Thursday, December 27, 2012

Perasaan Yang Celaka



Kalau kau tanya aku sejauh mana rasa aku ke dia,

Aku tak pernah terfikir nak buat first move dekat mana-mana lelaki. Tak pernah. Tapi dengan dia, aku pernah rasa nekad nak buat first move. Aku pernah hampir terus terang dengan dia. Hampir. Tapi aku tak cukup kuat dan berani untuk terus terang. Lantas, aku biarkan ayat aku tergantung.

Kalau kau tanya apa yang sanggup aku lakukan untuk dia,

Dia : Why don't you be my second wife. Haha.
Aku : Hell no!
Dia : Ala, okay what. 
Aku : Gila. I tak sanggup dimadukan.
Dia : Hahaha :p
Aku : You kahwin dengan gf you pun belum dah sibuk nak ada wife no 2. I lempang you nanti.
Dia : Apa salahnya. Hidup kena ada plan.
Aku : Plan eh. Dia ni kang. Haha

Tapi kalau kau nak tahu, entah kenapa aku serasa macam rela jadi bini dia yang keberapa pun. Celaka tak celaka lah kan rasa dia. Aku selalu cakap dekat orang, even dengan dia yang aku tak rela bermadu tak kira baik macam mana pun madu aku tu. Haha. Tapi dia lain. Aku cuma berharap aku boleh jadi milik dia, dan dia jadi milik aku. Dan kalau itu sahaja cara yang aku ada, why not?

Haih.

Aku pernah berharap yang dia tak jadi kahwin dengan gf dia. Aku selalu berdoa yang dia berani mungkir janji untuk kahwin dengan gf dia. Aku tahu aku jahat. Tapi apa lagi yang aku boleh berharap selain dari itu.

Kalau kau tak pernah berada di mana aku berada sekarang, kau tak rasa apa aku rasa, mungkin kau akan kata aku sangat jahat. Negatif. Sanggup doa dan berharap benda tak baik untuk orang. Tapi cuba aku bagi kau duduk mana tempat aku berada sekarang, baru kau tahu macam mana rasa dia.

Aku harap saat dia sah menjadi suami orang, rasa aku akan mati terhadap dia. Lupakan semua. Walau secebis harapan dan kenangan.

Kalau nak kata aku give up dengan semua ni macam tak logik sebab aku muda lagi. Tapi kalau aku kata penat, itu lebih sesuai. Ya, aku penat.

Wednesday, December 12, 2012

QOTD #6

Air mata tanda kesakitan, lambang kekuatan untuk bertahan. sekuat mana kita melawan, hati menangis tak siapa tertahan - EZ, 2012

QOTD #5

Hati menangis sendu. Langit yang melihat seakan mengerti. Tapi dia tak punya peluang untuk berbicara. Hanya air dia, dan air mata aku yang bercucuran selagu seirama - EZ, 2012

QOTD #4

Tak semua soalan perlu jawapan. Ada soalan yang lebih baik tidak berjawapan. Soalan tinggal soalan. Kerana apa guna punya jawapan kalau menyakitkan? - EZ, 2012

QOTD #3

Berdiri tegak melawan sehabis keringat itu bukan satu-satunya tanda kekuatan. Tapi menangis dan kekal bertahan itu jugak tanda kegagahan - EZ, 2012

QOTD #2

Kalau lidah itu setajam pisau bisa buat kau terluka. Ingatlah, kau masih punya hati seteguh pasak bumi buat bekalan kau bertahan - EZ, 2012

QOTD #1

Aku tak pernah berharap aku punya peluang untuk tahu siapa yang rindukan aku. Sebab aku takut orang yang selama ini aku harap rindukan aku rupanya tak pernah rindukan aku - EZ, 2012

Monday, November 19, 2012

Jatuh sayang.


Salam.

Mungkin terlalu lama aku tinggalkan ruangan ini sehingga ia menjadi medan yang sunyi sepi. Diam seribu bahasa. Kini aku kembali, memerlukan khidmat ruangan ini untuk mendengar suara hati aku. Suara hati yang tertahan. Yang tak pernah dan tak mungkin bisa dilepaskan. Cukup sekadar ia membaca apa yang aku coretkan. Cukup sekadar mendengar.

Pertama kali berhadapan dengan keadaan sebegini buat aku tertanya, apa yang sedang berlaku? Lebih tepat apa yang sedang berlaku antara kita? Atau mungkin hanya terhadap aku. Entah. Aku sendiri tak mengerti. Aku tak punya jawapan untuk semua soalan itu. Mungkin aku sendiri tak cukup pasti tentang soalan yang timbul. Soalan yang masih kabur. 

