Bila bercakap itu orang kata akan cipta banyak masalah. Aku lupa, diam pun akan wujudkan masalah. Masalah yang entah datang dari kau, atau orang luar.
'Kau ni pesen orang tanya baru nak cakap. Itu pun kalau nak cakap lah. Kalau tak selagi tu kau diam, simpan. Aku perati je. Seronok makan hati?'
Kalau dah semua orang bercakap, siapa yang nak dengar. Makin lama, makin tak tahu macam mana nak bercakap bila selalu sangat jadi yang mendengar. Kemampuan bercakap dengan kata-kata secara tajam tu bukan dah tumpul, tapi dah lama tak diasah. Mulut dibiar sepi tanpa bicara. Entah apa yang merasuk. Yang menjadi mangsa adalah hati. Berbunyi dalam sunyi. Berdetak dalam sesak. Makin sebu hilang rasa. Menangis tak berbunyi. Yang sudahnya lebih memilih untuk diam dan mengalah.
Mengalah. Kadang-kadang aku sendiri tak pasti apa definisi mengalah dalam hidup aku ni. Terutama dalam soal macam ni. Ada yang klasifikasi mengalah aku sebagai selfish. Ada yang kata mengalah aku sebab ego. Atau boleh jadi sebab takde effort. Nak teruk sikit membawa kepada bodoh.
Untuk semua pertuduhan, terima kasih. Tapi kau, kau, dan jugak kau. Salah.
Sedar tak mengalah ni bukan satu benda yang mudah? Dalam mengalah nak kena sabar. Dalam sabar nak kena tahan sakit. Dalam sakit nak kena kuat. Tapi dalam kuat kadang-kadang kau kalah. Tewas dengan mainan perasaan sendiri. Hendak bertahan tapi hati tak cukup tahan. Emosi tak cukup kuat. Setiap benda yang kau hadap kau akan cuma mampu senyum dan kata 'biarlah. Aku okay'.
Tipu lagi. Mohon Tuhan ampunkan aku untuk kesilapan berturut aku yang satu ini.
'Dari dulu kau asyik nak mengalah. Dari satu orang ke satu orang. Bila orang nak mengalah dengan kau pulak? Asyik kau bagi pinjam bahagia kau ke orang. Kau bila nak dapat bahagia kau?'
'Aku tak suka nak paksa orang benda benda macam ni'
'Ini bukan paksa. Fight for your right'
'Hak apa yang aku ada? Hak apa yang aku punya? Hak apa yang kau cuba cakap ni. Tell me.'
'Hak atas diri kau'
Orang ada sepuluh sebab untuk tuduh aku bila aku diam. Bayangkan kalau aku bersuara untuk apa yang aku mahu. Mungkin berpuluh lagi sebab sedang menunggu. Bukan aku tak sayang, bukan aku takde usaha. Biarlah dia tenang fikir apa yang dia mahu, apa yang dia perlu. Kalau dia rasa dia lebih deserve perempuan yang akan fight untuk dia tanpa henti, perlukan dia setengah mati, aku rela undur diri.
'Macam mana dengan kau? Yang kau jugak tahu apa kau mahu. Sibuk nak satisfied orang, sendiri punya hati?'
Dalam keadaan sukar, aku sentiasa cuba untuk jadi orang yang mudah. Tolerate dengan semua benda selagi boleh untuk biar orang terus rasa mudah. Tak tersepit, tak rasa bersalah. Selagi boleh jugak aku taknak orang kesiankan aku. Benda yang sangat aku elakkan.
I'll stay if someone want me to stay and I'll leave if they want me to leave. Macam mana aku mampu bertahan dalam diam, macam tu jugak aku mampu pergi dengan diam. Sakit tak sakit usah dikira. Macam aku selalu cakap dulu, aku bahagia kalau orang yang aku sayang bahagia walau bahagia dia bukan bersama aku. Sebab bahagia aku adalah dia sendiri.
'Sampai bila kau nak terus sacrifice kebahagiaan yang kau patut dapat macam ni? Berapa banyak kali lagi kau nak biar orang bersilih ganti lukakan kau?'
Maaf. Aku tak punya jawapan.