Tuesday, August 9, 2011

Kerja ikut minat or kerja ikut keadaan semasa ?

Dalam umur 19 tahun ni, aku selalu baca pasal working based on your passion and working to earning big money. which one should I follow.

Aku pernah baca satu kisah dekat web yang ditulis sendiri oleh seseorang. Kisah dia macam ini. Perempuan ini dah ada career yang bagus dalam satu bidang ini which is she had a high salary, good post in company, etc. But itu bukan yang dia minat. So, one moment she decided to quit from the company and doing something that she interested in. She starts from bottom and slowly up. As she said, the current works she running might not earning as much as her previous works. But undeniable, she's sooo happy doing her current works because that's her passion and what her looking for all these while.

Based on cerita itu, aku terfikir, berani dia ambik risiko. Tapi, dalam keadaan masa sekarang ini, sesuai ke kerja ikut minat ? Sebab ada lagi satu kesah, macam ini.

Aku baca dekat web juagk. Perempuan ini minat dalam satu bidang ini. Tapi dia sendiri tak sure yang dia boleh pergi jauh dalam bidang yang dia minat tu. It may be sebab kemampuan dia yang terbatas dalam bidang itu. So, she decided to jadikan kerja lain yang bukan minat dia as her career. At the same time she earning a lot of money dari kerja itu.

So, what your view on this ?

Yesh, aku berada dalam satu situasi yang aku minat satu benda lain. Tapi untuk jadikan career, aku target benda lain. How come ? Macam ini, aku minat dua bidang at the same time. But I don't know why, I don't think I can go further in this two things. It may be aku tak confident dengan kemampuan aku dalam bidang ini or keadaan pasaran or persepsi aku sendiri yang tak berapa nak betul. Untuk jadikan career, aku target untuk kerja yang keadaan pasarannya luas, high salary and risiko agak rendah.
How about kerja itu bukan true passion aku which is biasa-biasa je. Tapi the best part is boleh earning money yang tinggi ?

Most people said kalau kita buat sesuatu yang kita minat, kita tidak akan mudah jemu dan kita akan sentiasa bersemangat. Kita akan sentiasa berasa gembira, dan kita tidak akan mudah bosan ataupun merasa tertekan dengan apa yang dilakukan

Yeap. betul itu

But again, somehow aku terfikir yang buat kerja yang aku tak minat tapi earning big money is worth instead of aku kerja yang aku minat, tapi tak boleh nak dapat pulangan lumayan (mata duitan betul aku ini ). Memang betul, kita tak mudah jemu, tak stress and etc. But come on, be realistic. Everything yang kita buat berkaitan dengan duit. Maybe kepuasan diri itu tak dapat nak capai macam kalau kita buat kerja yang kita minat. Tapi tak salah rasanya mencuba. Plus, tak semestinya selama-lamanya benda itu akan jadi tak minat. Kalau dah hari-hari buat kerja itu boleh jadi kita tertarik sampai jadi minat. Who knows

Tapi tak bermaksud yang aku akan buat yang aku memang tak suka. Nope. At least, sikit kena lah dengan jiwa aku ini. For example, macam jadi cikgu. Dulu memang aku tak minat apa yang related dengan cikgu. But day by day, tanpa aku sedar aku dah mula tertarik dengan career cikgu ini. May be sebab aku dapat wide exposure pasal bidang itu. So, career teacher or lecturer tu dah mula dipertimbangkan. Haha

Honestly, everything is still under considering. Whether nak committed dengan passion aku or doing something yang lebih worth for long term. Or buat dua-dua sekali. Okay, will think of it

P/S : Pergi tilik nasib nak buat apa untuk future.

Thursday, July 21, 2011

Diam-Diam Jatuh Hati

Diam-diam, aku jatuh hati padamu, Ku ingin kau tahu. ~Tilu
Hey pretty girls and handsome boy,

Yesh, this is what I will talking about. Dalam diam suka dekat seseorang. Korang ada experience tak pasal benda ini ? Tipuuuu. Mesti korang ada punya. Agak tak berapa nak normal lah kalau korang kata takde.

Well, aku sendiri pun pernah macam ini ( aku kan normal ). Dalam diam suka kat orang itu. Bukan senang tahu nak sorok benda ini. Pretend cool macam takde apa-apa. Dalam hati, Tuhan je yang tau. Ada sesetengah orang suka kat someone and dia akan share dengan orang yang dia rapat which is memang orang yang dia admired tu tak tahu pasal perasaan dia, tapi ada orang tahu. Ada jugak yang memang seorang pun tak tahu dia suka kat orang itu. Baik punya dia simpan kan. Cakap lah apa pun, cool je. Sorang pun tak tahu yang dia ada interested with someone. What ? Yes, I'm one of this kind of people :)

Kesahnya tak nak orang tahu sebab malu, especially the girls. Aku faham. kalau cerita bagai nak rak pun tapi kita tak dapat nak buat apa kan. Kalau dapat rezeki lah, Alhamdulillah. Aku tak berapa nak sure boys matter macam mana. How its going on. Tapi aku pernah dengar jugak yang some of guy refuses to share with the other pretty guy is because tak nak kena cantas atau dalam erti kata lain tak nak kawan dia potong line. HAHA. boleh pulak macam itu. Tapi realitinya memang ada. So, every single heartbeat simpan sorang je lah kan. Nice.


Kalau dah suka dari jauh ini memang payah sikit lah. Nak-nak yang menuntut atau bekerja yang satu tempat. Agak terganggu jugak fokus nak buat satu benda itu. Mata dok asyik nak curi-curi pandang je. Bila dah kantoi buat-buat pandang benda lain. Booooo! I catch ur eyes already honey. Bila dia tak perasan, pandang lagi. Tapi kalau tak satu tempat menuntut which is tak sama class or tak sama office pun susah jugak. Kena cari masa sesuai untuk usha minah or mamat itu. Kalau sekolah, asyik nak lalu depan class orang yang suka itu, assembly ke or tunggu any event yang dapat gabungkan semua orang. For sure dia terlibat. Masa terbaik untuk tengok dia lah kan. Taktik taktik.

Nak simpan perasaan itu dalam satu jangka masa yang panjang memang sukar. Kalau rahsia kau tak pecah pun, maybe kau sendiri akan rasa bosan dengan rasa yang tak pernah habis. Mula-mula memang fun, tapi kalau dah lama itu memang tak lah kan. Tak pun kau akan kantoi dengan siapa-siapa yang sebenarnya kau pun diperhatikan tanpa kau sedar. Jeng jeng jeng! Again, aku salah seorang daripadanya. Aku pun tak tau macam mana masa itu aku boleh tak sedar yang kawan aku yang sorang ini pun sibuk keep watching aku. Dia tahu aku suka kat that boy by the way I staring at him, how I talk to him, the way I joke, the way I told my friend about him, everything. She knew my feeling towards that boy without I confess anything to her :)

Benda ini pun tak semestinya jadi dekat orang yang tak saling kenal. I mean lelaki or perempuan itu takut nak tegur, tengok dari jauh, tak pernah cakap, etc. Nope. Boleh jadi jugak sesama kawan which is selalu cakap dengan orang itu, joke, and even kawan rapat. Kau beriya ingat ingat dia macam kawan. Tak hal dalam hati dia suka kau. Ye tak? Serius, memang ada.

Takde benda yang nak dipelikkan dalam hal ini which is jatuh hati pertama kali dengan someone or jatuh hati sekali lagi with same person. HAHA.

So, check it out if someone has fall for you *wink
"To be able to say how much you love is to love but little." - Petrarch
P/S : Me? Now? What do u mean ? Oh, did I interested with someone ? My secret, not yours :PP

Friday, July 8, 2011

Your Choice : Career Mothers or Housewives



Hye peeps :)

Okay, entry kali ini aku nak story pasal apa yang aku debate kan dengan classmate aku tadi masa MUET class. Statement dia lebih kurang macam ni :
Women should be in the kitchen
Bila debat mula, tajuk dah mula lari sikit. Teacher tarik balik kembali ke pangkal jalan mana yang dah sesat itu.HAHA. Aku berada di pihak pembangkang which is aku tak setuju dengan statement itu. Aku perlu defend point aku yang contra dengan ayat atas itu which is :
Women should not be in the kitchen
So, let's see.