Berbicara detik pertama aku sedar tentang perkara ini dimana hal yang kebiasaannya aku akan marah bila orang lain cakapkan kepada aku, tapi tidak dia. Entah kenapa aku tak pernah terasa hati setiap kali dia memanggil aku dengan panggilan yang sebegitu. Sehinggakan ia menjadi panggilan tetap untuk aku. Aku senang dengan panggilan itu.

Dia miliki sedikit sebanyak ciri yang aku ingini. DIa jujur. Tak pernah sembunyi siapa dirinya sama ada status mahupun kerjaya. Itu paling penting. Dan kejujuran itu yang membawa aku terfaktab hingga ke tahap ini.

Terlalu banyak untuk aku ceritakan. Cukup sekadar itu aku kongsikan. Biar cerita itu menjadi milik aku, rahsia aku. 

Aku tak tahu mana khilafnya. Sama ada mengenali engkau itu adalah satu kesilapan. Atau yang berlaku sekarang ini yang satu kesalahan. 

Hampir setiap hari aku tanya diri aku sendiri, apa ini yang aku mahu? Bodoh. Tidak ada siapa didunia yang mahu ada perasaan sebegini. Tidak. Aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa? Terlalu banyak perasaan. Terlalu sukar untuk aku rungkaikan.

Setelah sekian lama, saat ini aku tertanya. Mana letaknya diri aku pada dia? Soalan yang tak mungkin pernah dan bisa aku tanyakan kepada dia kerana ternyata dia sudah pun punya seseorang yang jauh lebih layak dari aku. Atau lebih mudah, yang hubungan dan perasaannya sudah jelas. Hampir halal. Hampir. 



'Seseorang' itu menjadi garis pemisah antara aku dengan dia. Aku tak pasti jika 'seseorang' itu sedar akan kewujudan aku dalam hidup sang kekasih hatinya ini. Sang kekasih hatinya yang sudah menjadi salah satu rutin harian aku untuk sekian lama. Sang kekasihnya yang berkongsi kisah suka dukanya dengan aku.

Apa ini salah aku kerana memberi ruang kepada insan yang sudah dimiliki? Tak. Aku pasti yang aku tak pernah memberi ruang untuk dia dalam diri aku. Itu aku pasti. Atau ini salah dia yang tetap mencari aku sedangkan diri sudah ditakluki? Entah.

Pernah dia bertanya mengapa aku cukup baik dengan dia. Aku tak punya jawapan. Aku tanyakan dia soalan yang sama. Dia juga tak punya jawapan. Diam membisu. 

Cuma aku dan dia tak pernah pergi jauh lebih dari batas pemisah dimana terletaknya 'seseorang' disitu. Cuba bertanya dalam gurau, cuba meluahkan dalam ketawa. Aku selalu mengingatkan diri aku tentang mana letaknya diri aku dan mana letaknya dia. Tapi dia seringkali cuba membuatkan aku lupa dengan hakikat yang seringkali aku tancapkan dalam minda aku. Dia milik orang. Katanya dia belum halal untuk sesiapa, makanya aku tak perlu takut. Tapi dalam diam, masing-masing cuba bertahan untuk berdiri disebalik garis pemisah yang wujud. Jangan lebih. Dan itu sangat sukar. 

Aku cuba lari dari dia, dari situasi. Tapi jauh mana aku lari, dia tetap cari. Aku tak nak terus hanyut dengan hal yang aku pasti tak kan pergi jauh. Cukup sampai sini sakitnya. Sebelum rasa perit, sebelum rasa pedih.

Hingga saat ini, aku masih tak pasti apa perasaan ini. Saat aku sayu berbicara hari bahagianya. Saat aku sedar yang aku perlu melepaskan dirinya pergi dan dia juga perlu melepaskan aku. Katanya mana mungkin dia kahwin 2 dalam masa terdekat. Aku membalas yang aku tak rela dimadukan. Katanya lagi kalau aku dileletakkan di posisi yang bongsu mungkin tak menjadi masalah bagi aku. Haha. Ada sahaja yang nak diguraukan.

Aku tahu itu bukan salah dia, bukan jugak salah aku.

Yang nyata, aku jatuh sayang pada orang yang betul tapi pada masa yang salah. Itu benar.

Tuesday, October 2, 2012

Katakan Tidak pada Menjahit.

