Monday, May 31, 2010

gila bayang

shahir.
boley gila bayang akuh!
haha.

Sunday, May 30, 2010

lagenda budak setan

dengar tajuk pun dah best.
rasa cam interested lah nak tengok filem nih.
tapi takde member lah nak pergi.
sapa agaknya yang sudi & sesuai jadi teman aku pergi cinema.
yang penting kena support aku lah.
haha.
*macam tau jer nak ajak sapa.
mesti dye sanggup payung aku.
hehehe (evil grin)

Gurauan Berkasih

usik-mengusik semakin lama menjadi rindu,
hati merindu,
asyik merindu
tersentuh rasa,
tidak terduga,
timbullah sayang,
andai tak jumpa menjadi gundah.
Pernah dengar bait-bait lirik nih? haa. percaya tak dengan apa yang terkandung dekat dalam lirik tuh? konon tak percaya lah eh? kakak aku suka gila dengan lagu nih. cuz cerita dye sama dengan lagu nih kot. haha. masa kenal menyakat bagai tak ingat. lama-lama haa. tau ko sangkut. terkena panahan arjuna husb dye. haha.
korang pernah ada dalam situation nih tak? mesti pernah kan. percaya atau tak, aku pun tergolong dalam golongan orang yang dalam lirik nih. haha. tapi dulu lah. nOw dah tak. bila ingat balik mesti lawak gila. beginning bukan main kasar lagi. main aku kau jer. setakat 'lu pehal beb' dah jadi mainan kat mulut. 'kau ingat kau hensem?' 'alah, kau pun macam lawa sangat'. tapi macam mana boley sangkut eh kalau dah itu gaya bercakap? pelik. pelik. yang lagi lawak, biasalah kan. orang bercinta. sume sweet je kOt. tambah yang jiwang karat tuh. uuh, bukan main lagi. yang dulu kutuk-mengutuk automatik bertukar. orang kata cinta itu buta. yeke? orang yang buta kot. haha.

Tuesday, May 18, 2010

extra orientation day

well. harini ada extra orientation cuz last week tak sempat nak buat. at first dia bagi aktiviti yang ringan-ringanlahkan. dengar taklimat lebih kurang satu jam. then, divide intO eight group and start the real game. warm-up dululah konon. bersihkan bangunan kitorang tuh. rehat 20 minit. lepas rehat masuk dewan. still dalam group yang sama. common activity. ice breaking senior-junior.dah kenal senanglah nak panggil nama. tuh pun ada yang aku tak ingat. haha. after that main kotak beracun. dalam hati berdoa taknak kena. Alhamdulillah. aku lepas! haha. acara kemuncak bila kena makan 'hidangan istimewa' turun-temurun juz berbeza bahan tambahan jer. apa dia? BURGER BELACAN. korang rasa sedap tak? muntah terbelahak beb. sampai ada yang meleleh air mata kena kunyah benda alah tuh. nasib baik group aku ada pahlawan melayu terbilang yang berjaya habiskan belacan tuh. haha. thanx. luv u guys ! :) sambung game sampai balik. not bad. last week tak datang cuz taknak kena macam ini lah. at last, kena jugak aku nampaknye! rezeki betol.

Sunday, May 16, 2010

inilah manusia !

inilah yang dinamakan manusia. apa kita nak buat, itulah jugak yang diorang nak buat. berbelas tahun tanah sebelah rumah aku terbiar. bukan tanah milik sesiapa pun. itu tanah kerajaan. dulu, punyalah semak. bukan kata binatang, hantu setan semua dah bertanggak dekat situ. takde satu umat pun yang kisah pasal tempat tuh. diorang pun takut nak lalu. bukan kata budak kecik, bapak budak pun cuak beb! bila kita manfaatkan tanah tu. bersihkan, kita gunakan tanah tuh sebaik mungkin, ada pulak umat yang busuk hati. mulalah, menyibuk datang dekat kita tanya itu dan ini. soal siasat macam tanah tu abah dia yang punya. kita tak bersuara sepatah haram pun, dia lalu duk menjeling. mulalah nak buat macam-macam atas tanah tuh. kita dah tolong jaga pun dah kira syukurlah. hasil hutan simpan diorang tuh tak aku hadap pun lah! kata ada ilmu agama berkoyan-koyan. kOnon ilmu penuh di dada. tapi perangai macam budak baru nak akil baligh. plez r. kita dah makin tua. makin hampir menyembah bumi. bukan makin tegak menghadap langit. takde masa mengepak dada untuk mengira harta yang tidak kemana. fikir-fikirlah :)

Saturday, May 15, 2010

TEWAS !

