bila berbicara sOal menangis dan air mata,of cOurse fikiran setiap orang akan tertancap kepada perempuan. kenapa.? istilah ini sudah menjadi satu lumrah dalam kehidupan kita. Tuhan sudah ciptakan air mata untuk menjadi senjata kepada wanita dan lambang keperempuanannya. perempuan sememangnya mudah untuk menitiskan air mata dalam segala segi. ini kerana perempuan mudah tersentuh hati dan persaannya. hatinya umpama sutera yang perlu sentiasa dijaga dengan rapi. bagaimana kami kecewa ditangisi dengan air mata, begitu juga gembira yang kami raikan dengan air mata. cuma, perasaan & makna air mata saja yang berbeza ketika itu. air mata perempuan sering disalah ertikan bagi kaum adam. mungkin egO mereka yang tinggi melangit menjadikan mereka sebegitu sehingga mengatakan air mata itu adalah satu kelemahan. tapi apakah mereka sedar bahawa di bahu setiap perempuan di atas muka bumi ini terpikul satu tanggungjawab yang begitu besar.?
dari kalam Tuhan Yang Maha Esa :
" saat Ku ciptakan wanita, Aku membuatnya sangat utama. Ku ciptakan bahunya agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun bahu itu harus cukup lembut dan nyaman untuk menahan kepala bayi yang sedang tidur"
" Ku berikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan bayi dari rahimnya walau kerap berulangkali menerima cerca dari si bayi itu apabila ia telah membesar."
"Ku berikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang meyerah saat semua orang sudah berputus asa"
" Ku berikan kesabaran jiwa untuk merawat keluarganya, walau dia sendiri letih, walau sakit, walau penat, tanpa berkeluh kesah"
"Kuberikan wanita perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam semua kondisi dan situasi apapun. walau acap kali anak-anak itu melukai hati dan perasaannya. perasaan ini pula yang akan memberi kehangatan pada anak-anak yang mengantuk menahan lelap. sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya."
" Ku berikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. sebab bukankah tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tidak terkoyak.?"
" Ku berikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian & menyedarkan bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi & saling menyayangi"
" dan akhirnya kuberikan ia air mata, agar dapat mencurahkan perasaannya. inilah yang khusus kepada wanita, agar dapat ia gunakan bila masa pun dia inginkan. ini bukan kelemahan bagi wanita, kerana sebebenarnya air mata ini adalah ' AIR MATA KEHIDUPAN'."
air mata merupakan cara terbaik untuk kaum hawa meluahkan segala perasaan yang bersarang dihati. bukan semua,tetapi segelintir kaum adam tidak mengerti keadaan yang sudahpun Tuhan ciptakan ini. bukan mudah untuk perempuan melalui segala detik dalam hidupnya. pelbagai ranjau cuba direntasi. perempuan juga seringkali dianggap lemah semata-mata sifatnya itu. ye. mungkin kenyataan yang cuba dilekatkan kepada kami itu benar. namun, sebenarnya jiwa seorang perempuan itu jauh lebih tahan & kukuh daripada kOnkrit yang dilambangkan kepada luaran lelaki.! kemanakah sandaran perempaun apabila dirundung awan yang mendung.? hanya sendirian kami laluinya. kepada siapa pula lelaki sandarkan perasaannya yang diruntun duka.? pasti kepada wanita.! jadi renungkanlah.
No comments:
Post a Comment