Hye readers,

Harini aku tak berapa nak ada kerja and sangatlah bosan. Due to this reason, aku pun decide untuk tulis entry. So, harini aku nak cerita pasal menjahit.

I bet salah sorang dari korang mesti expert gila menjahit kan? Jangan tanya aku lah pandai menjahit ke tak. Sah sah jawapan aku tak. Bukan lah tak pandai langsung. Reti lah jugak setakat nak jahit seluar koyak, jahit batch, jahit tudung, butang tercabut and etc. Okay lah kan. At least aku ada basic skills. Takde lah jadi masalah besar kang kalau aku dah kahwin husband mintak tolong jahit butang, aku reti lah jahit. Sejuk hati husband aku. Muahaha.

Kalau nak cakap pasal menjahit ni memang aku surrender lah. Menjahit ni memang bukan jiwa aku. Tak boleh nak ngam. Pernah try lah untuk mencintai dunia jahitan ni, tapi gagal. Tak bolehlah. Dulu masa lepas habis SPM pernah lah cerita dengan  member nak masuk kelas menjahit sama-sama. Dah promised ni. Siap boleh berangan nak jadi share partner bukak kedai jahit sama-sama. Yang ado. Kelas pun belum pergi berangan dah kemana-mana. Haha. At last dia sorang je yang pergi, aku tak. Mission failed.

Mama pun ada jugak offer dulu kalau nak masuk kelas menjahit dia nak support semua cost. Bunyi macam best je kan. Ye lah, fee untuk kelas ni pun boleh tahan mahal jugak. At first macam excited nak attend sewing class sebab ada member and free pulak tu. Tapi tak menjadi jugak. Hangat hangat tahi ayam je. Again, Mission failed.

Dulu masa aku sekolah menengah, aku aliran ERT untuk subjek KH. Every year aku kena buat satu product yang dah ditetapkan macam skirt dengan hand towel. Sepatutnya every student kena jahit sendiri sebab hasil tu nanti akan dinilai untuk pemarkahan. Kesahnya kain semua tu dibenarkan bawak balik. Aku dah senyum time tu. Tau apa aku buat? Aku hantar kain yang sekolah bagi tu dekat jiran aku suruh jahit. Haha. Hasil dia jangan cakap lah. Sah-sah cantik. Hand towel pun gitu jugak. Tempah je. Tak kuasa aku nak buat. Astaghfirullah.

Itu belum cerita pasal nak attend sewing class dengan akak aku. Dia pun dua kali lima jugak dengan aku. Aku ada 3 adik beradik perempuan include aku. Aku dengan kakak aku dah hanyut tak suka menjahit. Tinggallah adik perempuan aku tu yang menjadi harapan mak aku. Haha. Sian mama.

Actually menjahit ni memang boleh buat duit. Tapi tulah, kalau dah tak minat banyak macam mana pun memang tak jadilah kan cerita dia. Mohon adik aku tu belajar menjahit. Senang sikit aku nak hantar apa-apa. Guna harga adik-beradik. Hehe.

Saturday, September 29, 2012

Thinking of You (Drive Myself Crazy)



Lying in your arms
So close together
Didn't know just what I had
Now I toss and turn
Cause I'm without you
How I'm missing you so bad
Where was my head?
Where was my heart?
Now I cry alone in the dark

I lie awake

I drive myself crazy
Drive myself crazy
Thinking of you...
Made a mistake
When I let you go baby
I drive myself crazy
Wanting you the way that I do
Wanting you the way that I do

I was such a fool

I couldn't see it
Just how good you were to me

You confessed your love

Undying devotion
I confessed my need to be free...
And now I'm left
With all this pain
I've only got myself to blame...

Why...didn't I know it

How much I loved you baby?
Why couldn't I show it
If I had only told you
When I had the chance
Oh I had the chance...

Wanting you the way that I do...

P/S : Gave by someone who being missing in action.

Monday, August 13, 2012

Wordless Monday.



Met you is a mistake. It's not your fault nor me. Should I blame the fate? Not. I wish I never met you before. We should stop here before it reaches to the next level. But can we?

I'm away.