'Tugas bekerja dan cari nafkah keluarga itu atas bahu suami atau bapa. So, buat apa wanita kena kerja ? '
Walaupun emak aku seorang suri rumah, aku tetap menyokong yang ibu dan wanita masa kini tempatnya bukan sekadar di dapur atau dalam erti kata lain menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Nope. Wanita atau ibu sekarang perlu bekerja, sesuai dengan keadaan masa kini yang menuntut untuk seorang wanita PERLU bekerja. dah tak sesuai untuk gunakan terms 'boleh' bekerja sebab keadaan masa kini terlalu mendesak setiap keluarga untuk husband-wife bekerja. This is because living-cost yang terlalu tinggi. Tak cukup kalau husband seorang je yang kena earning money for the family. Maybe betul, tanggungjawab untuk mencari nafkah itu atas bahu suami atau bapa. Tapi apa guna marriage kalau tak boleh nak help each other. Partnership responsibility. Logik kalau suami itu gaji besar, anak sikit ke ramai ke, maybe it's not a big deal for them to manage their family account. How about big family with 4 children and the husband just earn around RM1500 per month while monthly expenses was higher than what they have. Sangat-sangat tidak rasional wanita yang ada kemahiran dan kemampuan duduk rumah kalau family dalam keadaan macam ini.

'Kalau wanita atau ibu bekerja, anak-anak akan kurang kasih sayang dan anak-anak ini berkemungkinan besar terlibat dalam masalah sosial '
Mungkin betul kalau wanita itu bekerja dalam situasi kerja yang ada shift atau masa kerja itu agak panjang. Tapi tak bermaksud anak akan lack of attention and diorang akan terlibat dalam social problem. Habis, berapa banyak pulak budak-budak yang terlibat dengan social problem itu sedangkan emak diorang housewife. Nak kata kurang perhatian, emak duduk rumah je pun. Sometimes, anak-anak boleh jadi lagi liar sebab katanya emak duduk rumah je. Dah kelentong emak awal-awal. cakap pergi tempat lain, pergi tempat lain. Anak-anak career women ni pulak elok je takde masalah.

'At least kalau wanita dan ibu itu duduk rumah, dia boleh supervise anak dia and bagi perhatian dan kasih sayang supaya anak tidak rasa tersisih. Terjaga lah sikit anak itu. '
For me, being a career woman doesn't mean you can't supervise ur children and can't give a proper attention to them. Tidak sama sekali. Ada jugak yang wanita itu housewife, tapi anak still terbiar. Kalau wanita itu bekerja sekalipun, she still can manage and supervise their children with variety of ways. For example, prestasi atau attitude anak dekat sekolah. Dia still boleh call pihak sekolah dan tanya pasal anak dia. Kalau nak kata career women tak boleh supervise their children personal attitude which is dengan siapa dia kawan, apa dia buat dekat rumah, dia pergi mana, etc. Come on, housewife pun ada yang tak tahu tau hal anak-anak dia yang macam itu. That's the fact.

'Ye lah, lagipun kalau wanita atau ibu itu duduk rumah,dia boleh spend time lagi banyak dengan anak-anak '.
Quality is more important than quantity. Kalau duduk rumah bersama, tapi tak ada benda yang dibuat bersama yang boleh rasa masa itu berkualiti pun tak guna jugak. Contohnya anak dengan emak ada dekat rumah, emak tegok tv dekat tingkat bawah, anak main game dekat tingkat atas. Or emak ada dekat rumah, anak pergi rumah kawan. How ? Plus kalau anak itu dah bersekolah. Pagi pergi sekolah kebangsaan, petang pergi sekolah agama (orang Islam). tak pun, balik sekolah ada tuisyen lah, kelas muzik lah, football game lah, etc. Dekat mananye yang spend time together. Sama je lah macam itu dengan wanita pergi kerja. Nanti emak habis kerja, anak habis aktiviti, jumpa jugak dekat rumah.

The options are there, and every day, technology has given women more and more choices whether being a totally housewife or career women. Women can still work as long as they know the limits and boundaries in accordance with the responsibilities and title as a woman and mother. Good mother and successfull women should know how to manage ur career and ur family.

P/S : Will be a career women and good mother hopefully :)

Tuesday, June 21, 2011

Maksud Mimpi Punya Cerita

Hye Readers :)

Today, aku nak post entry pasal maksud mimpi. Korang mesti pernah mimpi kan. Dan korang jugak mesti pernah dengar orang sekeliling especially orang tua cakap pasal maksud mimpi tu. Aku cakap based on ebservation and experience sebagai orang Melayu. Ras lain aku tak berapa nak tau lah. Sorry.

Aku ini bukan jenis yang ambik port sangat pasal mimpi aku itu. Cuma kadang-kadang bila pelik sangat, aku akan tanya mak aku maksud mimpi aku itu. Then bila dah tau lupa macam itu je. Tapi bila benda dah jadi baru aku sedar ; ouh, ini lah kot pasal mimpi aku itu. Kalau nak kata aku tak percaya mimpi langsung, tak jugak sebab tak semua mimpi itu mainan tidur. Ada jugak yang memang ada sesuatu nak disampaikan dekat kita melalui mimpi. Dah terbukti orang dapat hidayah daripada mimpi, Rasulullah terima wahyu dari mimpi, orang nak wariskan belaan dari mimpi, etc. Cuma benda ini terpulang kepaa individu itu sendiri sama ada nak percaya atau tidak. Macam aku sendiri, kalau aku tanya orang jawab or ada orang cakap pasal maksud mimpi, aku tak bagi respons apa-apa. Diam dan fikir apa yang dia cakap based on logik akal. Easy.

So, apa salahnya kalau kita share maksud mimpi kan. Ini yang common aku dengar.

Perempuan belum berpunya mimpi dipatuk ular : ada lelaki nak masuk meminang atau merisik.

Lelaki mimpi dipatuk ular : Ada seseorang dalam kalangan kenalan atau keluarga berniat buruk terhadap dia. dalam erti kata lain, tikam belakang lah.

Mimpi air atau banjir (yang berkaitan air) : Nak dapat rezeki.

Mimpi gunting rambut : Nak dapat susah

Mimpi barang kepunyaan sendiri hilang : Musibah

Mimpi orang lain atau diri sendiri berjalan tanpa baju atau menunjukkan kemaluan atau dalam keadaan aib sebegitu.: Nak dapat malu.

Mimpi orang yang dah meninggal datang menjemput seseorang yang masih hidup. : Ajal

Mimpi selipar sebelah hilang atau putus : Salah seorang kenalan atau keluarga nak meninggal.

Perempuan mengandung mimpi bunga atau buah-buahan : Anak dikandung adalah perempuan.

Perempuan mengandung mimpi ikan atau lain-lain haiwan. : Anak lelaki.

Mimpi mengandung : Rezeki

Mimpi daun kering atau daun segar jatuh ke arah anda : Rezeki

Banyak lagi sebenarnya. Tapi cukup lah kot. Maybe ada antara korang yang cakap aku mengarut. Macam aku cakap tadi lah, terpulang dekat diri masing-masing. Tapi sekadar have fun dengar benda macam ini apa salahya. HAHA. Selagi tak melanggar akidah dari segi perbuatan, niat dan kata-kata sudah lah. Tak semestinya dengar atau baca pasal hal-hal macam ini syirik kan. As long as diri kau masih di jalan-Nya, nothing to worries :)

P/S : kadang-kadang tergelak pun ada bila ingat balik mimpi-mimpi lepas. Kelakar :D

Tuesday, June 14, 2011

Mid-Term Result ?

Hye readers :)

Masa aku taip entry ni, aku baru balik dari sekolah, mandi, lepak-lepak.tiba-tiba rasa nak post something which is apa yang aku rasa sekarang.

Well, today aku dah dapat semua paper mid-term and MUET result. Alhamdulillah untuk result MUET. Aku tahu result aku tak sebagus korang, tapi at least aku achieved minimum target aku. So what ? But for mid-term result. it sucks okay! Honestly, aku quite disappointed dengan apa yang aku dapat itu. Yes, graph prestasi aku menurun. Hmmmm.

