Yo, wassap gegirl dan jejans yang terfaktab sekalian. Maaf, tak sopan eh? Okay, lagi sekali. Salam dan hai!
Engkorang
apa bikin? Semoga sihat belaka dan berbahagia lah hendaknya. Dah berapa
hari ni, benda ni asyik duk main je dalam kepala aku yang mak aku kata
keras macam ayah aku. Mak aku cakap macam tu, mungkin dia lupa yang
kepala dia jugak keras. Takpe, aku maafkan.
Aku malas nak cerita banyak, cerita dia macam ni,
Kalau
dalam satu situasi hubungan yang konon teman tapi mesra, salah seorang
sudah berpunya dan seorang lagi belum. Lepastu kau nak salahkan siapa?
Yang dah berpunya tu sebab gatal dengan orang lain ke atau yang belum
berpunya tu sebab jahat kacau hubungan orang?
Ah, aku memang lemah betul kalau bab nak bagi gambaran dekat orang. Mohon engkorang faham apa yang aku cuba sampaikan tu.
Berbalik
kepada soalan aku tadi, aku ulang, kau nak salahkan pihak yang dah
berpunya lepastu cakap dia gatal ke atau pihak yang satu lagi sebab
kacau hubungan orang?
Nampak rumit, tapi tak pun sebenarnya.
Bagi
aku dua dua pihak salah. Jujur cakap, aku pernah berada dalam kedua-dua
pihak. Pihak yang engkorang kata dah berpunya tapi menggatal dengan
orang lain dan pihak yang takde siapa punya lepastu kacau hubungan
orang. Tapi bukan tu je, aku jugak pernah berada dekat situasi yang
pasangan aku pergi menggatal dengan orang lain. Mesti engkorang cakap
padan lah dengan muka aku. Hukum karma katanya. Takpe, aku redho kata
engko.
Tapi,
jangan terkejut kalau aku kata aku tak salahkan ex aku tu, dan aku pun
tak salahkan perempuan tu. Pergh, baik gila gua. Bukan lah tak marah
langsung. Kang kata tak logik pulak. Aku pun ada perasaan. Cumanya takde
lah nak sampai nak dendam bagai. Sebab aku ada pendapat aku sendiri
yang mungkin korang tak setuju lalu carutkan aku atau mungkin jugak
setuju dan rasa nak peluk aku. Ah, pergi meninggal lah, nama pun
pendapat aku.
Cerita
dia senang, kalau yang dah berpunya tu bebetul sayang ke pasangan dia
tu, dia tak kan menggatal dengan orang lain atau secara mudahnya curang.
Dan pihak yang korang kata mengacau hubungan orang , aku bet dia pun
tak nak kot jatuh cinta dengan orang yang berpunya. Sebab sah sah benda
akan jadi rumit.
Betul tak aku cakap? Tak betul pun peduli hape aku.
Kalau
nak cakap pasal definisi curang tu, ia terlalu subjektif. Lain orang
lain pandangan. Bagi aku, curang tu tak semestinya kau pergi official
declare dengan mana-mana minah atau lelaki lain. Once kau dah flirt
flirt tu pun dah dikira curang jugak. Macam dalam tv lah aku pernah
tengok, orang tu kata kalau kau dah kahwin, lepastu kau bayangkan orang
lain dalam minda kau selain husband or wife kau yang sah, itu jugak dah
dikira curang. Oh tidak, senangnya nak curang. Hari-hari engkorang
curang kalau macam tu.
Kalau
kau orang tu bebetul sayang ke pasangan dia, dia tahu mana letak duduk
nya diri dia. Dia tahu mana batas dia nak kawan dengan orang lain. Tak
payah orang lain nak ingatkan. Benda tu terletak dekat diri kau
sebenarnya. Pucuk pangkal hati kau. Ini kalau orang lain duk tapak kat
dahi kau pun kalau kau tak reti nak kawal diri kau pun tak guna jugak.
Kalau orang tak datang goda dia pun, silap haribulan dia yang pergi goda
orang. Hah, parah.
Sama
jugak macam pihak yang engkorang kata mengacau hubungan orang, tak
respect hubungan orang tu. Dia pun patut tahu macam mana cara nak
berkawan dengan orang yang dah berpunya. Bukan main bedal je. Ingat
sikit. Kesian lah dengan kaum sejenis kau. Cuba tengok kalau kena kat
batang hidung sendiri. Kang berdarah tak berhenti hidung kau.
Tapi
itulah, orang kata kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi
kecuali kau lempang muka orang pakai sebelah tangan memang berbunyi.
Dah, aku takde masa nak bergurau hambar gitu. Kalau sebelah pihak je
yang gatal, sebelah pihak lagi tak melayan, tak jadi jugak. Kau jangan
lah nak maki hamun pihak yang konon tak hormat hubungan kau kalau
pasangan kau sendiri tak hormat hubungan engkorang. Macam mana? Ada baik
kau tarbiah pasangan kau tu dulu sebelum sembur orang lain. Tapi kau
boleh carutkan orang yang menggatal dengan pasangan kau kalau pasangan
kau memang sumpah setia dan tak layan langsung pihak lagi satu. Herh,
ajar sikit. Cuma selesaikan dengan cara yang matang. Ingat, itu
berkaitan maruah kau.
Perasaan
sayang ni memang tak boleh nak diduga. Dekat siapa, waktu bila dan
dalam keadaan apa sayang tu nak datang kita tak tahu. Kita pun tak boleh
nak paksa sayang tu datang untuk orang yang kita memang tak boleh nak
sayang atau rasa sayang tu dah hilang untuk orang yang pernah kita
sayang. Sama jugak, kita tak boleh nak padam rasa sayang tu semudah lap
air mata masa kau nangis sebab orang yang kau sayang.
Bila
sampai dekat penghujung jalan, kau cuma ada dua pilihan. Sama ada kau
lawan untuk cinta kau, atau lepaskan dia pergi. Dan bersyukurlah kerana
kau masih punya pilihan.