Thursday, May 10, 2012

Video : Awesomeness


Suatu Masa - Hazama ft Azlan


I'm truly touched when watching this video. Dulu aku tak suka lagu ini rasa macam klasik sangat. But, bila dengar Hazama dengan Azlan nyanyi persepsi aku berubah. Diorang unique. Their voice complement each other. Takde siapa yang overshadow the other one. They sing this song with their own way. Just nice and perfect. I dont know how many times aku replay video ni but still tak bosan. I was addicted with this! Kudos to Lan and Hazama :))

Tuesday, May 8, 2012

Welcome back to school : Form 6







Hye korang ! :)


Sihat tak? Jarang betul aku tanya khabar korang kan? Astaghfirullah. Aku bukan tak nak tanya, tapi terlupa. Hehe. Oh ye, UPU punya result untuk lepasan SPM dah keluar kan? So, how? Ada yang berjaya ada yang tak kan. Chill. Try lah untuk second intake. Mana tau ada rezeki. Itupun kalau korang nak tunggu lagi lah. Eh,Form 6 punya tawaran pun dah keluar jugak kan? Yang ni aku tau, ramai yang dapat. Tapi tak nak pergi. Aku tau sangat lah korang tu.


Aku sebagai ex-student Form 6 sangat menggalakkan korang untuk masuk Form 6. Ye, aku cakap based on my experience.


Actually, aku dulu pun macam korang cuak jugak nak masuk Form 6. Entah kenapa aku pun tak faham. Sebelum tu aku nak cakap, aku ambik Form 6 bukan sebab aku tak dapat offer dari tempat lain. Tak. Aku dapat offer dari UITM Jengka. Tapi aku tak pergi. Jangan tanya aku kenapa. Aku sendiri pun tak tau. Maybe sebab jauh, maybe sebab tak nak pisah dengan family atau maybe, bukan maybe tapi lebih tepat sebab aku nak masuk Form 6.


Masa aku dapat Form 6 tu sumpah aku dilema. Macam-macam orang aku mintak oipinion. Bunyi macam hebat sangat offer yang datang time tu. Yang aku dilema sangat tu sebab aku takut nak tolak offer UITM. Sebab aku takut UITM tak nak offer aku lagi untuk Degree. Jangan nak gelakkan aku. Aku serius. Kau tak faham perasaan aku time tu weyh. Nak masuk Form 6 sikit punya yakin, tapi nak tolak offer cuak nak mati. Pui. At last aku tabah dan tetapkan hati aku untuk tolak offer UITM and accept offer Form 6.


Bermulalah hidup aku sebagai student Form 6 yakni student paling senior dan pailang dalam sekolah. Muahahaha!


The begin of my F6 journey was not so good dengan aku tak attend orientation week, member yang kata nak ambik Form 6 sama dengan aku haram berhenti separuh jalan. Naaah. Masuk kelas haram sorang pun aku tak kenal. Padanlah dengan muka aku, sape suruh tak pergi orientation week. Dengan seat dalam kelas depan sekali. Rasa macam nak lempang diri sendiri je. Time tu aku cakap kau, rasa forever alone gila. Perasaan macam hape je. Aku bergerak sebagai lone ranger time tu. Haha.


Aku jadi lone ranger tak lama sebab classmate aku yang lain pun menerima nasib yang sama bilamana kawan yang konon berjanji sehidup semati nak habiskan F6 sama-sama tinggalkan diorang. Haaa, padan muka. Baru kau tau apa aku rasa. So, mangsa-mangsa yang ditinggalkan ni telah membentuk satu skuad yang rapat dan kecoh sampai cikgu pun susah nak control. Tak, part yang kecoh itu tipu.


Sepanjang aku amik F6 terus terang aku cakap, aku tak pernah rasa tersisih atau merendah diri dengan kawan-kawan lain yang amik Dip. Lantak diorang lah nak amik dip. Apa beza pun aku dengan dia. Aku pun tengah further study apa. Ingat apa, aku tengah main masak-masak? Eleh, aku amik STPM apa.




Aku bukan nak berlagak or what, tapi buat apa kau nak bazirkan perasaan rendah diri kau untuk benda macam tu. Kalau kau iri hati dengan diorang lagi senanglah diorang nak kenakan kau. Sedangkan kau buat cool pun orang menganjing F6 inikan pulak kau lemau je merendah diri. Lagilah. Tapi kau buat derk je. 


Kalau nak cite pasal kena bahan pasal F6 ni aku dah masak sangat weyh. Persetankan je apa orang nak cakap. Pekakkan telinnga. Tipulah kalau aku cakap aku tak melenting langsung bila kena tu. Tapi gasak lah, penat nanti diamlah dia. Padahal sekarang F6 sikit punya ramai dah orang tahu pasal F6, dia je ketinggalan tak tau. Macam mana nak tau kalau dah keje asyik nak mengata je.


