Monday, January 3, 2011

Teman Tapi Mesra or Scandal .

Apa beza scandal dengan teman tapi mesra ?

Ada jugak yang cakap scandal ni relation lebih serius tak macam teman tapi mesra yang lebih ke arah kawan rapat. yelah kot. aku sendiri tak sure pasal dua terms ni . tapi rasanya dua-dua lebih kurang sama je.

orang selalu kaitkan scandal atau teman tapi mesra itu dengan benda yang tak baik. means, ada je pandangan buruk tentang hubungan scandal. aku pulak tanya balik, ye ke tak baik ? aku pun tak tahu kenapa, tapi aku tak begitu memandang hubungan scandal itu sebagai satu benda yang terlalu teruk.

iyelah, tak semestinya scandal je, jahat. scandal je curang. scandal atau dalam erti kata lain 'teman tapi mesra'. ouh, manisnya bunyi. sedap je dengar. ulang lagi boleh tak ? teman tapi mesra. okay :)

tak dinafikan jugak. kalau aku sendiri dari sisi seorang girlfriend yang boyfie aku ada scandal or teman tapi mesra lain. aku pun mesti tak suka jugak. normal lah kan benda tu. boyfie kau ada lagi seorang perempuan yang lebih kurang taraf dia kat boyfie kau.just dia tak officially declared. means cara layanan and everythg yang dia dapat lebih kurang sama macam apa yang kau dapat. silap haribulan dia dapat lebih dari apa yang kau ada. yelah kita bukan tahu pun. sedangkan kau ni ni girlfie dia. minah tu sapa ? . why the hell diorang macam tu ?

tapi lagi satu bahagian kalau kau berada di sisi perempuan yang berteman tapi mesra dengan boyfie orang lain. kau mesti tak rasa benda ni salah sebab kau tak rampas lelaki tu dari girlfie dia. kau just ber'kawan' je dengan dia. dah macam bestie. kalau kau nak, dah lama kau buat. tapi diorang still jadi sweet couple until now. tak nampak ke ?

maybe ada sebab kenapa dua orang lelaki dan perempuan (aku cakap soal golongan yang straight je ye, yang tak tu bukan urusan aku) tu tak declared. antaranya musababnye :
  1. One or both of them dah berpunya. tapi hati tu tah kenapa boleh tersangkut kat orang lain. nak dengan yang teman tapi mesra ni, tapi de bf/gf. tak sampai hati pulak nak tinggal.
  2. Tak berani nak officially declared. alasan ? takut terkandas lagi. biar lah dulu sebab baru je putus cinta.
  3. Bukan tak nak, tapi relax lah dulu kan. take time untuk kenal satu sama lain lagi. sampai masa kita couple.
  4. Memang tak berniat pun nak couple dengan orang tu, lelaki atau perempuan tu hanya sekadar kekasih separuh masa.sebab bagi dia seronok ada life macam tu. Pfffttt!
bagi aku sendiri, sometimes scandal ini lebih baik daripada bercinta. tapi kadang-kadang scandal ni pulak lagi terseksa dari couple. statement aku huru-hara ? sabar lah. kau ni pun. gelojoh. bagi lah aku explain dulu kalau ye pun. issh.

Kalau bab kasih sayang, dua-dua ni okay. masing-masing dapat nisbah kasih sayang yang mencukupi. puas hati. setakat sesi bermanja tu apa ada hal kan. scandal ni macam final stage before couple. so, apa yang couple buat, lebih kurang jugak lah teman tapi mesra buat. just agak terbatas sebab tak officially declared. itu je.

