Wednesday, December 9, 2009

kita hanya akan menghargai seseorang hanya setelah dia melangkah pergi dari hidup kita.
itulah yang paling tepat buat saat ini.mungkin salah kau juga kerana lepaskan aku begitu sahaja sehinggakan aku jatuh ke tangan orang lain.dan sekarang kau muncul untuk menagih kasih yang sudah kau hancurkan satu ketika dahulu.rasakan!untuk kembali kepada kau semata-mata itu tidak mungkin sama sekali.ia tak semudah yang kau sangka.namun,aku masih berpegang kepada satu kata-kata bahawa tiada apa yang mustahil di dunia ini.sedangkan sesaat lalu kita asyik berkasih,sesaat kemudian kita berpisah.sedang tadi kita bercakaran,sebentar kemudian kita berkasih seperti tiada apa yang berlaku.ya!itulah lumrah dunia yang tak tercapai dek akal kita walau sepicingpun.aku juga tidak berani untuk ketawa dan mengutuk kau sesuka hati kerana andai suatu hari aku jadi seperti apa yang berlaku sekarang,mungkin aku akan lebih parah lagi.oleh itu,berfikiran positif.andai ada jodOh,sejauh mana aku melangkah menjauhi diri kau,mungkin Tuhan tetap pertemukan kita.tetapi jika tidak,sedekat mana pun kita bersama,pasti terpisah jua.dan tika itu,relakan seikhlas hatimu untuk aku pergi kecapi kebahagiaan dengan orang yang menjadi pilihan hati aku saat itu.cukuplah apa yang yang dirancang biarlah Tuhan yang menentukan segalanya.

No comments:

Post a Comment