Aku bet korang akan rasa sangat seronok bila masuk F6. Korang tak akan dilayan macam budak arus perdana yang bawah-bawah tu. Kira level istimewa lah F6 ni kalau kat sekolah. Apa pun event korang akan didahulukan. Anak emas. Cara belajar pun dah different. Takde dah cikgu nak check buku nota korang. Pandai-pandailah kau bawak diri. Dah besar kan?


Ala, nak cakap F6 susah, masuk Uni pun susah apa. Ingat senang masuk U? Lebih kurang je. Amik Dip pun kena struggle jugak. Cuma Dip ada carry marks, F6 haram takde satu markah pun. Tapi aku dengar batch Lower 6 '12 ni dah guna sistem sem macam Uni jugak. Ha, kira okaylah tu. Apa lagi kau nak? 


Alah, isu baju sekolah lagi kau ni? Apa masalah dengan baju sekolah? 11 tahun kau pakai uniform tu okay je aku tengok. Takde pulak kau kena sakit kusta ke apa bila pakai uniform tu. Pakai je lah sementara ada peluang. Kang dah beranak dua baru nak pakai sebab rindu orang kata buang tebiat pulak. Hish.


Aku cakap banyak pun kalau kau tak nak pun tak guna jugak. Terpulanglah. Pilih ikut kehendak bukan atas paksaan. Sebab kalau kena paksa memang tak kemana nanti. Gunakan peluang yang sementara ada ni. Peluang tak tunggu kau. Mana-mana decision pun ada risiko. Kau kena berani lah. 


Untuk yang dah decide nak amik Form 6, congrats and have fun!


P/S : Aku menyampah betul dengan nama Pra-U dulu. Anti betul aku. Prefer Form 6 lagi. Pra-U bagai  dah macam Pra-Sekolah aku rasa. Damn. 

Saturday, April 21, 2012

Book Review : Pecah - Khairulnizam Bakeri



Hye readers.

Fine. Aku tau. Tengok je gambar kat atas pun korang dah tau aku nak tulis pasal apa. Korang bosan? Jangan lah macam itu. Aku baru nak bukak cite ni. Buku ini terbaik wooooo. Tak caye? Betul. Meh aku cite.

Actually buku ini orang yang kasi aku pinjam. So, aku pun baca je lah. Dah. aku bukan nak cite dari mana aku dapat dan siapa yang bagi buku ini. 

Memang dah jadi tabiat aku sebelum baca satu buku itu, aku akan baca review dekat internet dulu. So, feedback untuk Pecah ini memang best. Most readers cakap awesome. So, aku pun nak jugak lah try baca. Nak tau jugak tahap ke-awesome-an dia tu.

Buku ini berkisar pasal rompakan, dendam dan masalah keluarga yang sangat-sangat pincang. Okay. Apa yang best pasal buku ini adalah cara dia bawak kisah rompakan itu yang berbeza, especially individu yang terlibat. Let me tell you, jarangkan orang nak gunakan lawyer sebagai dalang rompakan? Dalang rompakan tu pulak tak nak satu sen pun dari hasil rompakan. Motifnya cuma dendam. That's crazy! But here it is. 

At first memang quite hard untuk aku faham jalan cerita Pecah ini sebab arrangement chapter dia berselang-seli antara masa kejadian rompakan dengan kisah lampau. Plus, watak dia jugak macam banyak. Herman, Bakar, Radi, Alan, Don, Kazim, Sarah, Lidya, etc. Ah, banyak lah. Nak-nak nama jejantan tu. Pening gak aku nak ingat nama watak tu. Haha. Ada certain watak tu related each other sebab kisah lampau masing-masing. Lagi berbelit. Keluarga huru-hara namanya. 

Penulis sangat bijak bila dia sertakan logik motif rompakan dari sisi polis pada awalnya dan pada hujung cerita itu baru dia release motif sebenar. So, readers akan curious nak tau betul ke tidak jangkaan polis itu. Dalam Pecah, penulis tonjolkan kehebatan penjenayah dalam memanipulasi anggota polis bila samapai kesudah cerita pun diorang still bebas. That's great! Klise sangat lah kalau penjenayah asyik tumpas je.

Tapi tapi tapi, buku ini cuma sesuai untuk readers 18 tahun ke atas since ada a few scenes yang sangat berahi dengan penyampaian yang sangat jelas sehingga readers boleh bayangkan keadaan tu dalam minda. Bahaya. 