Tadi dalam kelas aku list down semua markah paper yang aku dapat. Tak campur dengan carry marks sebab aku nak tengok pure result aku. Again, mengecewakan. Tak mencapai target aku. Tak cukup puaskan hati aku sendiri pun. Disebabkan kekecewaan itu (HAHA) aku pun asyik duk terfikir je. Macam mana aku nak overcome problem ini. Jasad dekat kelas, minda tah kemana. Risau sebenarnya. ( risau risau, tapi perangai macam itu jugak. pffffft )

Aku tahu itu je yang aku layak selaras dengan usaha aku yang sebanyak itu. Memang, tapi itu lah. Salah aku jugak sebab tak buat betul-betul. Leka. Aku tahu tu. Bila dah jadi tengok result aku yang menyakitkan hati dan mata yang sedia sakit ni, macam nak melalak pun ada. HAHA. Terfikir aku kalau STPM aku nanti macam mana lah.

Macam yang tadi classmate aku cakap dia risau dengan studies which is cikgu dah bagi spot questions tapi bila sampai masa, result still macam itu jugak. Ada yang cakap dia pathethic. Lantak dengan yang siapa cakap, tapi aku faham apa yang dia rasa sebab aku pun pernah terfikir macam itu jugak. Try imagine kalau STPM, no spot questions. Apa jadi ? Yes, aku dah sedar dan fikir hal ini sangat-sangat lama cuma aku tak pernah suarakan before this. Bukan bila aku jatuh, tapi bila graf aku naik sekalipun. Ye lah, markah memang tinggi, tapi ada spot. kalau takde, gerenti rendah kan. Haissh.

Kalau nak cakap risau, siapa tak risau. Kalau nak cakap tak sakit hati tengok member markah tinggi, siapa tak sakit hati. Kalau nak cakap tak kecewa, siapa tak kecewa. Tapi nak buat macam mana, dah itu je mampu. Bukan. Bila fikir balik, boleh lebih, tapi sebab malas. main-main. Yes, I am. Plus, aku pun belajar tak serajin dulu masa aku nak PMR and SPM. sekarang kalau takde homework harapan aku nak bukak buku. tunggu ada baru bukak. Saja-saja nak revision memang bertuah. Harapan tinggal impian. Sekarang, baru padanlah dengan muka kau kan. EEE. sakit hati aku.

Masa nampak macam masih banyak. Tapi bila kira-kira, tak lama dah weii nak STPM -.-

To me : Wake up and do something for ur STPM please. Stop playing and be serious in ur studies.

P/S : Aku tak pernah rasa serisau ini masa nak SPM, padahal dulu lagi aku kuat main. Well,faktor umur barangkali. HAHA.

Thursday, June 2, 2011

Ex-Lover :: Kau ada feeling lagi dekat dia eh ?

Hey peeps :)

Cuti-cuti ni boring je kan. Malam tadi entah kenapa aku susah nak tido. Duk guling-guling atas katil tu, aku terfikir nak buat entry baru dekat blog aku yang dah lama tak dapat perhatian and kasih sayang dari aku. Dalam mencari-cari isu apa yang nak dibangkitkan, aku teringat kisah kawan, family and aku sendiri which is 'Ex-girlf and Ex-Boyf'. Macam menarik je kan ?

Okay. Apa yang aku nak speak out kali ini adalah korang sayang lagi eh dengan ex korang ? Bila aku tanya macam ni dah sah-sah korang akan bajet cool and cakap,
nope, dia bukan sesiapa pun bagi aku sekarang.
Tapi dalam sedar atau tidak, it might be korang memang still ada rasa sayang dekat dia walau sekelumit. How we can detect this feeling ? Aku pun tak berapa nak pakar sangat. Tapi apa yag aku tahu by observation aku dekat myself, kawan and family, in short, orang sekeliling aku lah kan. Ini yang aku dapat.

Korang memang dah lupa kan dia bila korang ,

Kalau korang dah boleh sebut nama dia dengan cool, means korang memang dah perfectly heal dari benda lama antara kau dengan dia. Yelah, bukan senang nak cakap pasal someone yang pernah ada something special dengan kita kan. nak nak bad history macam curang, misunderstanding, etc. Tapi kalau orang cakap pasal dia, sebut nama dia depan korang, korang tak rasa apa pun. korang, chill je, relax, cool and so on yang sewaktu dengannya. Silap-silap korang boleh duk bercerita pasal dia dengan orang lain. It's prove me yang korang memang dah lupa kan hal kau dengan dia.

Bila korang dah tak ambik kisah pun pasal dia. yelah, nak ambik tahu buat apa kan. she / he are just nobody with me anymore :D Korang nak buat apa pun ada aku kisah ? Lantak kau lah nak buat apa pun. Dengan sapa kau bercintan, apa kau buat, kau pergi mana bagai, etc. Kalau kata ex kita tu ada dalam friend list FB and news feed kita keluar pasal dia punya new status, status relationship or what. Tapi korang dah tak rasa marah, siap boleh senyum baca apa yang dia post. Cool okay. Again, korang memang dah takde feeling kat dia masa tu. Great job

Bila korang tak mengutuk or rasa marah dengan dia punya new relationship. Gasak kau lah kan nak berkasih sayang dengan siapa pun. paling-paling pun kalau kau clash dengan dia cuz dia tipu kau, then kau dapat tahu yang dia ada new bf/gf by ur friends, fb, and twitter, korang akan senyum and terdetik dalam hati, 'siapa pulak mangsa kau kali ini'. HAHA. Isn't cool guys ?
Tapi, ternyata kau masih ada perasaan dekat dia kalau korang ,

Tak boleh nak dengar, apatah lagi sebut nama dia. Panas je telinga kau rasa bila dengar nama dia. Entah kenapa. Menyampah katanya *sigh. Yeke menyampah kawan ? Kalau kau dah takde feeling dekat dia, pehal kau nak emo lebih ? lepak sudah derr. Kau marah menyinga bagai, lagi aku tau yang kau tu still ada hati dekat dia. Orang yang sebut nama dia pun kena marah sebab katanya kau tak boleh nak dengar nama dia pun. Takde feeling, tapi nama dia tu boleh bikin ulu hati pedih. I see *angguk-angguk kepala.

Bila korang still lagi nak follow up hal dia. bukak profile fb dia, tengok twitter dia, baca blog dia. kalau kata nak tanya kawan-kawan pasal dia tu maybe tak lah cuz malu. nanti orang ingat kita ada hati lagi dekat dia, tapi tak pun *katanya.Padahal memang pun kau ada hati dekat dia lagi kan ? kalau tak, tak kan kau sibuk-sibuk nak ambik tahu hal dia ? Kesah lagi kau rupanya. Yeah, caring is sexy. HAHA. Come on. Takde hati, tapi nak tahu hal dia. Banyak masa kau follow up dia. Bila dah tahu hal dia yang tak kena dengan kau punya rasa, mula lah nak melenting, maki bagai. mengutuk kaw kaw. Itu namanya tak sayang dah ? okay okay.

Bila dah follow up tu, silap haribulan, korang tahu yang dia dah ada new relationship. Hangin lagi. Mengutuk pulak new bf/gf dia. Kesiann kawan tu. HAHA. Dah kau kata takde feeling lagi, tapi kau menganjing new relaion dia kenapa ? lantak pi lah dia nak berkasih sayang dengan sapa. Bukan hal kau pun ye tak ? Tak cukup mengutuk sesama sendiri, post kat fb, twitter, blog. Perli new relation orang tu. Eh eh, macam jelous je dengan new relation dia ? HAHA. marah tanda sayang. cemburu pun tanda sayang. Aww, suwit lah korang -.-

Apa pun yang jadi antara kita dengan dia semua tu kisah lama. Jangan marah atau benci sangat dengan Ex tu. Kalau kau memang marah dengan dia, buka itu caranya. Le bygone be bygone. Kau mengutuk bagai nak rak, tetiba ada jodoh, sambung balik. HAHA. baru kau tau. Bak kata kawan aku yang suka merepek.
Yes, He/She was ur Ex. But She/He still may be ur future.
DANG!

Ini benda simple and kecik je yang korang boleh detect. Tak susah. Tapi sometimes, ada jugak yang pandai hide symptom-symptom ni. Al-maklum, selagi boleh tak nak orang tahu. Kau boleh deny apa yang orang sekeliling cakap, tapi bukan diri kau. Pendek kata, tepuk dada, tanya lah hati :)

So how u guys ? ada hati lagi ke dengan Ex-girlf / Ex-boyf ?

