikan majlis khatam silat yang diadakan di Bukit Sentosa,Rawang. ketika itu, terasa berbunga bangga hati ini apabila warisan keluarga aku mampu sampai ke tahap itu. sebelum ini, silat ini bergerak secara tidak rasmi di PuchOng dimana kediaman arwah atOk menjadi gelanggang mereka berlatih untuk beradu kekuatan setiap malam jumaat & sabtu. ramai penduduk kampung kawasan berhampiran menyertai silat ini. suatu ketika dulu, beliau amat dikenali di kalangan penduduk PuchOng. even kini, ade yang masih mengenali beliau.

silat ini diasaskan oleh arwah atOk aku sendiri iaitu SHAMSUDDIN B. ROSLAN atau lebih dikenali dengan gelaran 'SI PITUNG'. silat ini ada kaitannya dengan indOnesia kerana ia merupakan salah satu destinasi arwah menuntut. silat ini juga merupakan silat yang agersif berbanding silat-silat lain yang ada di Malaysia. kini, pengasas kepada persatuan adalah anak kepada Si Pitung iaitu AZMAN B SHAMSUDDIN. Persatuan Silat Sendeng Betawi ini telah didaftarkan dibawah Kementerian Belia & Sukan. ia bergerak secara aktif dengan mengadakan pertunjukan di pasaraya sekitar Malaysia, kenduri kahwin & segala jemputan yang ada. sudah mempunyai anak didik seramai hampir 100 orang dari pelbagai peringkat umur & bangsa. ada juga ahli private dimana jurulatih datang ke kediaman pelajar tersebut.pelbagai penyertaan amat dialu-alukan.
anda bOleh melawat ke blOg khas silat ini : http://myjiranmuda.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment