Friday, February 28, 2014

Trust me, I'm lying.

Percaya. Jujur.

Berat sangat nak cakap isu percaya dengan jujur ni. Benda yang tak kan berkesudahan. 

Sebelum pergi lagi jauh, ini kata pujangga yang bagi aku secara tak langsung tunjukkan konsep asas pahitnya hakikat hidup ni yang tak ramai orang boleh terima tapi tak sedar yang diorang adalah salah sorang dari kebenaran manusia ni. 

It’a a basic truth of human condition that everybody lies. The only variable is about what.
 ~ Dr.House

Secara mudah dan secara terang nya, memang setiap manusia dalam dunia pernah tak berlaku jujur atau dalam erti kata lain, menipu. Cuma yang berbeza, apa yang kau tipu, siapa yang kau tipu, tujuan tipu dan selama mana kau nak menipu. There you go.

Dalam tujuh billion manusia, kalau kau boleh jumpa tak payah banyak, cukup sorang yang mengaku dia tak pernah menipu dan dia betul-betul tak pernah buat, jujur tahap dewa dewi, kau memang insan terpilih. Bukan orang tu je suci, dengan kau kau sekali aku kategorikan manusia terpilih. Kakakaka. Orang ni kekadang lupa apa itu tipu. Sebab, 




Kenapa tak boleh berlaku jujur kalau ada pilihan untuk menjadi yang benar? Tak jujur langsung pun akan bawak banyak masalah. Jujur sangat pun akan bagi banyak masalah. 

Aku tak nak question sejauh mana kejujuran orang dengan aku sebab bagi aku benda ni bukan sesuatu yang boleh dihurai dengan kata-kata. Sama jugak dengan percaya. Tak boleh nak dipupuk. Rasa percaya tu datang dengan sendiri. Macam berjanji, cakap tak buat tapi tetap buat pun sama jugak. 

Aku bukan orang yang jujur secara keseluruhan sebab tu aku pun tak expect orang untuk jujur sehabisnya dengan aku. Sama macam aku tak letak sepenuh kepercayaan dekat orang, buatkan aku tak kisah kalau orang tak percaya aku. Aku pun jenis kadang-kadang tak berpegang pada janji, buatkan aku tak berharap untuk orang pegang dia punya cakap dekat aku. Hidup ni kan berputar. What you give, you get back. Hukum alam ni yang selalu buat aku berpijak pada bumi yang nyata. Tahu mana letak duduknya diri aku. Nak cakap lebih pun, tengok diri sendiri dulu. 

Tapi aku ni masih manusia biasa yang kadang lupa diri. Yang tahu rasa marah dan upset bila orang buat benda yang aku pernah buat dekat orang. Buat aku tahu rasa apa yang orang rasa bila aku buat. Walau kekadang aku tak pasti aku patut rasa apa yang aku rasa. Cuma aku tak nak persoalkan orang punya jujur, orang punya trust, orang punya janji. Kalau orang nak question aku tu, dia punya hak. Macam aku ada hak untuk menipu, macam tu jugak orang ada hak untuk tak percaya dan persoalkan semua pasal aku. Aku anggap diorang lupa macam mana bumi ni berputar je lah. 

Dalam sesetengah keadaan, bila orang terlalu mempersoalkan kejujuran aku, meluahkan betapa kecewanya dengan aku, hukum aku dengan kata-kata, buat aku lagi mati dalam diam. Diam yang bukan takut, atau bukan diam sebab konsep biar orang buat aku asalkan aku tak buat orang. Tak, silap. Aku tak sebaik tu. Sorry. Ini diam sebab malas. Malas nak bertelagah benda yang tak kan pernah boleh nak dileraikan satu satu. Sebab macam mana kau tegakkan pendirian, liar is always a liar kan? They tell you to be yourself and then they judge you. So, let it be. 

Lies kill trust. Well said. Siapa nak percaya lagi lepas kena tipu ye dak. Because trusting again sometimes impossible. Terpulang dekat diri memasing. 

Kita pun selalu tipu diri sendiri, tak jujur dengan diri sendiri, lepastu kita nak expect orang tak tipu dan jujur dengan kita? 

Sunday, January 5, 2014

Peraturan Ciptaan Masyarakat



Pernah dengar kan pasal kita kena jaga tingkah laku sebab nak elakkan pandangan buruk orang keliling kat kita?

Tarik nafas.

Entah kali ke berapa aku nak ulang, aku tak pernah amik kisah dengan apa orang nak kata. Apa orang nak fikir. Apa orang nak pandang. Macam ayat biadap yang orang selalu guna tu, bukan diorang pun yang bagi kita makan.

Hidup bermasyarakat ni bagus. Amik tahu apa jadi dalam kawasan lingkungan. Tapi yang terlebih prihatin tu yang aku malas. Setiap langkah, setiap gerak geri jadi bahan bualan. Entah apa yang seronok sangat membawa cerita aku pun tak faham.

Jangan kawan dengan orang ni, dia tak betul, nanti orang fikir kita sama macam orang tu.
Jangan pakai macam ni, nanti tak elok orang pandang.
Jangan keluar balik lambat, nanti tak manis orang tengok.
Jangan asyik keluar, nanti orang mengata.
Jangan berlegar kat area sini, cari tempat lain, nanti orang nampak.
Jangan itu.
Jangan ini.
Jangan begitu.
Jangan begini.

Ah, so many rules!

Rules yang dicipta sebab nak jaga air muka.

Dalam sepuluh benda kebaikan yang kau buat, cuma sekali dia akan cerita kebaikan kau. Tapi sekali kau terkucil buat silap, bam! It takes forever to stop them from talking about you. Trust me. So, untuk mengelakkan pasal orang bercakap pasal kita ni, memang boleh mampus nak ikut rentak yang diorang cipta ni.

Orang memang suka judge dari apa yang dia nampak dengan mata kasar. Nampak anak orang duduk dalam kereta lama-lama, dikatanya buat projek meramaikan umat Nabi Muhammad dalam tu. Padahal orang tu buat apa pun tidak. Nampak anak orang keluar balik malam nak bawak ke subuh, dikatanya pergi cucuk langit. Padahal elok je orang tu pergi midnight movie ke, lepak minum dengan kengkawan ke. Nampak anak orang asyik keluar, ditanya pulak yang menjemput tu siapa memandangkan kereta yang datang tu bersilih ganti.

Syukur, mereka sangat prihatin tentang hukum masyarakat.

Tapi itulah,
Buat itu salah.
Buat ini salah.
Cuba bagitahu mana satu yang betul?

Aku bukan jenis yang amik port apa orang nak cakap. Sebabtu kalau kau nak cakap pasal nanti apa orang fikir, bla bla bla ni, bukan aku orangnya. Siang siang aku mintak maaf. Aku tak hidup atas dunia ni untuk ikut apa orang nak cakap pasal aku. Sebab aku tahu, sampai kiamat pun belum tentu diorang berhenti bercakap. Dia cuma akan berhenti kalau yang tukang mengata tu yang mati. Kalau aku yang mati dulu pun cerita tu still akan bergerak mengikut arus zaman. So, takkan aku nak doa orang tu mati ye dak. Biarkan lah dia. Hekhek.

Aku sangat tak kuasa nak ambik tahu apa orang tu cakap, sebab nanti macam stress sangat je. Confused jugak aku bila asyik nak ikut rules pandangan-fikir-cakap orang ni. Hidup aku ke hidup dia ni? Ini hidup aku, so biar aku yang create rules. Bukan orang. Once aku ikut rules aku, macam mana dan apa orang nak judge aku lepastu aku tak pernah kisah. Sebab benda ni simple, hidup ni kan macam cycle. Macam mana kau jeling aku harini, jangan esok kau tak terjeling anak kau pulak. Aherher.

Jadi, terus tenang dan jangan endahkan apa orang cakap agar kekal bahagia dan menikmati hidup dengan jayanya!

Friday, November 8, 2013

Si Ayah


Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku nak menulis. Mungkin sebab tadi ada terbaca satu status di fb dan secara tak sengaja hati aku tersentuh. Nah, 

"Anakku.
Memang ayah tak mengandungmu,
tapi darahnya mengalir didarahmu, namanya melekat dinamamu.
Memang ayah tak melahirkanmu,
tapi suaranya-lah yang pertama menghantarkanmu pada Tauhid ketika kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu,
tapi dari keringatnyalah setiap titisan yang menjadi air susumu.
Nak.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat,
tapi tahukah kau dalam doanya selalu ada namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar kerana dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika kau merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat Ibu, kerana kecintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Dia ingin kau berdikari, agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.
Jauh didalam hatinya dia hanya ingin mampu membanggakanmu di mata Rasulullah s.a.w, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.
Ibu hanya ingin kau tahu nak.
bahawa.
Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta Ibu.
"Jagalah selalu kecintaan dari ayahmu dan janganlah engkau memutuskannya, kerana yang demikian lalu Allah SWT akan memadamkan cahaya dari padamu" (HR. Bukhari)
Anakku.
Pada diri ayahmu juga terdapat syurga bagimu."