Nak cakap soal jelous dalam teman tapi mesra ni yang susah. iyelah, nak cemburu lebih-lebih pun bukan kita punya kan. nak tak nak, makan hati jugak lah. cemburu pun diam je. depan kita maybe dia tak kesah. belakang kita mana kita tahu kan. entah-entah dia merungut, belum jadi gf/bf aku dah nak cemburu lebih. susah jugak. tapi yang best nye, bila kita pulak dengan orang lain, dia pun tak boleh bersuara sebab kita bukan dia punya. fair lah kan ?

kalau nak mention kat public pasal kita dengan dia pun payah. nak cerita itu ini kena cover. tak boleh sesuka hati cerita dengan orang. kita takde apa-apa dengan dia, tapi bila fikir balik macam ada. lagi parah kalau dia de gf/bf atau sewaktu dengannya. ouh my. itu lagi menyakitkan. nak kata mendoakan dia cepat putus tu tak tau lah. maybe some of them ada yang berniat macam tu, dan ada yang tak.

bila dah menjalani satu tempoh menjadi teman tapi mesra ni, pernah tak terfikir hala tuju atau ending cerita hubungan tu ? for sure mostly ya, dan ada yang tak. tipu lah kan kalau korang cakap korang tak kesah langsung apa nak jadi kat korang after korang lalui semua tu. mesti korang nak tau apa lah agaknya jadi kat korang. tapi tak dapat jawapan. berapa lama agaknya korang boleh tahan dalam situasi yang diluah mati emak, ditelan mati bapak ni ? kalau cakap nak tunggu tapi tak tahu bila pun macam buang masa jugak betul tak ? ini lah part yang paling susah dalam hubungan serba kabur ni. tak nampak sign yang boleh kita ambik tindakan.

senang cerita pandai-pandailah selesaikan hal tu. HAHA.

*P/S : kalau ada dah coupled tapi de teman tapi mesra or scandal tu curang lah jugak kan namanye ? confused.

Saturday, January 1, 2011

Tak Sama Tapi Serupa

Hye readers :)

Entry kali ini maybe agak sensitif sebab ia menyentuh sedikit tentang isu kita tak sama tapi serupa dalam masyarakat. sama macam crayon kat ats tu. macam-macam bentuk dan warna. ada yang bentuknya lawa, warna tak cantik. ada yang warnanya kurang menarik tapi bentuknya menarik. maka secara dasarnya, mereka tetap crayon yang ada kelebihan dan kekurangan. Cukup banyak benda yang nak aku perkatakan tentang isu ni. Tapi aku cuba pendekkan ia sebaik mungkin.

Based on my own experience, adik perempuan aku yang berusia 15 tahun belajar di sekolah menengah agama. Agak bercanggah dengan sikap sesetengah pelajar agama lain yang kebiasaannya memakai tudung dan menutup aurat. adik aku lebih memilih untuk free hair.So, sikap keterbukaan dia untuk free hair ini yang menjadi masalah dalam masyarakat sekeliling. Fine. Aku tak kesah untuk orang menegur. Ada baiknya. Aku faham dan itu menjadi satu tuntutan sesama umat untuk kita menegur sesama kita. Tapi cara teguran tu biar bersopan. Tuhan pun ada berkata ;
tegurlah ia secara penuh berhikmah.
Means, bukanlah dengan kata-kata yang tak enak didengar. Plus, senang cerita tengok diri sendiri dulu, baru cakap orang.

The issue is,my younger sister tak pakai tudung sedangkan dah tau hukum and my mom pun dah tahu hukum tapi tak suruh adik aku bertudung.

Okay.

My point is, adik aku dah tahu hukum. Mak aku pun dah tahu hukum. Habis, anak perempuan diorang yang tak pakai tudung tu tak tahu hukum ? sedangkan dah umur 20++. Dan korang as their mother pun tak tahu hukum jugak lah. macam tu ? Can i said yang korang ni Super Naive Human ? Come on lah. Grow up please.

Jangan cakap mentang-mentang anak korang tak belajar sekolah menengah agama, tak tahu hukum pakai tudung. dan tak menjadi masalah besar untuk anak-anak korang pakai tudung just because of dia tak sekolah menengah agama. Pffft! Nonsense. Cakap tu biar pakai otak, bukan pakai kepala lutut okay -.-"

Tengok orang lain pakai sexy je dah mula mengata setengah mati. Kenapa ? Sebab benda tu kan haram. Berdosa. Memang betul. Tapi aku lebih prefer reason tak suka orang pakai sexy sebab tak sedap mata memandang. Kan tak elok orang tengok macam tu. 'Harta' kita tu.