P/S : Errrk, nothing to say.

Friday, May 20, 2011

Kesah Last Minute.

Yeah, mid-term masih berjalan dengan sadisnya. Memandangkan musim exam ni, aku pun nak post entry something yang related sewaktu dengannya which is last minute.

Dalam berpuluh juta manusia yang suka buat kerja last minute, aku adalah salah seorang mangsa yang tak berapa nak bertuah terjebak dalam kancah last minute ni. tapi aku ni bukan lah semua kerja dok buat last minute. Taaakk. Tengok keadaan. Aku kasi focus sikit kat satu hala iaitu exam.

Haaaa, tu dia aiihh. aku nampak dah. Ramai yang mula tunjuk muka yang macam nak angguk, macam nak geleng tak nak ngaku. come on guys. aku tau korang pun sama kan ?

Aku pun tak tahu lah kenapa susah sangat aku nak ubah perangai nan satu ni. Nak kata salah ibu mengandung tu, dah sah-sah lah tak. Sejak azali gamaknye. Tapi tak jugak. Meh aku cite.
Dulu masa aku nak UPSR, aku bukan jenis yang last minute. Aku memang focus gila study dalam kelas. Kelas tambahan datang sesaje. susah nak ponteng. Homework sentiasa buat. Takde istilah tiru-meniru yang kononnya kerjasama tu. Al-maklum, time tu ibarat suci dalam debu lagi. Budak lagi kan. ke kiri kata cikgu, ke kiri lah aku. ke kanan kata cikgu, haa, ke kanan lah jugak aku. Mana tak nya, cikgu masing-masing garang. Salah satu soalan dapat satu rotan.Try imagine kalau 10 soalan salah. Tak nipis tapak tangan kau senah ? Kalau betul pulak kena explained kat classmate.Tak reti explained cikgu tuduh kau meniru. aihh, serba tak kena time tu. Tak datang extra class kena tanya. Alasan tak munasabah, sedas lagi dapat kat tapak tangan. Result cam sampah sedas lagi. Haa, kau cakap kat aku, apa lagi tak cukup. Nak-nak kombinasi cikgu yang ajar kelas aku time tu semua dah macam ajar dekat sekolah Juvana. Umak aihh. Tengok, aku dah melalut.

Apa yang Aku nak cakap sebenarnya, masa aku UPSR dulu, aku ni bukan student yang suka buat kerja last minute. Kalau tak baca pun aku dah boleh jawab exam time tu. Kenapa ? Ni sebab aku pulun habis bila time yang sepatutnya belajar. Almost everyday aku akan bukak buku. Logik lah jugak kalau dah hari-hari de homework. sekolah pun 6 hari seminggu. Mau tak hari-hari hadap buku. So, takde problem lah andai kata tak sempat baca masa nak exam tu. hidup pun still chilled eventhou time tu nak exam. Rindu pulak zaman sekolah rendah~

Tapi itu semua dulu. Tinggal kenangan.

Naik sekolah menengah. Tu dia. zaman jahiliah dah mula. Everytime nak exam, baru lah sibuk nak cari buku. Kalau tak, terbiar je buku tu. Masa PMR dah start problem. Kau tengok aku punya tahap masalah. Orang lain punya problem sebulan or dua tiga bulan nak exam baru nak revision.Aku taak. seminggu before PMR tu baru aku terhegeh-hegeh cari buku. Dan dalam masa seminggu tu jugak, mana pun family aku pergi aku tak ikut. Stay dekat rumah and keep study. Kalau aku follow diorang nanti aku tak study. Dah lah tak ingat apa-apa sebab tak study betul-betul before tu. Korang tak tau macam mana robeknya hati aku tengok diorang bersuka ria masa nak keluar tu -.- Nasib iman kuat lagi. Hasilnya, agak memuaskan ye kawan-kawan. Tak sia-sia aku tak keluar seminggu.
Sampai pulak SPM. Time ni aku konon nya nak bertaubat. Start dari awal. Niat nye begitu lah. tapi macam biasa lah. Insan lemah yag tak tahan godaan macam aku ni. Jadi lagi benda yang sama. Last minute baru nak study. Tapi ada kemajuan sikit lah. aku study awal sikit. lebih kurang sebulan sebelum exam kot. Tapi tulah dia, kalau dah terbiasa last minute, Tuhan balas kau kat aku. nak sangat last minute kan, hamikk kau. Aku salah baca jadual exam! OMG! Kau tak tau. Lagi 10 minit before masuk dewan baru sedar. Aku punya meggelabah jangan cakap. Nasib kawan aku sempat tolong revised sikit-sikit. Lagipun subjek itu aku selalu baca n bagi attention lebih sikit dalam kelas. So, takde masalah sangat. Hasil pun, boleh lah tu kan. Masih di tahap boleh mengucap Alhamdulillah. HAHA.

Ada benefit sebenarnya kalau study awal ni. Yelah, takde lah bagai nak gila kan study bila nak exam. Kalau ada emergency pun, kau still boleh cover paper tu sebab kau dah pulun habis. Tapi tulah, cakap memang senang, try buat. belum tentu boleh. Sometimes, tahap keseriusan masalah aku ni, kejap lagi nak exam, ni ha sekarang baru nak baca. Betul, tak tipu.Selalu pun aku buat macam tu. Masalahnya bukan nak cuba refresh balik apa yang dah baca.Tapi memnag baru nak start baca! Tak gila ?Bukan tak cuba muhasabah diri, tapi tulah. susah nak cakap. HAHA.

Kau tanya apa ? STPM ni ? err, rasa-rasa ? HAHA. dengan hina dan dina nye aku mengatakan ye, aku masih belum dibebaskan penjajah last minute. kesian kan aku -.-

P/S : selagi aku jadi student, selagi tu aku jadi mangsa last minute. Tunggu aku habis study, goodbye last minute. HAHA.

Wednesday, April 27, 2011

Form 6 : Tak payah nak sarcastic sangat.

hey readers :)

apa yang aku nak sampaikan harini adalah pasal Form 6 which is level yang aku sedang jalani. Bagi yang bukan Form 6 student, apa persepsi korang tentang Form 6 ?

Maybe bukan semua, tapi kebanyakan umat kat luar sana tu anggap Form 6 ni as lower class of A-level, tempat orang terdesak yang tak dapat masuk Uni, takde pilihan lain dah, etc.

Bila orang cakap macam tu, nak gelak pun ada. Undeniable, memang ada orang yang macam tu. Tapi tu zaman dulu kot. Zaman sekarang ni, almost semua student yang decided to sit Form 6 bukan atas alasan kuno tu lagi. Maybe still ada lagi golongan tu, tapi minoriti. sangat-sangat sedikit. sekarang, almost all Form 6 student masuk dengan tujuan masing-masing which is different dari apa yang orang luar fikir.

In my experience, tak payah jauh-jauh. aku cerita pasal kelas aku sendiri lah. Kalau korang tanya setiap penghuni dalam kelas aku tu, tak kan ada seorang pun yang jawab saya masuk sini sebab dah tak ada pilihan lain, saya kena paksa dengan parents saya. masa awal tahun, golongan ini memang ada, tapi semua dah choww. Yang tinggal sekarang ni semuanya yang memang dalam hati tu dah terpahat nama Form 6. HAHA.

Macam aku sendiri, aku tak ambik Form 6 atas alasan yang sorry, tapi kurang bernas bagi aku. Entah kenapa, dari dulu aku memang dah terniat nak amik Form 6. benda ni jadi pun dalam aku tak sedar. It might be i got a wide exposure about Form 6 since 12th. Aku jugak tak amik Form 6 sebab aku takde choice lain sebab aku dapat offer jugak dari IPTA saje aku yag tak pergi. aku tak amik Form 6 sebab parents aku paksa sebab aku yang decide atas kerelaan aku. Kalau nak cerita satu per satu memang tak kan habis sampai esok pagi pun.