Tentang ayah. Aku pasti ramai antara kita yang rapat dengan mak daripada ayah. Apa-apa pun cari mak. Kenapa tah. Dan terus terang, aku sendiri pun macam tu. Walau aku orang gelar 'anak ayah', tapi dari persepsi aku, aku lebih rapat dengan mak. Lumrahnya seorang anak akan lebih menghala kepada ibunya. Ikatan kasih tu orang kata lebih kuat. Atau mungkin kerana aku perempuan, dan mak juga perempuan secara semulajadi komunikasi tu lebih mudah. Aku tak pasti. 

Aku ni anak yang degil. Selalu panas bila dengan ayah. Sampai kadang-kadang aku rasakan apa ayah cakap dekat aku semuanya salah. Dan dengan darah muda, aku suka buat kepala. Kalau aku tak melawan, aku diam dengan sakit hati dekat dada. 

Jangan mencaci aku. Jangan cuba nasihat aku. Bukan aku menidakkan silap aku. Cuma aku nak kita tilik diri sendiri. Apa sepanjang hidup kau menjadi seorang anak, tak pernah sekali pun kau rasa dan buat apa yang aku pernah lakukan?

Sampai satu saat, bila aku semakin menginjak dewasa. Sudah tahu mencari rezeki. Mula sedar bagaimana susahnya seorang ayah membesarkan aku. Tika ini, persepsi aku mula berubah. Sifat panas dan sinis aku terhadap ayah cuba aku hindar. Mula belajar untuk kawal. Bagi aku, tak semua benda nak kena lawan. Cukup dengan diam. Tak banyak, cuma diam. Dan diam. Itu cara yang aku cuba praktikkan. Aku cuba. Aku dan ayah dari dulu sehingga kini tak pernah putus komunikasi. Setiap hari aku bertegur sapa dan kadang bergurau dengan cara sendiri. Sebab bagi aku, jangan terlalu buat hal sendiri sampai abaikan si ayah, kelak kau menyesal tak sudah.

Haih.

Aku sendiri tak pasti kenapa orang dan aku sendiri selalu mengenang pengorbanan seorang ibu sehingga terkadang lupa besarnya jasa sang ayah. Terlalu mengagung kedudukan si ibu sehingga lupa wujudnya ayah yang perlu disanjung. Mengejar syurga dibawah telapak kaki ibu sampai terlepas pandang kunci syurga ada pada ayah. 

Bila si ibu berkecil hati, risaunya bak mendengar guruh di langit. Tiba sang ayah, khabar berkecil hati bagaikan tak pernah wujud dalam kamus. Mari aku tanya, apa kau pernah sedar saat bila dia berkecil hati? Atau kau tak pernah peduli? Sifat si ibu mudah meluah segala yang terbuku, tapi tidak si ayah yang lebih suka simpan dan pendam. Bila ditanya, jawapan nya mudah dan masih seperti dulu. Dan terkadang sifat seorang ayah itu membuatkan dia terus tua bersama rasa hati dalam diam. 

Kadang-kadang aku terfikir, apa agaknya yang ayah aku rasa, apa yang dia fikir. 

Ramai anak-anak mengambil mudah dalam urusan si ayah dengan tanggapan ayah itu lelaki. Lumrah lelaki itu kuat dan gagah. Pasti dia boleh menjaga diri dan menahan perasaan layaknya seorang lelaki. Atas alasan itu, kau biar ayah ditepi dan terus memanja si ibu. Tapi apa kau lupa wahai si anak, ayah itu masih seorang ayah. Yang tetap dan masih mahu belaian dari anak-anaknya. Cuma tinggi egonya membuatkan dia terus diam seolah tak kisah dengan semua. Sedangkan dalam hati, cuma Tuhan yang tahu. 

Keadaan melebihkan ibu dari ayah membuatkan aku sendiri tertanya pada diri sendiri. Apa selama ini aku cukup adil terhadap mak dan jugak ayah aku. Kalau si anak kerap kali mempersoalkan keadilan si bapa dan si ibu terhadap sejumlah anak, tapi kita si anak bagaimana? Cuma punya satu ibu dan satu ayah perlu dibahagi layanan dan sayang dan sepatutnya tidak pernah wujud masalah untuk itu. Tapi mari kita muhasabah, apa kau layan, apa kau kasih, apa kau sayang keduanya dengan seadil-adilnya? 

