Thursday, December 27, 2012

Perasaan Yang Celaka



Kalau kau tanya aku sejauh mana rasa aku ke dia,

Aku tak pernah terfikir nak buat first move dekat mana-mana lelaki. Tak pernah. Tapi dengan dia, aku pernah rasa nekad nak buat first move. Aku pernah hampir terus terang dengan dia. Hampir. Tapi aku tak cukup kuat dan berani untuk terus terang. Lantas, aku biarkan ayat aku tergantung.

Kalau kau tanya apa yang sanggup aku lakukan untuk dia,

Dia : Why don't you be my second wife. Haha.
Aku : Hell no!
Dia : Ala, okay what. 
Aku : Gila. I tak sanggup dimadukan.
Dia : Hahaha :p
Aku : You kahwin dengan gf you pun belum dah sibuk nak ada wife no 2. I lempang you nanti.
Dia : Apa salahnya. Hidup kena ada plan.
Aku : Plan eh. Dia ni kang. Haha

Tapi kalau kau nak tahu, entah kenapa aku serasa macam rela jadi bini dia yang keberapa pun. Celaka tak celaka lah kan rasa dia. Aku selalu cakap dekat orang, even dengan dia yang aku tak rela bermadu tak kira baik macam mana pun madu aku tu. Haha. Tapi dia lain. Aku cuma berharap aku boleh jadi milik dia, dan dia jadi milik aku. Dan kalau itu sahaja cara yang aku ada, why not?

Haih.

Aku pernah berharap yang dia tak jadi kahwin dengan gf dia. Aku selalu berdoa yang dia berani mungkir janji untuk kahwin dengan gf dia. Aku tahu aku jahat. Tapi apa lagi yang aku boleh berharap selain dari itu.

Kalau kau tak pernah berada di mana aku berada sekarang, kau tak rasa apa aku rasa, mungkin kau akan kata aku sangat jahat. Negatif. Sanggup doa dan berharap benda tak baik untuk orang. Tapi cuba aku bagi kau duduk mana tempat aku berada sekarang, baru kau tahu macam mana rasa dia.

Aku harap saat dia sah menjadi suami orang, rasa aku akan mati terhadap dia. Lupakan semua. Walau secebis harapan dan kenangan.

Kalau nak kata aku give up dengan semua ni macam tak logik sebab aku muda lagi. Tapi kalau aku kata penat, itu lebih sesuai. Ya, aku penat.

Wednesday, December 12, 2012

QOTD #6

Air mata tanda kesakitan, lambang kekuatan untuk bertahan. sekuat mana kita melawan, hati menangis tak siapa tertahan - EZ, 2012

QOTD #5

Hati menangis sendu. Langit yang melihat seakan mengerti. Tapi dia tak punya peluang untuk berbicara. Hanya air dia, dan air mata aku yang bercucuran selagu seirama - EZ, 2012

QOTD #4

Tak semua soalan perlu jawapan. Ada soalan yang lebih baik tidak berjawapan. Soalan tinggal soalan. Kerana apa guna punya jawapan kalau menyakitkan? - EZ, 2012

QOTD #3

Berdiri tegak melawan sehabis keringat itu bukan satu-satunya tanda kekuatan. Tapi menangis dan kekal bertahan itu jugak tanda kegagahan - EZ, 2012

QOTD #2

Kalau lidah itu setajam pisau bisa buat kau terluka. Ingatlah, kau masih punya hati seteguh pasak bumi buat bekalan kau bertahan - EZ, 2012

QOTD #1

Aku tak pernah berharap aku punya peluang untuk tahu siapa yang rindukan aku. Sebab aku takut orang yang selama ini aku harap rindukan aku rupanya tak pernah rindukan aku - EZ, 2012