Even classmate aku pun macam tu. kalau ada yang cakap budak-budak Form 6 ni tak berapa nak pandai lah kan, sebab tu amik Form 6, salah besar lu derr. kawan wa 10A's SPM. dia relax je amik Form 6. ada jugak yang memang tak apply mana-mana IPTA semata-mata nak amik Form 6. Ada jugak yang tolak semua offer yang dapat sebab nak amik Form 6. can u see that ? Tapi sampai sekarang, masih ada orang yang memandang enteng terhadap Form 6. aku pun tak faham sebenarnya. nak kata tak tau pasal Form 6, berlambak dah info. tertinggal jauh nampaknya minda diorang ni. Lagi best yang sedap bersuara sarcastic bila kita cakap yang kita ni Form 6 student. ya, lu memang terbaik lah derr. wa tau.

Kalau alasan tak nak amik Form 6 sebab risiko tinggi, urmm, maybe aku boleh terima jugak lah alasan tu. Once kau decided nak sit Form 6, secara automatiknya kau jugak dah buat perjanjian risiko dalam hidup kau masa tu.Tak lama, setahun setengah je (3 sem). Tapi ini bagi yang memang ada life plan. kalau takde, non-effect.

Kalau orang tanya kat aku pasal Form 6, aku akan jawab yang diorang kena well prepared mentally and phisically. why do I say that ? now, kalau kau amik dip, paling-paling pun kau berperang dengan diri kau sendiri je. stress pun datang dari diri kau sendiri. kalau kau amik Form 6, aku bagitahu kau lah kan. kalau kau tak kuat, dah lama kau pun akan tarik diri dari Form 6. Kenapa ? sebab terlalu banyak suara sumbang dekat luar yang akan memberi komen yang agak tak sedap nak dijadikan halwa telinga gamaknya. kadang-kadang aku panggil diorang ni psychopath. HAHA. sorry. itu belum masuk kawan-kawan yang menganjing kau budak sekolah lagi, pakai baju sekolah bagai semua. kalau tak tahan, sah-sah kau cabut punya.

Hakikatnya, dekat luar tu, lagi banyak yang sarcastic dekat Form 6 rather than yang supportive. disebabkan diorang ni lah kau akan terfikir dang mencongak balik langkah kau. 'betul ke apa yang aku buat ni? tapi diorang kata Form 6 tak bagus.' aku tau semua tu sebab aku pun masa lower 6 macam tu jugak. bila kiri kanan depan belakang aku tembak aku dengan statement yang kaw-kaw, aku pun terfikir jugak. Tapi dah naik Upper 6 ni, korang cakap lah apa pun. dengan mudahnya aku akan jawab, go to HELL yeah with ur shit words !

*P/S : makin hari makin kebal dan kalis dengan kata-kata nista pasal Form 6. HAHA :D will post my experience being Form 6 student later.

Thursday, March 31, 2011

Love : Orang Kata dan Kitorang Kata.

One day, aku ada borak dengan kawan dan kawan aku. tengah sedap bersantai - santai tu, entah macam mana topic ini boleh timbul. ada seorang daripada kitorang yang mula dulu.bila dah mula biasa lah, susah pulak nak stop :D. mula-mula kawan aku yang mula dulu dengan soalan,

1. Apa pendapat korang kalau aku tanya, sebelum further studies means masuk Uni, which one u prefer, kena 'ikat' dulu ataupun tak.

bagi aku sendiri, dalam umur aku yang macam ini maybe tak wajar lagi sebab terlalu muda. tapi kalau dah 20's tu apa salahnya. nak nak dah kenal lama. kalau dah rasa he's / she's the one, why not ? kalau rasa belum masanya tak payah lah. tunggu dulu. declared first. tak payah ikat.
2.Orang kata, cinta monyet tu tak berkekalan.

yeke ? mana kau tau ? ouuh, tak semua cinta monyet tu kekal, kalau ada pun terlalu sikit. tapi tak salah mencuba kan. mana tahu kita tergolong dalam orang bertuah tu. jangan terlalu negatif soal cinta monyet. belum get into relationship dah tahu yang benda tu tak kekal. eh, senang nye tahu. camtu, boleh tolong tengok kan tak relationship yang bukan cinta monyet tu berkekalan ke tak ? :D

soal kekal atau pun tidak tu terlalu sukar untuk ditafsir. sedangkan orang yang dah kahwin pun boleh bercerai, inikan pulak yang bercinta. normal lah. no matter what, it's still a relationship. just do ur best in relation and hope everything will be okay. kalau break tengah jalan nak buat macam mana, takde rezeki. kalau sampai jinjang pelamin, alhamdulillah. u can't simply judge cinta monyet tu tak kekal. it based on urself. kalau nak cakap soal matang, maybe jugak sebab masing-masing muda lagi. but again, it is still not a mistake if you try in relationship with someone while you're in school era isn't ? ala, kalau diorang patah hati pun lantak diorang lah. diorang yang melalak, bukan kita. HAHA.
3. Orang kata jangan bercinta masa sekolah. tunggu masuk Uni sebab kat sana kita boleh jumpa lagi ramai orang dan calon sana lebih baik.

kenapa korang cakap calon Uni tu lebih baik dari calon sekolah ? is that just because of diorang dah masuk Uni . come on, tak semestinya yang bebudak kat Uni tu bagus. the most important is,bukan semua yang masuk Uni tu single. kita nak cari calon kat Uni. sebab orang kata calon kat sana lebih baik. yelah, educated, quite stable, matured and etc. betul, siapa tak nak he/she yang ada ciri-ciri macam tu ye tak ? tapi kita still tak boleh nak serasi ke dengan dia. lagipun, berapa banyak pulak student kat sana yang nak kena compete untuk dapatkan calon yang orang kata sesuai tu. it doesn't mean yang kat luar ni tak cukup bagus. masing-masing ada someone yang dah ditentukan. ada yang jodoh masa bekerja, ada yang masa sekolah, ada yang masa belajar kat Uni. Depends on what has God's written on your fate. so, don't simply divide calon dekat sini baik, calon tu tak baik. siann diorang mekk. :D

4. Orang kata kalau dia itu cinta sebenar kita, masa first time kita jumpa dia kita dah tahu. senang cita first sight love gitu.

ouuh, i see. untung lah ada first sight love. HAHA. senang je, bukan semua orang nasib sama. kau punya kisah maybe macam tu. tapi orang lain maybe tak sama. kalau semua orang sama boring lah macam tu. ada yang mula dengan gaduh, ada yang mula dengan kawan, and etc. tak semua orang sama cerita.
5. Orang kata jangan terlalu cepat nak decide siapa pilihan hati kita sebab nanti kalau tiba-tiba jumpa yang lagi better kan dah susah. lagi-lagi dalam usia yang muda.

okay okay.macam ini je, orang tamak selalu rugi. HAHA.

kalau dalam usia yang muda mungkin lah. aku setuju jugak. you better focus on ur studies or career first. but once dah sampai masanya, kita still kena decide jugak kan. sampai bila nak ragu-ragu dengan dia ? undeniable, maybe kita takut he/she not the right one. 'tak nak lah, nanti dulu. mesti ada yang lagi better dari dia'. realiti, siapa yang tak nak the most perfect guy/ladies ? semua nak. tapi kita tahu ke yang mana satu 'Prince Charming' or 'Miss Right' yang dah Tuhan tentukan untuk kita ? entah-entah yang dah ada depan mata ni ha. yang kita duk sibuk tinggal kan dia sebab rasa dia kita boleh dapat lebih baik dari kita.

at the end of the day, u will got nothing. and at that time, u will regret for the rest of ur life. bukan lah kita kena berpuas hati terus dengan apa yang kita ada, just jangan terlalu memilih. we're not perfect enough to have a perfect one. learn to appreciate who he/she was and he/she will make it more than what u had done to them :) hope so.

masing-masing ada opinion sendiri soal ini. dan ini opinion aku dengan dua orang lagi kawan aku. so, what say you people ?
" BETTER TO HAVE LOVED AND LOST THEN TO HAVE NEVER LOVED AT ALL " ~ hemmingway
*P/S : ada lagi yang kitorang cerita, tapi nanti-nanti lah. banyak sangat. HAHA.