So, I agreed with other readers yang Pecah awesome! Kudos tu Khairulniza Bakeri.

P/S : Sorry, panjang sikit review kali ini. Buku best, biasalah. Hehe.

Thursday, April 12, 2012

Sequel Ex-Lover :: Kau ada feeling lagi dekat dia eh ?

Hye readers :)




First of all, entry ini dah sangat-sangat berhabuk sebenarnya dalam dashboard aku. Tapi tak ter-post since aku typing sebab ada benda yang lagi menarik aku rasa aku nak post time itu. And one more, entry ini pun quite short sebab tak banyak nak tulis -.-
Well, korang tengok tajuk atas pun dah tau kan apa topic aku kali ini. Yesh, ex-lover atLinkau dalam kata lain nya ex-boyf / ex-girlf. DANG! pehal lah asyik tanya aku pasal ni.
Kesahnya bermula macam bila ada kawan aku menyuarakan pendapat dia berkaitan dengan entry aku yang sebelum INI, dan dia mintak aku bagi pandangan aku pulak. ayatnya macam ini ;
kawan : aku dah baca entry kau yang baru ini (dah tak baru pun sebab lama sangat ).
Aku : Ouh. Thanx. So how ?
Kawan : Aku rasa kau kurang sesuatu.
Aku Apa dia ?
Kawan : Yelah, kau cakap kalau marah means dia suka lagi, kalau dia boleh relax je cakap pasal ex dia means dia dah lupa dengan ex dia which is tak ada perasaan lagi dengan ex dia tu.
Aku : Yes. Then ?
Kawan : Memang betul. Tapi ada jugak yang masih ada perasaan dengan ex dia, tapi dia still boleh treat ex dia baik je. Dan ada jugak yang memang tak boleh dengar nama ex dia sebab dia memang dah benci. So how ?

Fine. 

Disebabkan sepotong perbualan itu lah aku terfikir, betul jugak cakap dia. Tidak dinafikan yang aku memang dah terlepas pandang dengan golongan ini. Yelah, bukan ramai yang macam ini, tu yang terlupa. HAHA.


Now, aku sedar yang memang ada orang yang still suka ex dia, simpan perasaan baik punya dalam hati. Yang ex dia itu pulak aku tak tau lah. Maybe dah ada Girlf/Boyf lain or tak nak dengan dia lagi or belum boleh suka dia balik or ex dia pun still suka dekat dia, cuma dia je tak tau. So many possibilities. Eventhough, dia still treat ex dia tu baik tak kira apa pun keadaan yang aku sebut tadi. Tapi aku paling salute kalau dia treat ex dia baik even ex dia itu dah ada girlf/boyf baru while dia ada hati dekat ex dia. cool isn't ? For example, kau ada probs or something dengan girlf / boyf, then kau cerita dekat dia. Dia dengan sempoinya dengar kau punya cerita tanpa sebarang reaksi negatif yang kau sendiri pun tak boleh nak perasan dia punya keadaan hati dia sebenar masa itu. JENG JENG JENG! Ada jugak yang tak share probs dia dengan ex dia tu. contoh lain, kau gurau-gurau dengan dia, dia relax je layan kau macam kawan. kacau kau dengan minah atau mamat lain. dalam hati kau tahu ke ? makan hati dia silap-silap. kau je tak tahu. HAHA.


Yang lagi satu keadaan tu pulak, memang betul jugak apa yang kawan aku itu cakap. Ada yang memang marah dan menyampah dengan ex dia bukan sebab dia still suka, tapi memang dah benci kaw kaw. Yeap. Hakikatnya memang ada. Biasanya yang jadi macam ini mesti sebab ada kesalahan atau isu buruk yang pernah ex dia buat sampai dia sangat-sangat tak suka dengan ex dia. Bahaya itu. Kalau nak bagi contoh pun macam banyak sangat. Aku rasa tak payah aku cakap pun korang tahu kot apa yang aku maksudkan dengan benda buruk yang jadi antara korang.


In short, susah nak predict benda ini sebenarnya. Depends on the person itself, situation, etc.


P/S : To you my friend, kau beriya suruh aku buat entry ini, kau ada hati dengan ex kau lagi ke ? HAHA Gurau. :pp

Book Review : Jerat - Dayang Noor


Hye peeps,

Kali ini aku nak buat review pasal buku kat atas tu ha, Jerat by Dayang Noor. For your information, ini adalah buku pertama yang aku baca berkaitan dengan jenayah IT.