Ada parents yang suka menjeling nak mengata anak orang lain. Tapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya anak-anak mereka pun macam tu. Maybe diorang tak tahu sebab ada segelintir remaja sekarang depan parents bukan main baik. Pijak semut pun tak mati. Belakang parents, Tuhan je yang tahu. Kenapa jadi macam tu ? It might be parents yang terlalu mengatur hidup anak-anak untuk menuruti segala kehendak mereka. Sedangkan diri diorang tak macam tu. Contohnya, depan parents seorang anak ni pakai tudung dan menutup aurat. boleh kata mengikut piawaian seorang muslim / muslimah. Hakikatnya bila diorang keluar, singgah mana-mana tanggal selagi ada kain kat badan. tinggal yang cukup-cukup kain je. itupun kalau cukup. Most probably diorang tak ready untuk bertudung, same goes with me. tapi bezanya diorang dipaksa untuk bertudung dan aku tak. Family aku lebih prefer kitorang yang perempuan untuk bertudung naturally. atas kehendak sendiri.

Ada jugak yang lepas sembahyang, keluar dari surau, jumpa orang yang tak sembahyang tegur dengan cara macam ni ;
oi, kau tak sembahyang ke ? pergilah sembahyang. aku dah siap sembahyang dah.
terima kasih atas peringatan tu. tapi bila kita tengok balik, itu dah macam bukan peringatan. itu dah menjurus ke arah riak. kenapa ? sebab dia sebenarnya nak bagitahu orang yang dia dah sembahyang, sedangkan orang lain belum. bukan macam tu nak suruh orang pergi solat.

Ada satu contoh situasi yang aku boleh tunjukkan tentang point aku kali ni.

Golongan 1

Ada golongan yang amal ibadahnya cukup baik, hubungan dengan Tuhan cukup baik. Sehinggakan taknak berbaik dengan orang Islam yang tak beramal ibadah. Suka mengejek orang yang kurang sempurna amal ibadah. Menempelak orang disebabkan sifatnya yang tak cukup baik macam diorang. Bagi diorang, memakai serban tudung labuh, bercelak sunnah nabi, sembahyang lima waktu,etc dah membuktikan yang diorang umat yang baik disisi Tuhan.

Golongan 2

Ada golongan yang ibadahnya tak cukup sempurna. Hidup ala kebaratan baik dari segi pakaian atau perilaku dan cara hidup seharian. Tapi hubungan sesama manusia cukup baik. Hidup bahagia. Menderma, saling tolong-menolong, etc. tidak menempelak kekurangan orang lain, tidak mengejek orang lain sesuka hati, percakapan yang berlemah lembut, etc.

Secara kasarnya golongan 1 lebih baik dari golongan 2 sebab amal ibadah yang lebih sempurna. Hubungan ketuhanan yang lebih baik. Sedangkan golongan 2 itu hidup yang bergelumang dengan dosa. Tetapi hubungan sesama manusia mereka jauh lebih baik dari golongan 1. Hidup penuh kasih sayang. Tidak dibenci dan hasad dengki.tapi sebenarnya, pergi balik mereka tetap sama. Kenapa ?

Kalau sekalipun kita cukup amal ibadah tapi hubungan sesama manusia tak sempurna, apa gunanya. Tuhan tak cuma memandang hubunga kita manusia dengan dia, tetapi merangkumi segalanya. Dan kalau pula kita baik sesama manusia tetapi tak kembali ke dasar hidup kita sebagai umatnya yang diciptakan, hidup kita pun tak kemana. Jadi, sekali lagi aku katakan, pergi balik, itu tak sama tapi serupa.

Jangan kita mengadili orang kerana luarannya kerana ia tidak menggambarkan apa-apa pun. Sebab Tuhan sendiri pernah berkata :
Aku tak memandang apa yang diluar, tapi aku tahu apa yang ada didalam hatimu walau sebesar kuman sekalipun.
Wallahuallam

*P/S : Aku tak sempurna, kau tak sempurna, diorang pun tak sempurna dan kita semua tak akan pernah sempurna :)