so, today aku nak post pasal mind set which is aku rasa menarik. dah lama nak buat entry pasal topic ni. tapi tak terbuat. issh.
okay, apa yang korang faham pasal mind set ? korang tanya aku balik ? aku dah agak. mesti korang tanya aku dulu. memang unfair. well, ini yang aku faham pasal mind set.
hampir semua tindakan yang kita lakukan dikawal oleh minda. kenapa bukan semua ? sebab sometimes apa yang kita buat tu berdasarkan emosi. dan ketika itu, minda gagal berfungsi dengan baik.kita pun dengan setan beraja dalam hati tu melulu je ikut kan.
dulu aku macam tak faham dengan konsep mind set. lagi - lagi dalam kem motivasi or what. duk beribu kali orang explained pasal mind set. aku bukan ambik port pun. sebab aku tak rasa benda tu satu isu yang besar. then, bila dah jadi kat diri aku. yes, i know then.
dulu, aku pernah masuk sekolah teknik sepang. tak lama pun aku duduk situ. lebih kurang sebulan je. kenapa ? sebab aku rasa yang aku tak boleh duduk situ. aku rasa terlalu dikongkong. setiap jam dalam hari aku dah ditetapkan aktiviti. hidup aku terlalu disusun rapi. aku dah terbiasa hidup tak dijaga macam tu. aku terlalu free.but it doesnt mean my parents tak control or care pasal aku langsung. nope. diorang still control aku. they just gave me to planning everything on my own in my every single day. so, nak ubah benda tu bukan senang. dan aku ni masa tu memang setengah mati cakap yang aku tak boleh duduk situ. berjuta alasan aku bagi kat family aku untuk aku keluar dari situ. at the end aku keluar jugak. but before aku keluar tu, ada satu cikgu cakap kat my parents yang masalah aku ni satu je. mind set which is aku asyik kata tak boleh duduk and study situ. that's why aku tak boleh. and at that time aku buat tak endah je sebab aku tak rasa pun itu isunya.
then, naik form six. its totally different with the situation before in technic. aku dapat offer dari uitm untuk continue study, tapi aku tak pergi. then, aku dapat Form 6. aku survey dengan ramai orang. mintak opinion mana satu yang aku patut pilih.whether uitm or form 6. most of them suruh aku ambik uitm sebab Form 6 susah. dengan payahnya aku buat decision. and I decided to choosed Form 6. macam-macam yang orang cakap kat aku pasal Form 6. susah lah, tak bagus, susah continue study in uni, etc. tapi aku still tak berganjak dari decision aku nak ambik Form 6. even now, diorang masih dengan cakap-cakap yang aku tak endah langsung. apa pun yang diorang cakap, aku tak ambik port.
dengan mudahnya, nampak tak mind set function kat sini ? orang cakap yang aku boleh masa kat teknik. tapi aku tetap cakap tak boleh. kenapa ? sebab mind set aku awal-awal cakap yang aku tak boleh. tapi bila naik Form 6, berpuluh orang cakap yang Form 6 ni tak bagus, tapi aku still continue form 6. tak stop pun. why ? sebab aku rasa yang aku boleh bawak Form 6. since aku dapat offer tu, aku memang dah niat nak ambik Form 6.
so, based on this exeprience, aku sedar yang mind set tu penting. kalau kita dah set minda kita dengan bad things. memang tak baik lah penghujungnya. tapi kalau kita dah setting mind kita with positive thing, it will be positive jugak lah nanti.
*P/S : but seriously, it's not easy to change our mind set.
yup , totally im agree wif yr opinion bout mind set . For me, mind set can easily control our decision .
ReplyDeletekann ? tau takpe :)
ReplyDelete