Bagi aku buku ini okay. Jalan cerita pun not bad. Cuma untuk orang yang macam aku, cerita ini agak susah nak faham sebab terlalu banyak penggunaan istilah komputer. Ia agak mengganggu fokus pembaca yang kurang memahami certain istilah yang dinyatakan. Dari situ, mesej yang cuba disampaikan agak kabur. Well, bukan semua orang tahu istilah tersebut. Penjelasan yang panjang berjela tentang istilah It kadang kala boring juga sebeb ianya membuatkan cerita jadi lembab.

Kagum jugak sebenarnya dengan penulis yang ternyata seorang wanita tetapi mampu untuk hasilkan novel yang mempunyai genre macam ini. Unsur saspen yang dia terapkan dalam buku ini pun boleh tahan jadi jugak.  

Ending dia agak tergantung sebab banyak watak yang tak tahu apa nasib dia. And jarang jugak watak utama mati, but dalam novel ini watak utama mati. Tapi maybe itu style Fixi sendiri yang  buat the series different with others.

Latar tempat dia pun okay sebab berkisar area Puchong which is tempat tinggal aku sendiri. Hehe. Tu yang bila penulis mention kawasan aku terbayang scene yang dia gambarkan tu. Oh yeah, Dayang Noor pun memang orang Puchong. 

So, bagi yang minat IT ini bukunya. Kalau tak minat pun, apa salahnya kalau kita baca pun kan. 

" Berbalik kepada dua orang programmer tadi, kan. Ada seorang tu kalau tak silap yang nama Prakash tu, dia ajaka kawan dia ni ugut Rizwan. Kalau Daya Juta tak nak naikkan lagi gaji diorang, diorang nak dedahkan rahsia pasal arahan untuk salin-salid kod tu, "tambah Yazid Saifullah. "

P/S : Masa baca buku ini, penulis dia which is Dayang Noor ada tweet aku tanya berdebar-debar tak baca buku dia. Thankie Dayang Noor :))

Tuesday, April 10, 2012

Book Review : Kelabu - Nadia Khan. Fixi.


Title: Kelabu
Author: Nadia Khan
Pages: 456 pages
Publish Date: 24th December 2011
Publisher: Buku Fixi 

Hye readers,

Today, Im gonna write up a review for this book, Kelabu. Okay. Ini first time aku buat review. So, don't expect to much for that.  Aku ambik masa lebih kurang seminggu lebih untuk habiskan buku ni. Lama jugak sebab baca pun tak tentu masa. 

The main reason why I bought this book is the cover. Cantikkan? Then, baca pulak sinopsis kat belakang. Interesting. Tengok publisher, Fixi. Baru lagi. Buku pun nampak fresh. So, tak banyak cite terus rembat satu. So, here it starts.

Perkara paling menarik tentang buku ini adalah isu yang dia cuba bangkitkan dalam buku ini. Sangat-sangat jarang penulis bawak cerita macam ini. Maybe sebab sensitivity or what, I don't know. Tapi Nadia Khan sanagt-sangat berani. Wow.

Untuk pertama kalinya buku ini dah menggagalkan kejayaan aku yang biasanya aku dapat tahu ending dia atau plot cerita dia sendiri even aku tak habis baca buku itu lagi. Sebab selalunya baru half aku dah tau ending dia. Tak payah cerita banyak. I don't know why but maybe plot cerita itu sendiri lemah atau terlalu banyak bagi hint sepanjang cerita sampai aku dah boleh agak apa ending dia. Biasalah, cerita cliche kan. 

But buku ini tak. Seriously no. Kalau buku lain half way aku dah tahu ending, buku ini dah half way baru aku dapat tahu gambaran keseluruhan cerita dia. Acano tu? Dah tengah-tengah baru aku tau keadaan Kelabu itu sendiri.  Sebab dia tak banyak bagi hint untuk apa akan jadi seterusnya. Bila tak banyak hint, kita sendiri tertanya-tanya apa jadi seterusnya. Baca pun tak boring sebab kita nak tahu. Plot dia sesuai sangat dengan tajuk buku itu sendiri, Kelabu. 

Cara penulisan pun okay especially the dialog. I assume that the writer was young lady because she really good at using the latest slang. Haha. Susunan ayat pun simple so orang pun senang faham jalan cerita dan apa yang dia cuba fahamkan. Dia tak guna ayat yang metafora sangat. Ayat dia ringan je. Macam kita cakap hari-hari. 

