Tuesday, December 28, 2010

Friendship never ends

Persahabatan ni satu benda yang sukar nak explained. lebih kurang macam cinta, tapi sebenarnya tak. ah sudah. apa aku mencarut ini.

okay okay.

Friendship bagi aku ibarat satu perjanjian antara dua orang yang tak perlu diucapkan tentang kesetiaan dia sebagai seorang sahabat, tapi macam mana diorang survived and beri comitment untuk pertahankan friendship itu sendiri dah memadai.

For example dalam situation ini :

Dua orang sahabat yang dah lama berkawan. sejak kecil hingga habis zaman persekolahan. Tiba masa, salah seorang daripada diorang kena further study ke luar negeri. tinggal lah yang sorang lagi kat Malaysia. mula-mula nampak macam okay. sentiasa communicate. tapi masa dan jarak tu membataskan hubungan diorang. So, for sure salah seorang dari diorang akan cakap yang kawan dia ni sudah lupa kat dia.

look, maybe ada yang pernah berada dalam situasi ini atau lebih kurang macam ini lah kan. kalau tak pergi luar negeri pun, mesti dah kurang communicate. korang ada tak rasa macam kawan korang dah lupa kat korang ? maybe ada, maybe takde.

Sometimes kita akan cakap yang kawan kita lupa kita. Yang sorang lagi cakap kita yang lupa kat dia. kenapa ? masing-masing dah kurang communicate atas sebab busy dengan hidup sekarang. ada yang cakap,
itu semua alasan semata-mata. tak kan takde masa langsung nak text aku. setakat tanya khabar, apa lah sangat. alasan je kau tu. dah lupa kawan cakap je lah.
fine. ada betulnya cakap kau tu.

tapi be realistic. kita kena akur dengan kehidupan individual yang need their own space. Apa kita rasa bila dia contact tu cukup membuktikan yang dia kawan setia yang sentiasa ingat kita ? come on lah. ingat tak semestinya dilisankan. tak semestinya dia tak contact kita dia tak amik tahu pasal kita. as a friend dia mesti amik tahu jugak. but dengan cara dia sendiri. tengok twitter kita ke, facebook ke, etc. silap haribulan kita sendiri tak tahu yang dia jadi follower setia kita kat facebook. tengok wall kita hari-hari semata-mata nak tau apa update kita. kita bertukar pasangan pun dia tahu. haha. jangan main-main cik salmah.

Walau lama macam mana sekali pun dia tak jumpa, kalau ada yang tanya,
eh, kau kenal peah tak ?
mesti jawapan dia,
a'ah. aku kenal. peah kawan aku tu. just dah lama tak jumpa.
ada ke yang jawab,
dulu dia kawan aku. tapi dah lama tak jumpa. so, dia bukan kawan aku. asal kau tanya?
haa, setahu aku lah takde. tak taulah kalau ada manusia durjana yang cakap macam tu kan. HAHA.

kita letak dalam situation dalam alam perkahwinan. korang memang bestfriend sejak azali. tapi for sure communication tu dah kurang. tak kan gila hari-hari nak texting. weekend je nak keluar. dapat gaji nak shopping sama-sama. guys, anda dah kawin. mesti korang spend time lebih kat family. KADANG-KADANG bolehlah jumpa or communicate. faham tak aku cakap sometimes. comitment kat family lebih tinggi. gila kau nak beria-ia melayan bff kau tu. padahal laki/bini forever kau kat sebelah. kang ada yang makan tangan. naya je salmah.

undeniable, sometimes kita nak kembali macam dulu.nak cara berkawan yang macam dulu. tapi usia semakin meningkat. rutin hidup dah berubah. cara persahabatan tu dah berbeza. comitment pun dah beralih. persefahaman dalam persahabatan tu yang penting. tidak menyalahkan antara satu sama lain dalam comitment yang dia beri. kau lupa aku. tak, kau yang lupa aku. macam mana nak bertahan friendship tu kalau asyik tuduh menuduh. kawan tetap kawan.


aku tak cakap aku kawan yang baik dan anda juga bukan kawan yang baik.but sometimes, kitalah teman yang terbaik antara mereka. fikir-fikirlah.
"Friendship needs no words...." ~Dag Hammarskjold


*P/S : aku dengan kawan pun dah jarang communicate. tp masing-masing tau apa jadi kat masing :)

No comments:

Post a Comment