Aku tak kata aku sudah menjadi anak yang baik, atau acah-acah sempurna. Jangan fikir aku menulis ini atas dasar berlagak solehah. Ini sekadar meluah rasa. Entah, mungkin sebab dek puisi Fynn Jamal-Biar tu kot :)

Tuesday, July 23, 2013

What You Say Reflects Who You Are

Kau pernah jumpa orang yang terlalu negatif? Atau terlalu positif sampai boleh ke tahap naif?

Lepastu kau pernah tak analyze apa yang orang macam ni cakap? Atau apa yang membawa dia sampai cakap macam tu. Kalau tak pernah, meh sini kita rungkai menda alah ni sesama.

Dalam beribu orang yang kau jumpa, dia hanya akan divide kepada tiga golongan which is purely negatif, totally positive or in the middle of between negative and positive. And the best part is apa yang diorang cakap biasanya based on experience diorang. Aku tak sure kalau kau pernah dengar quotes,


What you say reflects who you are.

US researchers suggest that a person's comments about others reflect more about themselves than about those they are speaking of. Well, I'm deadly agree with this. Agak-agak kenapa diorang macamtu?

Bagi aku, sebab diorang pernah buat atau terfikir nak buat sesuatu benda tu, so dia akan fikir orang lain pun sama macam diorang. Kau tak rasa macam tu ke?



What the hell? Kau tak boleh lah nak sama kan semua orang dekat keliling kau sama macam kau kan. 

Orang yang in between negative and positive ni lain sikit dari yang totally negative. Fikiran diorang senonoh sikit. Tak macam negative yang senang nak jatuh tuduh dekat orang. Golongan in between ni biasanya akan tengok in detail dulu baru assume. Dan pandangan dia terhadap sesuatu tu boleh ubah. Tak macam yang memang negative. Kau cakap lah macam mana pun dia still akan kata kau tu buat macam apa yang dia fikir. 

Dasar gila. 

Kalau yang positive tu tak payah cerita banyak. Ada yang sampai tahap naif. Tak tahu apa-apa. Kalau orang cakap, paling-paling end up dengan ayat 'wallahualam'. 

Tapi bukan dua golongan tu yang aku nak sentuh. Aku lagi tertarik dengan golongan yang totally negative ni. Sebab diorang ni lah yang buat aku terfikir kenapa diorang boleh cakap macamtu. Apa yang membuatkan diorang ada fikiran macam tu. Aku bagi contoh dari experience aku observed orang.

Kau tengok sorang ni ada kesan macam lebam atau merah dekat leher. Ada sorang ni, once dia nampak kesan tu terus dia cakap itu lovebite. Walaupun dia tak tengok secara dekat. Yang sorang lagi dia duk terfikir, menda alah tu apa dan kenapa jadi macam tu. Kau tak terfikir ke tanda tu sebab kulit dia sensitif, kena something sampai itchy. Tak kan? Kenapa? Sebab kau pun selalu buat lovebite lah kot cerita dia. Tu kau fikir semua orang pun kerja main gigit je macam kau.

Tak cukup tu, ada lagi.


'Tu asyik balik lambat je memalam. Tah pergi kemana lah tu. Tah ke club ke tak pun check-in memana hotel. Mana kita tahu kan'

Wait, are you serious? Wo wo. Kau pernah tak terfikir yang dia pergi futsal ke, badminton ke, lepak mamak. Yes, what's wrong kalau lepak mamak pun. Okay kot. Pehal tah. Oh, maybe kau pun kalau balik lambat tu sebab buat tak senonoh lah agaknya. Kalau takde benda tak senonoh kau nak buat, kau duduk diam kat rumah. Get a life. 

Ada lagi.


'Aku kerap nampak anak orang tu duduk dengan jantan tepi tembok tu. Kemain rapatnya. Apa lagi yang lelaki dengan perempuan nak buat kalau dah berdua macam tu. Mak bapak dia pun tak kisah ke apa'

Well, kau terlalu obses kot dengan benda macam tu sebab tu kau cuma fikir, lelaki dengan perempuan kalau duduk berdua je confirm dia make out. Kau macam tu eh? Mungkin lah kot kau masa muda macam tu. Pesen ada peluang, jalan. Kalau kau pemurah, kau jangan ingat orang lain pun pemurah dan kaki belanja macam kau. 

