Assalamualaikum.
Hye there! Lama sangat dah tak post entry kan. So, Im gonna write up my come back entry. Ececeh. What me gonna write today is about my late granny. Yes, I do miss him.
Kalau dulu masa kecik-kecik mesti asyik nak tidur rumah nenek. Time tu arwah Pak Usu dengan arwah atuk pun ada lagi. Mak cik pun ramai yang belum kahwin. Ala, bukan main seronok lagi. Sikit-sikit rumah nenek. Mama sampai naik angin tak reti nak duduk rumah. Jumaat petang balik sekolah je adik-beradik semua pakat packing baju nak lepak rumah nenek. Kalau ayah tak nak hantar, sanggup jalan kaki. Kalau mama pulak tak kasi sanggup tu memasing curi-curi keluar ikut pintu belakang siap sorokkan baju dalam beg biar mama tak perasan. Haha. Jahat betul semuanya.
Mana tak seronok duduk rumah nenek kalau diorang semua layan macam raja. Hehe. Bangun pagi je breakfast dah siap atas meja. Sedap lagi kau. Mintak lah kau apa je yang kau teringinnak makan. Nenek mesti layan punya. Arwah atuk paling terbaik. Suka belanja macam-macam. Kau mintak je apa. Gerenti dapat. Mintak ais krim small cup dia bagi ha kau yang tupperware besar. Mintak keropok satu plastik yg 20sen tu, dia belikan yang satu bundle ada 24pcs tu. Tak ke heaven namanya tu. Snack memang tak pernah putus dekat rumah tu. Buah jangan cakaplah. Blurpp. Kenyang.
Itu belum pe'el sekor-sekor kat rumah tu. Semua kaki sakat. Arwah Pak Usu tu ha. Kalau tidur malam tak nyanyi lagu feveret dia tak sah. Dengan mak cik yang kaki game main sampai meletup tv. Segala hade lah. Alahai rindunya lah.
Arwah atuk kira orang yang dikenali satu masa dulu. Kenapa dia dikenali tu tak perlulah cerita. Nanti kata menunjuk. So, no. Masa arwah atuk masih hidup, dalam diri anak cucu dia ni tak boleh kata tak pernah ada erti takut. Pergi mana je sebut nama arwah atuk gerenti orang macam back off. Kalau orang lain gaduh or tak puas hati ke apa ke mesti cakap 'kau tengok, aku bagitau ayah aku'. But different thing with us 'oohh kau. Tengok kau. Aku bagitau atuk aku' Haha. Can u see that ? Arwah atuk seorang yang sangat-sangat protective. Siapa sentuh anak cucu dia siap. Itu yang best. Hehe.
Perginya arwah atuk itu ibarat patah sayap kanan keluarga aku. Dah takde lagi gelak ketawa yang suka menyakat, loyar buruk. Tak ada lagi snack free kat rumah nenek. Takde lagi orang datang rumah ramai-ramai. Takde lagi pelindung terkuat dalam keluarga aku. Dah tak ada. Rumah nenek secara automatiknye menjadi suram. Sangat suram. Kitorang pun dah takde saja-saja nak tidur rumah nenek macam dulu. Sampai ada satu saat nenek cakap dekat aku 'efa tak nak tidur rumah nenek ke ? Dulu selalu tidur rumah nenek. Sekarang dah besar dah tak nak ke' Do you know how I feel ? Yes, serba salah and sedih at the same time. So, untuk ubatkan rindu nenek tu kitorang sesekali tidurlah rumah nenek.
Tapi keriangan saat arwah atuk itu dah takde lagi. Semua keriangan dan cahaya yang pernah ada dekat rumah nenek hilang pergi bersama jasad arwah. Bila tengok orang lain ada atuk aku rasa macam, mana atuk aku ? Dah 10 tahun atuk pergi and aku still ingat setiap kenangan yang ada. Al-fatihah Allahyarham Shamsuddin B. Roslan.
P/S : Saat aku tulis benda ini aku sangat rindu dengan atuk sebab nampak ada seorang tua tak ubah rupanya macam arwah atuk *tahan air mata*