Guess what, I've been tricked!! The one thing that I love when reading is that I can create my own image of how the character is. But in Kelabu, once I've drawn the image in my mind, I found out that it is exactly the OPPOSITE of what I thought. I'm surprised!!

Well, this book was really good. Must have. Kudos to Nadia Khan.

Nak cari senang, nak jumpa tu yang susah ~ Kelabu

Tuesday, February 14, 2012

Rindu Atuk.

Assalamualaikum.



Hye there! Lama sangat dah tak post entry kan. So, Im gonna write up my come back entry. Ececeh. What me gonna write today is about my late granny. Yes, I do miss him.


Kalau dulu masa kecik-kecik mesti asyik nak tidur rumah nenek. Time tu arwah Pak Usu dengan arwah atuk pun ada lagi. Mak cik pun ramai yang belum kahwin. Ala, bukan main seronok lagi. Sikit-sikit rumah nenek. Mama sampai naik angin tak reti nak duduk rumah. Jumaat petang balik sekolah je adik-beradik semua pakat packing baju nak lepak rumah nenek. Kalau ayah tak nak hantar, sanggup jalan kaki. Kalau mama pulak tak kasi sanggup tu memasing curi-curi keluar ikut pintu belakang siap sorokkan baju dalam beg biar mama tak perasan. Haha. Jahat betul semuanya.


Mana tak seronok duduk rumah nenek kalau diorang semua layan macam raja. Hehe. Bangun pagi je breakfast dah siap atas meja. Sedap lagi kau. Mintak lah kau apa je yang kau teringinnak makan. Nenek mesti layan punya. Arwah atuk paling terbaik. Suka belanja macam-macam. Kau mintak je apa. Gerenti dapat. Mintak ais krim small cup dia bagi ha kau yang tupperware besar. Mintak keropok satu plastik yg 20sen tu, dia belikan yang satu bundle ada 24pcs tu. Tak ke heaven namanya tu. Snack memang tak pernah putus dekat rumah tu. Buah jangan cakaplah. Blurpp. Kenyang.


Itu belum pe'el sekor-sekor kat rumah tu. Semua kaki sakat. Arwah Pak Usu tu ha. Kalau tidur malam tak nyanyi lagu feveret dia tak sah. Dengan mak cik yang kaki game main sampai meletup tv. Segala hade lah. Alahai rindunya lah.


Arwah atuk kira orang yang dikenali satu masa dulu. Kenapa dia dikenali tu tak perlulah cerita. Nanti kata menunjuk. So, no. Masa arwah atuk masih hidup, dalam diri anak cucu dia ni tak boleh kata tak pernah ada erti takut. Pergi mana je sebut nama arwah atuk gerenti orang macam back off. Kalau orang lain gaduh or tak puas hati ke apa ke mesti cakap 'kau tengok, aku bagitau ayah aku'. But different thing with us 'oohh kau. Tengok kau. Aku bagitau atuk aku' Haha. Can u see that ? Arwah atuk seorang yang sangat-sangat protective. Siapa sentuh anak cucu dia siap. Itu yang best. Hehe.


Perginya arwah atuk itu ibarat patah sayap kanan keluarga aku. Dah takde lagi gelak ketawa yang suka menyakat, loyar buruk. Tak ada lagi snack free kat rumah nenek. Takde lagi orang datang rumah ramai-ramai. Takde lagi pelindung terkuat dalam keluarga aku. Dah tak ada. Rumah nenek secara automatiknye menjadi suram. Sangat suram. Kitorang pun dah takde saja-saja nak tidur rumah nenek macam dulu. Sampai ada satu saat nenek cakap dekat aku 'efa tak nak tidur rumah nenek ke ? Dulu selalu tidur rumah nenek. Sekarang dah besar dah tak nak ke' Do you know how I feel ? Yes, serba salah and sedih at the same time. So, untuk ubatkan rindu nenek tu kitorang sesekali tidurlah rumah nenek.


Tapi keriangan saat arwah atuk itu dah takde lagi. Semua keriangan dan cahaya yang pernah ada dekat rumah nenek hilang pergi bersama jasad arwah. Bila tengok orang lain ada atuk aku rasa macam, mana atuk aku ? Dah 10 tahun atuk pergi and aku still ingat setiap kenangan yang ada. Al-fatihah Allahyarham Shamsuddin B. Roslan.


P/S : Saat aku tulis benda ini aku sangat rindu dengan atuk sebab nampak ada seorang tua tak ubah rupanya macam arwah atuk *tahan air mata*