Aku bagi kau nampak lagi.


'Kau pergi karok tu kau ada amik wine?'. 

Jap, aku tak faham kenapa kau nak fikir sampai wine. Kot ye pun tak pernah pergi karok, jangan ditunjuk sangat bebal tu. Kesian aku tengok kau ni. Masuk pun idak terus shoot orang yang masuk tu amik menda alah tu. Agak-agak kalau aku amik cawan wine tu pergi tapak kat dahi kau okay kot. 

Chill, banyak lagi contoh aku nak bagi. Lari sikit dari topik tu.


'Ala, kau ni mesti je sama macam anak aku'. 

Anak kau yang perangai tak serupa orang sampai kau pun macam kurang kasih sayang anak, lepastu nak tuduh anak orang lain macam anak kau. Elok sikit cakap. Kau pergi sekolah kan anak kau dulu baru boleh cerita dengan aku pasal tanggungjawab anak.

Untuk semua contoh negative tu dan yang aku tak sebut kat sini, aku nak cakap satu je. Fuck you!




Aku kekadang tak faham dengan orang macam ni. Kenapa nak negative sangat. Well yes, aku tak nafi memang kita kena fikir buruknya dulu untuk elak benda yang lebih buruk jadi kat kau. But it doesn't mean yang kau boleh simply judge orang macam tu. Kalau ada level bawah daripada bodoh, ha kau duduk situ.

Celaka. Emo pulak aku. 

*Tarik nafas. Betulkan rambut*

Benda senang, kalau dia tak pernah buat atau terfikir nak buat, dia tak kan anggap orang lain macam tu. Sama ada dia positive atau negative, itu memang influence apa yang dia fikir, apa yang dia cakap, apa yang dia buat. Benda pertama yang dia fikir tu adalah benda yang paling pure dari diri dia. Kau boleh nampak kot, punya banyak option jawapan lain, kenapa dia still nak fikir macam tu. Memang lah kekadang orang positive tak selalu positive. Mesti ada terkucil sikit fikir tak elok. Cuma macam apa yang aku cakap tadi, tengok benda pertama yang dia cakap. Itu apa yang dia fikir sebenarnya. Tapi cuba kau cakap ke dia yang dia cakap macam tu sebab dia pun macam apa yang dia cakap. Kau tengok dia punya emo cemana. 

Honestly, most of the people yang aku jumpa, apa yang dia cakap about others sebenarnya dia yang macam tu. Either dia masih macam tu, atau dia pernah macam apa yang dia cakap.

Kalau kau nak cakap,


'Tak kot. Tak kan dia macam tu. Dia memang pesen suka cakap lepas'.

Oh yeah? Are sure my honey? Orang ni hidup banyak rahsia. Sisi lain dia yang ada sesetengah orang je boleh tengok. Kau jangan ingat orang yang nampak baik tu memang baik. Dan yang nampak jahat tu memang jahat. Yang nampak baik dan memang baik, sebaliknya tu tolak tepi. Aku tak nak cakap pasal diorang.

Macam orang tua selalu cakap, 



'Aku dulu pun pernah muda. Aku tahu lah'

Kau pernah terfikir tak apa yang ada disebalik 'aku tahu lah' tu?

Fikir sendiri.

Tuesday, March 12, 2013

Diari #1



Bilamana hati kau tengah mula nak berbunga, apa yang lalu depan mata semua nampak cantik. Benda takde kena mengena dengan kau pun kau boleh senyum simpul. Orang cari pasal pun kau boleh ketawa. Indah je dunia.

Orang kata kalau hati tengah bahagia, kita boleh nampak dari air muka. Senyum sengsorang entah kenapa. Tengok cara senyum pun dah boleh agak apa sebabnya. Tak perlu tanya. Dan  kalau kau tengok muka aku sekarang ni, kau rasa aku tengah bahagia ke berduka? 


Cinta dan sayang mula dari rasa suka. Dan kalau aku semai rasa suka ni sampai jadi cinta, boleh ke? Mungkin terlalu awal untuk aku bercerita sesuatu yang tak pasti mana letak duduknya perkara. Cuma aku tak berharap apa-apa sebab aku tak tahu apa yang menanti aku kat depan sana. Pengalaman dah ajar aku segalanya. 

Tuhan, mohon pinjamkanlah rasa bahagia kurniaan Kau untuk aku selamanya.