Lama dah kan tak update blog. aissh. busy satu hal, malas pun ye jugak, takde topic pun satu isu. eeeehh, byk pulak alasan aku. haha. well, raya ni oke jer. nothing excited. macam biasa jer. mood nak raya tuh makin hari makin kurang. agaknya sebab usia dah meningkat dewasa. kalau dulu nak tunggu habis puasa nak sambut raya punya pasal jangan cakaplah dia punya excited. unexplainable! haha. duit raya masuk pun masyuk je kan. berat je rasa poket ini. nak salam makcik pacik memang kembang je tangan. mana tak nye, dah confirm dapat duit raya kan. hehe. aku memang takde experience jalan satu kampung masuk rumah yang aku tak kenal dengan member seperjuangan.pakat redah tuh memang bukan aku sejak azali. aku memang follow family jer. kalau family tak bawak jalan, duduk rumah melangut depan tv je lah gamaknya. bukan apa, malu lah main bagi salam jer. then masuk kan. kalau dapat duit raya gempak takpe gak, ni setakat dapat RM0.50, padahal tapak kaki dah naik nipis dah berjalan tengah panas kan. baik lah aku duduk rumah goyang kaki tunggu orang datang rumah aku beraya. lagi bagus. tahun ini raya parah sikit lah. biasa lah. masih dalam tempoh berkabung. haha. JK oke. pergi raya boleh kata mostly mana yang tau pasal 'itu' mesti tanya and nak aku story. tak cerita kang kecik hati pulak, nak cite aku pulak yang makan hati. nak tak nak, atas budi bicara aku yang tulus suci ni pun cerita lah. tapi aku cerita pun secara roughly jer. malas lah nak cerita detail. read my note please? aku oke ke tak? pelan-pelan kayuh. much-much better than before! heee~tipu lah kalau hilang sekelip mata. tapi slow-slow lah kan. plus, ramai yang support aku. hey, ini efa lah! *poyo jer. let bygone be bygone. nothing to reminisce. it's better not to think about the past if that memory just can make us more painful :) study oke je kot. busy gila. macam-macam benda nak kena buat. nama je holiday, tapi tak macam holiday. hampeh bebenor. sakit hati den ni ha. takpe, lepas final, kau tengok lah aku punya enjoy macam mana. haha