Ada jugak yang cakap scandal ni relation lebih serius tak macam teman tapi mesra yang lebih ke arah kawan rapat. yelah kot. aku sendiri tak sure pasal dua terms ni . tapi rasanya dua-dua lebih kurang sama je.
orang selalu kaitkan scandal atau teman tapi mesra itu dengan benda yang tak baik. means, ada je pandangan buruk tentang hubungan scandal. aku pulak tanya balik, ye ke tak baik ? aku pun tak tahu kenapa, tapi aku tak begitu memandang hubungan scandal itu sebagai satu benda yang terlalu teruk.
iyelah, tak semestinya scandal je, jahat. scandal je curang. scandal atau dalam erti kata lain 'teman tapi mesra'. ouh, manisnya bunyi. sedap je dengar. ulang lagi boleh tak ? teman tapi mesra. okay :)
tak dinafikan jugak. kalau aku sendiri dari sisi seorang girlfriend yang boyfie aku ada scandal or teman tapi mesra lain. aku pun mesti tak suka jugak. normal lah kan benda tu. boyfie kau ada lagi seorang perempuan yang lebih kurang taraf dia kat boyfie kau.just dia tak officially declared. means cara layanan and everythg yang dia dapat lebih kurang sama macam apa yang kau dapat. silap haribulan dia dapat lebih dari apa yang kau ada. yelah kita bukan tahu pun. sedangkan kau ni ni girlfie dia. minah tu sapa ? . why the hell diorang macam tu ?
tapi lagi satu bahagian kalau kau berada di sisi perempuan yang berteman tapi mesra dengan boyfie orang lain. kau mesti tak rasa benda ni salah sebab kau tak rampas lelaki tu dari girlfie dia. kau just ber'kawan' je dengan dia. dah macam bestie. kalau kau nak, dah lama kau buat. tapi diorang still jadi sweet couple until now. tak nampak ke ?
maybe ada sebab kenapa dua orang lelaki dan perempuan (aku cakap soal golongan yang straight je ye, yang tak tu bukan urusan aku) tu tak declared. antaranya musababnye :
- One or both of them dah berpunya. tapi hati tu tah kenapa boleh tersangkut kat orang lain. nak dengan yang teman tapi mesra ni, tapi de bf/gf. tak sampai hati pulak nak tinggal.
- Tak berani nak officially declared. alasan ? takut terkandas lagi. biar lah dulu sebab baru je putus cinta.
- Bukan tak nak, tapi relax lah dulu kan. take time untuk kenal satu sama lain lagi. sampai masa kita couple.
- Memang tak berniat pun nak couple dengan orang tu, lelaki atau perempuan tu hanya sekadar kekasih separuh masa.sebab bagi dia seronok ada life macam tu. Pfffttt!
Kalau bab kasih sayang, dua-dua ni okay. masing-masing dapat nisbah kasih sayang yang mencukupi. puas hati. setakat sesi bermanja tu apa ada hal kan. scandal ni macam final stage before couple. so, apa yang couple buat, lebih kurang jugak lah teman tapi mesra buat. just agak terbatas sebab tak officially declared. itu je.
Nak cakap soal jelous dalam teman tapi mesra ni yang susah. iyelah, nak cemburu lebih-lebih pun bukan kita punya kan. nak tak nak, makan hati jugak lah. cemburu pun diam je. depan kita maybe dia tak kesah. belakang kita mana kita tahu kan. entah-entah dia merungut, belum jadi gf/bf aku dah nak cemburu lebih. susah jugak. tapi yang best nye, bila kita pulak dengan orang lain, dia pun tak boleh bersuara sebab kita bukan dia punya. fair lah kan ?
kalau nak mention kat public pasal kita dengan dia pun payah. nak cerita itu ini kena cover. tak boleh sesuka hati cerita dengan orang. kita takde apa-apa dengan dia, tapi bila fikir balik macam ada. lagi parah kalau dia de gf/bf atau sewaktu dengannya. ouh my. itu lagi menyakitkan. nak kata mendoakan dia cepat putus tu tak tau lah. maybe some of them ada yang berniat macam tu, dan ada yang tak.
bila dah menjalani satu tempoh menjadi teman tapi mesra ni, pernah tak terfikir hala tuju atau ending cerita hubungan tu ? for sure mostly ya, dan ada yang tak. tipu lah kan kalau korang cakap korang tak kesah langsung apa nak jadi kat korang after korang lalui semua tu. mesti korang nak tau apa lah agaknya jadi kat korang. tapi tak dapat jawapan. berapa lama agaknya korang boleh tahan dalam situasi yang diluah mati emak, ditelan mati bapak ni ? kalau cakap nak tunggu tapi tak tahu bila pun macam buang masa jugak betul tak ? ini lah part yang paling susah dalam hubungan serba kabur ni. tak nampak sign yang boleh kita ambik tindakan.
senang cerita pandai-pandailah selesaikan hal tu. HAHA.
*P/S : kalau ada dah coupled tapi de teman tapi mesra or scandal tu curang lah jugak kan namanye ? confused.
sayang . hehe , i love at the end of yr story . hehe .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemacam aku lah . dia layan cukup baik . tapi last last dia cakap aku ni skandal dia . sakit kan 😊
ReplyDelete