Sunday, March 27, 2011

teamwork

hey readers

yesh, isu yang aku post ni dah lama tersimpan. tapi tak berkesempatan nak post. al-maklum, busy. HAHA.

straight to the point, bila cakap teamwork je mesti korang dah terfikir satu team bekerja untuk satu tugas tertentu. cakap macam senang je kan. tapi nak ada teamwork tu yang payah okay.

kenapa ? let me tell you people.

in my opinion, work in group was harder than making single task. why ? sebab bukan semua member dalam group tu boleh pakai. kalau dapat groupmate yang ringan tulang lagi bijak lagi faham bahasa, yes, it will be easy. but in contra, if u got a lazy groupmate plus slow motion, banyak bercakap rather than buat kerje and so on, itu masalah besar ya kawan-kawan. based on my own experience, aku pernah ada dua-dua keadaan which is pernah dapat groupmate yang positive side and even in negative attitude groupmate.

bila dapat groupmate yang tip top memang senang hati nak buat kerja. nak nak ahli ramai, semua pun boleh pakai. baik dari opinion sampai buat kerja semua gerak. memang CUN. cakap-cakap jugak, tangan jalan jugak. kita tak payah nak sakit-sakit hati, pendam rasa dijiwa. working flow pun smooth je. kerja pun cepat siap. hasil pun terbaik. serius.
TAPI, kalau dapat groupmate yang macam hape memang cari nahas. nak nak ahli ramai, tapi semua tahu bercakap non-stop. then, codemn lebih, tangan tak gerak-gerak. panas hati tak ? kita duk berpeluh-peluh perah otak nak jalankan benda alah tugas yang kita dapat. itu belum campur dengan bangun duduk, tangan penat buat kerja semua. yang dia tau gosipping, bergelak ketawa bagai, kritik kerja orang and so on.kalau sekadar datang nak jadi penyeri majlis baik tak payah datang langsung ye tak ?

it's seems like rubbish, but that's the fact man !

group task memang best sebenarnya kalau kena pada cara. yelah, bila dalam group, for sure lagi ramai orang bekerja semata-mata untuk satu tugas. mesti lagi banyak idea yang kita dapat. kerja pun cepat siap.
apa yang penting bila bekerja dalam kumpulan ?

1. First thing first kena ada leader. ia penting sebab kalau takde leader, quite huru-hara nanti. masing-masing nak tunjuk kuasa. orang ni cakap ni, orang tu cakap tu. masing-masing nak suruh orang dengar cakap sendiri. tak ke haru-biru ? at least bila dah ada leader, kita tahu mana nak tuju kalau ada problem in task. plus, leader jugak lah yang akan atur kan like pembahagian tugas, target, making decision and so on. but it doesn't mean yang semua kena ikut cakap leader. and leader jangan salah guna kuasa pulak. orang pun meluat macam tu. HAHA. balik-balik muka kau ye tak.

2. Second thing is pembahagian tugas. pembahagian tugas tu pulak kena betul dan adil. tak boleh orang ni buat kerja banyak, orang ni sikit. nanti tak pasal-pasal bergaduh. lagi advance lepas habis task pun still berbunyi. bahagi tugas ikut atas persetujuan berasama. discuss before decide sapa nak buat apa. it's better.

3. Everyone must know their role and play on it properly. bila dah ada pembahagian tugas tadi, masing-masing kena tahu betul-betul apa yang diorang kena buat. bukan sekadar tahu jawatan tapi tak tahu nak buat apa. tak guna jugak kan. itu namanya kekaburan peranan (pergh, masuk aku punya PP skill. HAHA). so, dekat sini leader main peranan. explain them as detail as you can.

4. Then, bila dah tahu tugas, tahu apa nak buat, here it will be begin. korang kena jalankan tugas lah. apa lagi. ikut macam apa yang dah dirancang. yesh, kena dengar arahan leader bila nak jalankan tugas. but sometimes in certain situation, korang kena ada inisiatif sendiri. tak kan nak jadi macam pahat. sekali ketuk, sekali lah jalan, kalau tak diketuk, takde lah bergerak. macam tu susah lah pulak. asyik nak disuruh. kalau tak, keje tak jalan. buat sehabis baik.

5. Sefahaman tu penting, kalau tak, mudah bercanggah pendapat dan bergaduh. kena bijak get into antara satu dengan yang lain. kalau dah ramai-ramai tu biasalah. kalau tak bertelagah langsung tu tipu sangat lah namanya. tapi bukan bermakna meleret-leret. try make people understand on what u're try telling them. even dalam sesi nak buat kerja tu pun kena saling bantu-membantu.

bagi aku sendiri, again, group task best sebenarnya kalau kena pada cara dan gaya. well, boleh bergurau senda, gosipping and so on. dalam masa yang sama, kerja pun boleh siap. tak ke 'all in 1' nama nya. tak stress, fun. nak nak yang sekepala, memang terbaik lah kan. tapi group task tak bermaksud formal event semata-mata. kenduri-kendara semua tu pun kena ada teamwork jugak. so, every single day sampai bila-bila hidup memang kena ada teamwork.

*P/S : jangan jadi groupmate yang hampeh please. nanti orang tak suka -.-

Wednesday, March 23, 2011

Perigi Cari Timba

Rasanya korang mesti dah tahu pasal apa yang aku nak post ni kan ? yesh, dah terang-terang pasal perempuan yang move first dalam relationship. paling senang, perempuan yang approached lelaki. brutal tak ? HAHA.

Well, bagi aku sendiri, aku tak berapa nak setuju dengan keadaan ni. mesti korang kata aku ni kolot. yelah, zaman dah moden, dunia dah maju. bukan jadi hal pun kalau perempuan yang mula dulu. yesh, bab ni memang aku agak konservatif. entah, aku sendiri pun tak tahu kenapa. since dulu lagi aku memang praktik kan yang lelaki kena mula segala-galanya dari perempuan. maybe sebab sifat kemelayuan aku masih tinggi *jangan nak mengutuk* macam dalam adat melayu sendiri kan, tak manis kalau perempuan yang cari lelaki.

When I speak out my opinion on this issue, people keep talking that there's no effect whether boys or girls move first. okay. ada betulnya. kalau dah suka sama suka takde benda yang nak dikecohkan. siapa-siapa pun boleh mula. mungkin tak ada. tapi mungkin jugak ada ?

bagi aku sendiri, almost semua lelaki memang dah ada skills nak mengayat perempuan ni. diorang jugak dah ada self-confidence yang lagi tinggi dari perempuan dalam hal ni. senang cite dah pro ah kan. lelaki tahu macam mana nak tarik perhatian perempuan, timing yang betul nak declared and so on. sebab tu orang cakap, kadang-kadang lelaki tak payah muka hensem, mulut manis sudah. gerenti dapat girlfie. erm, quite true i think. disebabkan situation ni, ada jugak yang cakap, 'ayat apa lah mamat ni guna' HAHA. tapi tak bermakna lah pandai mengayat je boleh on kan. jangan lah bendul sangat (-.-) aku terpaksa admit yang bab ni lelaki jauh-jauh lebih pandai dari perempuan.

perempuan pulak terror apa ? takkan tak tahu kot. meh aku bagi tahu. perempuan pulak hebat bagi hint or clue dekat lelaki. HAHA. betul tak aku cakap ? susah nak cari perempuan yang boleh straight forward jawab soalan mengada-ngada dari lelaki. mesti nak berdalih. selagi boleh elak, makcik elak. mula lah drama bahas ala parlimen mengada-ngada macam
lelaki : u sayang i ? perempuan : entah. i pun tak tahu. u rasa ?
tapi kadang-kadang lelaki ni slow motion. itu pun tak faham. nak mengada-ngada lagi tanya banyak kali. perempuan jarang nak mengaku straight forward macam lelaki. perempuan lebih kepada tersirat. macam orang dulu-dulu selalu cakap bila perempuan kena lamar, 'diam tanda setuju'. padahal boleh je kalau perempuan nak jawab yang dia setuju. bukan susah pun. tapi itulah natural character perempuan.

okay, try imagine if the girls approached lelaki yang dia admired tu, then at the end of the day, she was rejected.apa jadi ? heartbroken kaw-kaw punya. dah lah perempuan jiwa lembut. pheuw~ lagi pun, bukan semua lelaki yang suka bila perempuan yang move first sebab ego diorang terlalu tinggi. tapi ada jugak lelaki yang bangga bila perempuan yang approached dia. al-maklum, bukan senang perempuan nak mula dulu kan. confirm cerita gebang gila dengan kawan-kawan dia nanti.

lagipun, kalau aku sendiri rasa macam tak best lah kalau perempuan yang approached lelaki. bukan senang nak approached lelaki. jauh lagi berisiko dari diorang approached kita perempuan okay. lelaki ibarat raja, perempuan ibarat permaisuri. sah-sah raja yang cari gadis di kampung-kampung atau anak kenalan keluarga untuk dijadikan permaisuri *oh suwit-nya*. tak kan permaisuri datang istana terhegeh-hegeh tawar kan diri nak jadi permaisuri raja tu kan? *erkk!*

so, depends kat diri masing-masing. ada yang berani dan ada yang tak. kalau yang berani, aku bagi triple salute for u girls. but for conservative, no worries, u just like me. we are still super normal malay girl. HAHA.

