Wednesday, August 25, 2010

sawan !

hari ini memang lah dasat. pekak telinga aku dibuatnya. dari pukul 7.30 pagi sampai balik kena sembur. aku tak kisah lah kalau itu yang terbaik untuk semua. tapi yang 'korang' tuh. agak-agaklah. tak perlu nak terjerit-jerit macam orang sawan kat belakang tuh. tak perlu korang nak berperangai macam tuh sekali. kitorang dah cukup sedar yang itu salah kitorang. dah cukup sedar oke. korang jangan ingat korang buat macam tuh melambangkan yang korang sentiasa betul. tak perlu nak pretend baik depan cikgu. setakat jerit macam korang, lebih dari itu aku boleh buat. tapi nak buat apa? macam budak kampung lah weyh buat macam tuh. alahai. matanglah sikit. mintak orang hormat. hormat orang dulu batu orang boleh hormat kita. tuh jer. kalau kite sendiri tak hormat orang, macam mana orang nak hormat kita kan. what u gave, u get back. kitorang buat salah korang hentam kaw kaw. korang pun rasa macam korang lah yang paling bagus. tapi korang sedar tak yang orang mengutuk korang kat belakang? haha.cakap kitorang kurang ajar. then, yang korang buat tuh bukan kurang ajar namanye? takpun biadap. sopan sikit kan bunyinya. kau dengar apa cikgu cakap? kitorang berpotensi besar. sepatutnya dari situ korang dah mula sedar apa maksud cikgu tuh. tapi korang apa tau. nak tembak orang jer. sampai endiri punya kelemahan pun tak nampak. at least, lucky i am, salah kitorang semua orang nampak, semua orang boleh betulkan. korang? fikir-fikirlah. cakap kitorang gedik kat fb. pergi mampuslah kan. itu hak kitorang. korang menggedik kitorang ada kesah tak. ouh yeah. korang jeles maybe. biasalah. takde sapa nak layan korang gedik eh? siannn..well, kalau bajet bagus memang takde sapa nak kawan. cuba kau cool jer. berderet beb yang nak tegur korang. haha. well, apapun yang korang buat kitorang budak 6R1 tak pernah kesah pun. kitorang still one family. tak macam korang. berpuak kan. tu yang korang jeles kot sebab kitorang terlalu bahagia dengan family nih. sorry guys. korang takkan pernah boleh jadi macam kitorang.

Tuesday, August 24, 2010

mistakes

Setiap orang ada buat salah. tapi berapa ramai yang sanggup maju ke hadapan untuk memperbetulkan silap itu dengan cara yang betul ? kitorang tau video yang kitorang publish tuh adalah satu keterlanjuran.kitorang terlalu leka. Tapi tak boleh lah asyik nak hentam jer. agak-agaklah. bila orang lain buat salah, ada jer peluang nak explained situation. ada pulak ruang untuk dimaafkan. kitorang yang tak buat salah pun kena tempiasnya. dapat 'layanan' yang sama macam orang yang buat salah tuh.orang yang buat salah tuh pun dapat banyak support untuk perbetulkan keadaan. tapi bila turn kitorang yang wat salah, kitorang tanggung sendiri. takde sapa pun yang datang nak dengar explanation kitorang. yang datang semuanya hentam kitorang. macam-macam yang dicakap. bila masa kitorang nak explain nih. tolonglah. kitorang pun perlukan peluang yang sama macam orang lain. mana hak kitorang untuk bersuara pulak. kitorang akui itu salah kitorang. kitorang dah buat amacam yang dah diminta. jangan post status yang tak berkenaan kat fb, remove vid. oke fine kitorang ikut even sebenarnya itu hak kitorang. suka hati kitoranglah nak post apa pun. tapi disebabkan rasa hormat & tak nak worst kan lagi situation, kitorang tak buat. tapi apapun yang kitorang buat, semua dah tak kena kat mata pihak tertentu. hari-hari ada je salah kitorang. apa nih ? perli kitorang, marah-marah. bukan ini caranya nak betulkan keadaan. honest, kitorang pun dah rasa tak seronok nak belajar. body dlm kelas, tapi hati dengan mind tak tau melayang ke mana. beri kitorang ruang untuk explain dulu even kitorang tau explanation kitorang nanti tetap pihak tertentu tak boleh terima.beri kitorang peluang untuk dimaafkan. terpulanglah.

Sunday, August 15, 2010

gadis biasa

semalam before berbuka, sempat gak aku online lepas seharian bershopping. adehh. penat tuh. sehari tanpa fb, kosong jer rasa. haha. so, aku pun online. chat dengan DIA in IM. tengah chat, tiba-tiba profile picture DIA tukar. gambar pe? gambar sorang girl tengah text kot. aku pun tanya lah tuh sapa. DIA kata tuh arwah gf DIA. aku pun oke jer r. nak cakap apa lagi kan. then, boley pulak DIA tanya aku marah ker. dengan sepantas kilat dan sebijak mungkin aku menjawab, 'eh, taklah. i suka sangat u letak gambar arwah tu.gambar ex-gf u yang cun tuh u taknak letak?' haha. kenapa lah aku jawab macam tuh. efa, kau jangan nak bajet cool lah. mengaku jer lah kau tak suke. sampai bila kau nak hipokrit! adehh. kali yang keberapa tah aku tanya DIA soalan yang sama. arwah tuh masih kat hati DIA ker. but the same explanation yang aku dapat. maybe apa DIA cakap tuh betul. aku tak nafi. tapi, jujur, sebagai seorang perempuan, aku mestilah terasa dengan tindakan DIA tuh. korang pergilah tanya mana-mana perempuan pun, dorang terasa tak bila boyfie dorang wat benda macam tuh. kalau ada yang kata tak, sumpah hipokrit. babes, jangan tipu diri sendiri oke. admit jer r. haha. kite serupa. benda tuh nampak simple, tapi hakikat nya tak. maybe tak patut nak jeles dengan orang yang dah tak ada. but macam kawan aku cakap lah. kalau kita boleh control feelings kita, apapun tak jadi masalah dalam dunia nih. aku akan try faham DIA, tapi aku harap DIA pun boleh faham aku. aku pun gadis biasa macam yang ada kat luar sana :)

Sunday, August 8, 2010

Marhaban Ya Ramadhan :)

hangat puasa tahun lepas pun tak habis lagi, nih dah nak puasa balik. kejap je rasa masa berputar. *tanda kiamat. bulan puasa memang happy gile. time inilah family aku dapat berkumpul, makan sama, masa pun banyak terluang. memang best.kalau tak, jangan haraplah nak makan sama-sama. except de party or feast, barulah dapat makan sama. setiap kali puasa, memang aku tunggu. even kena berlapar kan, takde hal lah.sO, korang excited tak nak puasa?

Monday, August 2, 2010

day by day, baru aku sedar bukan mudah rupanya nak lalui benda nih. everything looks fine, but it doesn't. haih. cakap pun salah, tak cakap pun salah. macam mana nih?