Monday, December 13, 2010

lelaki donut , perempuan tomboi.

dalam berjuta kawan korang, ada tak yang lelaki lembut dan perempuan tomboi. bukan gay and lesbian eh. baca soalan aku betul-betul.

aku ada kawan lelaki donut, perempuan tomboi, lesbian, pengkid, bapok, etc. kawan gay je yang aku takde. hehe. tapi apa yang aku nak bincangkan dalam entry ni fokus kepada isu lelaki donut atau lembut dan perempuan tomboi.

ini antara faktor kenapa mereka boleh menjadi tomboi dan donut.
  1. Ada antara tomboi dan donut ni dilahirkan semulajadi berperwatakan macam tu. apa pun usaha diorang, tetaplah nampak macam tu. hakikatnya diorang tak macam tu. luaran je. nak kata keadaan sekitar yang buat diorang berkeadaan begitu tidak. tapi itulah sifat semulajadi yang sukar diubah. ada yang berjaya, tapi makan masa yang lama untuk berubah. ada yang tak berjaya langsung, dan bawak sampai ke tua.
  2. Ada jugak yang jadi tomboi dan donut disebabkan pengaruh keadaan sekeliling. means, atas didikan atau cara dibesarkan menjadikan dia seorang yang lelaki lembut atau perempuan keras. contohnya, family yang ada anak tunggal perempuan and the rest of was boy. so, secara tak langsung dia kan menjadi seorang perempuan ala-ala lelaki sebab dah terbiasa bergaul dengan lelaki.
  3. Ada pulak yang jadi tomboi dan donut disebabkan kemahuan naluri diorang sendiri. may be diorang nak mencuba atau rasa jadi sifat yang bertentangan dengan diorang yang kononnya seronok. hakikatnya, apa yang diciptakan untuk kita adalah yang terbaik.


pandangan aku tentang lelaki donut dan perempuan tomboi.
  1. Bagi lelaki donut, mulut diorang kebiasaannya lebih laser dari perempuan tulen. percakapan yang agak kasar berbanding perempuan sebenar. may be sebab sifat keperempuanan yang ada dekat diorang. hakikatnya, perempuan sebenar tak lah sampai macam tu sekali. kecuali kalau memang jenis out spoken.
  2. perempuan tomboi pulak kasar nye bukan main. mengalahkan lelaki. kalau cakap nak suara kuat je. ayat nak jantan je. gaya pun nak keras. serba-serbi nak ikut lelaki kasi nampak jantan. padahal lelaki tak lah macam tu. lelaki tulen lebih natural dalam sifat kasar dan diorang lebih gentle.
  3. lelaki donut kebanyakannya lebih bijak dalam soal fesyen dan sebagainya. gaya diorang lagi vogue dari perempuan tulen.
  4. perempuan tomboi nak bergaya sebijik macam lelaki. pakai sneakers, jeans koyak-koyak, rambut pacak-pacak. from top to the bottom exactly like a man.


hakikat golongan ni.
  1. even perempuan tu tomboi, dia tetap seorang perempuan. naluri, perasaan diorang yang paling dalam tetap perempuan. sifat sensitif, mudah menangis, kuat tersentuh, etc. that's why kalau kita tengok, perempuan tomboi ni kalau kena bahan senang merajuk. betul tak? haha. puas lah nak kena pujuk baru okay. lepas okay bajet tak merajuk, tak nak menagku yang dia merajuk. malu lah kan. tak jantan lah kalau merajuk.
  2. lelaki donut pulak macam mana pun dia tetap lelaki. buat lah apa pun, hati dia yang paling dalam tu tetap lelaki. kalau tak percaya, kalau korang bahan lelaki donut ni, gerenti diorang cepat naik angin kan. korang pun mesti kena bahan balik dek dia. sama lah macam lelaki, cepat panas dan kalau bahan orang tak ingat dunia. kalau tak kena gaya, korang boleh bertumbuk dengan lelaki lembut ni okay. jangan main-main. haha.


atas dunia ni memang Tuhan ciptakan macam-macam golongan atas pelbagai tujuan. tapi asasnya ada dua je iaitu lelaki dan perempuan. terpulang macam mana kita nak gunakan apa yng Tuhan bagi sebaik mungkin. bersyukurlah atas apa yang dikurniakan.

*P/S : aku sensitif, mudah tersentuh dan kuat nangis macam perempuan tulen. tapi kuat marah dan agak kasar macam lelaki. tapi perwatakan dan gaya memang perempuan. macam mana tu eh ?

No comments:

Post a Comment