*P/S : tak pernah lagi buat keje-keje berani mati ni. biasalah, saya GADIS MELAYU :D :D :D

Thursday, February 10, 2011

Mind Set

hey readers. how are you ? yeah. aku memang rindu dengan korang sebab dah lama tak post entry. almaklum, hari-hari busy -.-

so, today aku nak post pasal mind set which is aku rasa menarik. dah lama nak buat entry pasal topic ni. tapi tak terbuat. issh.

okay, apa yang korang faham pasal mind set ? korang tanya aku balik ? aku dah agak. mesti korang tanya aku dulu. memang unfair. well, ini yang aku faham pasal mind set.

hampir semua tindakan yang kita lakukan dikawal oleh minda. kenapa bukan semua ? sebab sometimes apa yang kita buat tu berdasarkan emosi. dan ketika itu, minda gagal berfungsi dengan baik.kita pun dengan setan beraja dalam hati tu melulu je ikut kan.

dulu aku macam tak faham dengan konsep mind set. lagi - lagi dalam kem motivasi or what. duk beribu kali orang explained pasal mind set. aku bukan ambik port pun. sebab aku tak rasa benda tu satu isu yang besar. then, bila dah jadi kat diri aku. yes, i know then.

dulu, aku pernah masuk sekolah teknik sepang. tak lama pun aku duduk situ. lebih kurang sebulan je. kenapa ? sebab aku rasa yang aku tak boleh duduk situ. aku rasa terlalu dikongkong. setiap jam dalam hari aku dah ditetapkan aktiviti. hidup aku terlalu disusun rapi. aku dah terbiasa hidup tak dijaga macam tu. aku terlalu free.but it doesnt mean my parents tak control or care pasal aku langsung. nope. diorang still control aku. they just gave me to planning everything on my own in my every single day. so, nak ubah benda tu bukan senang. dan aku ni masa tu memang setengah mati cakap yang aku tak boleh duduk situ. berjuta alasan aku bagi kat family aku untuk aku keluar dari situ. at the end aku keluar jugak. but before aku keluar tu, ada satu cikgu cakap kat my parents yang masalah aku ni satu je. mind set which is aku asyik kata tak boleh duduk and study situ. that's why aku tak boleh. and at that time aku buat tak endah je sebab aku tak rasa pun itu isunya.

then, naik form six. its totally different with the situation before in technic. aku dapat offer dari uitm untuk continue study, tapi aku tak pergi. then, aku dapat Form 6. aku survey dengan ramai orang. mintak opinion mana satu yang aku patut pilih.whether uitm or form 6. most of them suruh aku ambik uitm sebab Form 6 susah. dengan payahnya aku buat decision. and I decided to choosed Form 6. macam-macam yang orang cakap kat aku pasal Form 6. susah lah, tak bagus, susah continue study in uni, etc. tapi aku still tak berganjak dari decision aku nak ambik Form 6. even now, diorang masih dengan cakap-cakap yang aku tak endah langsung. apa pun yang diorang cakap, aku tak ambik port.

dengan mudahnya, nampak tak mind set function kat sini ? orang cakap yang aku boleh masa kat teknik. tapi aku tetap cakap tak boleh. kenapa ? sebab mind set aku awal-awal cakap yang aku tak boleh. tapi bila naik Form 6, berpuluh orang cakap yang Form 6 ni tak bagus, tapi aku still continue form 6. tak stop pun. why ? sebab aku rasa yang aku boleh bawak Form 6. since aku dapat offer tu, aku memang dah niat nak ambik Form 6.

so, based on this exeprience, aku sedar yang mind set tu penting. kalau kita dah set minda kita dengan bad things. memang tak baik lah penghujungnya. tapi kalau kita dah setting mind kita with positive thing, it will be positive jugak lah nanti.

*P/S : but seriously, it's not easy to change our mind set.

Monday, January 3, 2011

Teman Tapi Mesra or Scandal .

Apa beza scandal dengan teman tapi mesra ?

Ada jugak yang cakap scandal ni relation lebih serius tak macam teman tapi mesra yang lebih ke arah kawan rapat. yelah kot. aku sendiri tak sure pasal dua terms ni . tapi rasanya dua-dua lebih kurang sama je.

orang selalu kaitkan scandal atau teman tapi mesra itu dengan benda yang tak baik. means, ada je pandangan buruk tentang hubungan scandal. aku pulak tanya balik, ye ke tak baik ? aku pun tak tahu kenapa, tapi aku tak begitu memandang hubungan scandal itu sebagai satu benda yang terlalu teruk.

iyelah, tak semestinya scandal je, jahat. scandal je curang. scandal atau dalam erti kata lain 'teman tapi mesra'. ouh, manisnya bunyi. sedap je dengar. ulang lagi boleh tak ? teman tapi mesra. okay :)

tak dinafikan jugak. kalau aku sendiri dari sisi seorang girlfriend yang boyfie aku ada scandal or teman tapi mesra lain. aku pun mesti tak suka jugak. normal lah kan benda tu. boyfie kau ada lagi seorang perempuan yang lebih kurang taraf dia kat boyfie kau.just dia tak officially declared. means cara layanan and everythg yang dia dapat lebih kurang sama macam apa yang kau dapat. silap haribulan dia dapat lebih dari apa yang kau ada. yelah kita bukan tahu pun. sedangkan kau ni ni girlfie dia. minah tu sapa ? . why the hell diorang macam tu ?

tapi lagi satu bahagian kalau kau berada di sisi perempuan yang berteman tapi mesra dengan boyfie orang lain. kau mesti tak rasa benda ni salah sebab kau tak rampas lelaki tu dari girlfie dia. kau just ber'kawan' je dengan dia. dah macam bestie. kalau kau nak, dah lama kau buat. tapi diorang still jadi sweet couple until now. tak nampak ke ?

maybe ada sebab kenapa dua orang lelaki dan perempuan (aku cakap soal golongan yang straight je ye, yang tak tu bukan urusan aku) tu tak declared. antaranya musababnye :
  1. One or both of them dah berpunya. tapi hati tu tah kenapa boleh tersangkut kat orang lain. nak dengan yang teman tapi mesra ni, tapi de bf/gf. tak sampai hati pulak nak tinggal.
  2. Tak berani nak officially declared. alasan ? takut terkandas lagi. biar lah dulu sebab baru je putus cinta.
  3. Bukan tak nak, tapi relax lah dulu kan. take time untuk kenal satu sama lain lagi. sampai masa kita couple.
  4. Memang tak berniat pun nak couple dengan orang tu, lelaki atau perempuan tu hanya sekadar kekasih separuh masa.sebab bagi dia seronok ada life macam tu. Pfffttt!
bagi aku sendiri, sometimes scandal ini lebih baik daripada bercinta. tapi kadang-kadang scandal ni pulak lagi terseksa dari couple. statement aku huru-hara ? sabar lah. kau ni pun. gelojoh. bagi lah aku explain dulu kalau ye pun. issh.

Kalau bab kasih sayang, dua-dua ni okay. masing-masing dapat nisbah kasih sayang yang mencukupi. puas hati. setakat sesi bermanja tu apa ada hal kan. scandal ni macam final stage before couple. so, apa yang couple buat, lebih kurang jugak lah teman tapi mesra buat. just agak terbatas sebab tak officially declared. itu je.

Nak cakap soal jelous dalam teman tapi mesra ni yang susah. iyelah, nak cemburu lebih-lebih pun bukan kita punya kan. nak tak nak, makan hati jugak lah. cemburu pun diam je. depan kita maybe dia tak kesah. belakang kita mana kita tahu kan. entah-entah dia merungut, belum jadi gf/bf aku dah nak cemburu lebih. susah jugak. tapi yang best nye, bila kita pulak dengan orang lain, dia pun tak boleh bersuara sebab kita bukan dia punya. fair lah kan ?

kalau nak mention kat public pasal kita dengan dia pun payah. nak cerita itu ini kena cover. tak boleh sesuka hati cerita dengan orang. kita takde apa-apa dengan dia, tapi bila fikir balik macam ada. lagi parah kalau dia de gf/bf atau sewaktu dengannya. ouh my. itu lagi menyakitkan. nak kata mendoakan dia cepat putus tu tak tau lah. maybe some of them ada yang berniat macam tu, dan ada yang tak.

bila dah menjalani satu tempoh menjadi teman tapi mesra ni, pernah tak terfikir hala tuju atau ending cerita hubungan tu ? for sure mostly ya, dan ada yang tak. tipu lah kan kalau korang cakap korang tak kesah langsung apa nak jadi kat korang after korang lalui semua tu. mesti korang nak tau apa lah agaknya jadi kat korang. tapi tak dapat jawapan. berapa lama agaknya korang boleh tahan dalam situasi yang diluah mati emak, ditelan mati bapak ni ? kalau cakap nak tunggu tapi tak tahu bila pun macam buang masa jugak betul tak ? ini lah part yang paling susah dalam hubungan serba kabur ni. tak nampak sign yang boleh kita ambik tindakan.

senang cerita pandai-pandailah selesaikan hal tu. HAHA.

*P/S : kalau ada dah coupled tapi de teman tapi mesra or scandal tu curang lah jugak kan namanye ? confused.

Saturday, January 1, 2011

Tak Sama Tapi Serupa

Hye readers :)

Entry kali ini maybe agak sensitif sebab ia menyentuh sedikit tentang isu kita tak sama tapi serupa dalam masyarakat. sama macam crayon kat ats tu. macam-macam bentuk dan warna. ada yang bentuknya lawa, warna tak cantik. ada yang warnanya kurang menarik tapi bentuknya menarik. maka secara dasarnya, mereka tetap crayon yang ada kelebihan dan kekurangan. Cukup banyak benda yang nak aku perkatakan tentang isu ni. Tapi aku cuba pendekkan ia sebaik mungkin.

Based on my own experience, adik perempuan aku yang berusia 15 tahun belajar di sekolah menengah agama. Agak bercanggah dengan sikap sesetengah pelajar agama lain yang kebiasaannya memakai tudung dan menutup aurat. adik aku lebih memilih untuk free hair.So, sikap keterbukaan dia untuk free hair ini yang menjadi masalah dalam masyarakat sekeliling. Fine. Aku tak kesah untuk orang menegur. Ada baiknya. Aku faham dan itu menjadi satu tuntutan sesama umat untuk kita menegur sesama kita. Tapi cara teguran tu biar bersopan. Tuhan pun ada berkata ;
tegurlah ia secara penuh berhikmah.
Means, bukanlah dengan kata-kata yang tak enak didengar. Plus, senang cerita tengok diri sendiri dulu, baru cakap orang.

The issue is,my younger sister tak pakai tudung sedangkan dah tau hukum and my mom pun dah tahu hukum tapi tak suruh adik aku bertudung.

Okay.

My point is, adik aku dah tahu hukum. Mak aku pun dah tahu hukum. Habis, anak perempuan diorang yang tak pakai tudung tu tak tahu hukum ? sedangkan dah umur 20++. Dan korang as their mother pun tak tahu hukum jugak lah. macam tu ? Can i said yang korang ni Super Naive Human ? Come on lah. Grow up please.

Jangan cakap mentang-mentang anak korang tak belajar sekolah menengah agama, tak tahu hukum pakai tudung. dan tak menjadi masalah besar untuk anak-anak korang pakai tudung just because of dia tak sekolah menengah agama. Pffft! Nonsense. Cakap tu biar pakai otak, bukan pakai kepala lutut okay -.-"

Tengok orang lain pakai sexy je dah mula mengata setengah mati. Kenapa ? Sebab benda tu kan haram. Berdosa. Memang betul. Tapi aku lebih prefer reason tak suka orang pakai sexy sebab tak sedap mata memandang. Kan tak elok orang tengok macam tu. 'Harta' kita tu.

Ada parents yang suka menjeling nak mengata anak orang lain. Tapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya anak-anak mereka pun macam tu. Maybe diorang tak tahu sebab ada segelintir remaja sekarang depan parents bukan main baik. Pijak semut pun tak mati. Belakang parents, Tuhan je yang tahu. Kenapa jadi macam tu ? It might be parents yang terlalu mengatur hidup anak-anak untuk menuruti segala kehendak mereka. Sedangkan diri diorang tak macam tu. Contohnya, depan parents seorang anak ni pakai tudung dan menutup aurat. boleh kata mengikut piawaian seorang muslim / muslimah. Hakikatnya bila diorang keluar, singgah mana-mana tanggal selagi ada kain kat badan. tinggal yang cukup-cukup kain je. itupun kalau cukup. Most probably diorang tak ready untuk bertudung, same goes with me. tapi bezanya diorang dipaksa untuk bertudung dan aku tak. Family aku lebih prefer kitorang yang perempuan untuk bertudung naturally. atas kehendak sendiri.

Ada jugak yang lepas sembahyang, keluar dari surau, jumpa orang yang tak sembahyang tegur dengan cara macam ni ;
oi, kau tak sembahyang ke ? pergilah sembahyang. aku dah siap sembahyang dah.
terima kasih atas peringatan tu. tapi bila kita tengok balik, itu dah macam bukan peringatan. itu dah menjurus ke arah riak. kenapa ? sebab dia sebenarnya nak bagitahu orang yang dia dah sembahyang, sedangkan orang lain belum. bukan macam tu nak suruh orang pergi solat.

Ada satu contoh situasi yang aku boleh tunjukkan tentang point aku kali ni.

Golongan 1

Ada golongan yang amal ibadahnya cukup baik, hubungan dengan Tuhan cukup baik. Sehinggakan taknak berbaik dengan orang Islam yang tak beramal ibadah. Suka mengejek orang yang kurang sempurna amal ibadah. Menempelak orang disebabkan sifatnya yang tak cukup baik macam diorang. Bagi diorang, memakai serban tudung labuh, bercelak sunnah nabi, sembahyang lima waktu,etc dah membuktikan yang diorang umat yang baik disisi Tuhan.

Golongan 2

Ada golongan yang ibadahnya tak cukup sempurna. Hidup ala kebaratan baik dari segi pakaian atau perilaku dan cara hidup seharian. Tapi hubungan sesama manusia cukup baik. Hidup bahagia. Menderma, saling tolong-menolong, etc. tidak menempelak kekurangan orang lain, tidak mengejek orang lain sesuka hati, percakapan yang berlemah lembut, etc.

Secara kasarnya golongan 1 lebih baik dari golongan 2 sebab amal ibadah yang lebih sempurna. Hubungan ketuhanan yang lebih baik. Sedangkan golongan 2 itu hidup yang bergelumang dengan dosa. Tetapi hubungan sesama manusia mereka jauh lebih baik dari golongan 1. Hidup penuh kasih sayang. Tidak dibenci dan hasad dengki.tapi sebenarnya, pergi balik mereka tetap sama. Kenapa ?

Kalau sekalipun kita cukup amal ibadah tapi hubungan sesama manusia tak sempurna, apa gunanya. Tuhan tak cuma memandang hubunga kita manusia dengan dia, tetapi merangkumi segalanya. Dan kalau pula kita baik sesama manusia tetapi tak kembali ke dasar hidup kita sebagai umatnya yang diciptakan, hidup kita pun tak kemana. Jadi, sekali lagi aku katakan, pergi balik, itu tak sama tapi serupa.

Jangan kita mengadili orang kerana luarannya kerana ia tidak menggambarkan apa-apa pun. Sebab Tuhan sendiri pernah berkata :
Aku tak memandang apa yang diluar, tapi aku tahu apa yang ada didalam hatimu walau sebesar kuman sekalipun.
Wallahuallam

*P/S : Aku tak sempurna, kau tak sempurna, diorang pun tak sempurna dan kita semua tak akan pernah sempurna :)