tewasnya skuad badminton piala thomas Malaysia semalam menamatkan harapan 27 juta rakyat Malaysia untuk meraih kembali kemenangan piala thomas. kekecewaan itu jelas terpapar di setiap raut wajah rakyat Malaysia.Walaubagaimanapun, tewasnya kita kali ini bukan bermakna tumpas selamanya. Ada yang mengatakan perlawanan Malaysia menentang China merupakan 'impossible mission'. adakah benar telahan itu? Tidak sama sekali.! Suatu ketika dahulu, skuad Malaysia pernah menumpaskan tembok china yang dianggap teguh benar. Malaysia juga pernah menjuarai piala thomas dan all england. Ye, tidak dinafikan China mempunyai barisan atlet cukup handal yang agak sukar ditewaskan. Namun, atlet Malaysia masih mampu menundukkan skuad China termasukla jaguh tembok china itu sendiri yang menjadi kemegahan rakyat China, Lin Dan. Terdapat mulut-mulut busuk yang mengatakan kehandalan Malaysia adalah sejarah lama yang tidak mungkin berulang. Kurang bijakkah mereka? pada pertandingan all england yang baru berlangsung baru-baru ini pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei terbukti mampu menjinakkan musuh nombor satunya iaitu Lin Dan.
Tidak dinafikan, kecewa pasti ada dalam diri setiap rakyat Malaysia. Sedarlah betapa atlet yang berjuang jauh lebih kecewa kerana mereka yang membawa mandat negara. Sebagai insan bijak, pandanglah kekalahan kita pada kali ini dari pelbagai sudut. Bukan dari sisi negatif sahaja. Lemparan kata-kata jahanam itu bukanlah satu tindakan yang baik. Tidak perlu terus menerus memperlekehkan atau membanding beza kemampuan skuad kita. Mereka sudah lakukan yang terbaik. Kita sebagai penyokong juga harus memberikan yang terbaik untuk mereka. Percaya mereka, pasti mereka boleh lakukan.!

Thursday, May 13, 2010

what does your birthday say about you?

Suave and compromising. Careful, cautious and organized. Likes to point out people's mistakes. Likes to criticize. Stubborn. Quiet but able to talk well. Calm and cool. Kind and sympathetic. Concerned and detailed. Loyal but not always honest. Does work well. Very confident. Sensitive. Thinking generous. Good memory. Clever and knowledgeable. Loves to look for information. Must control oneself when criticizing. Able to motivate oneself. Understanding. Fun to be around. Secretive. Loves sports, leisure and traveling. Hardly shows emotions. Tends to bottle up feelings. Very choosy, especially in relationships. Systematic.
2nd SEPTEMBER

thOmas & uber cup fever.

semalam gila seronok Malaysia menang suku akhir 3-2 dengan Denmark. Go Malaysia ! berdebar jantung nih macam nak tercabut keluar. belum semi-final & final lagi. malam tadi sempat jugak keluar pergi shah alam. sepanjang jalan, tak kira dekat manapun. tv yang terpasang semua tengok thomas & uber cup. sempat jugaklah mata aku nih mencuri tengok apa yang jadi. balik je rumah terus pasang tv. tengok dengan family. terjerit-jerit kau. haha. apa pun. Malaysia memang best. Trust them, we can do it ! Go Malaysia ! I'll wait fOr yOu in semi-final. :)

Wednesday, May 12, 2010

Sahabat menjadi cinta

Dalam hidup kOrang, siapa yang pernah dan sedang mempunyai bestfriend / kawan baik yang berlainan jantina? Korang sayang tak dengan kawan baik korang tu? Means, korang care pasal die, selalu jadi orang yang ade disisi die time die tengah sedih? Sebab sebagai kawan baik, korang la tempat die mngadu bile die ade masalah dengan teman lelaki/ teman wanita die. Sebab tu la, kawan baik adalah kawan yang boleh mendengar dengan baik, menyimpan rahsia, berkongsi kegembiraan dan kesedihan dan menyayangi korang.
Ok, setelah lame berkawan baik. Pernah tak korang rase macam nak je couple dengan kawan baik korang tu? Sebab korang tengah single, dan korang rase kawan baik korang adalah yang terbaik untuk korang. Lagipun korang dah lame kenal, lebih dari 1 tahun dan macam-macam perkara korang dah lalui bersama even sebagai kawan je. Korang rase, korang dah tau segale-galenye tentang die dan hubungan korang pasti takkan bermasalah, betul? Tapi pernah tak korang fikirkan kesan dan impak negatif jika ade perselisihan berlaku? Dulu, memang korang salu gaduh dengan bf/gf korang. Jadi kawan baik korang adalah tempat mengadu. Tapi after korang couple dengan kawan baik korang, siape tempat untuk korang kongsi masalah? Cube fikirkan? Mungkin ada yang kate, ada lagi kawan lain kan? Tapi dia mungkin tak sama dengan kawan baik anda yang ini. Percayalah. Ok, contoh la korang couple beberapa lame dan tibe2 ade masalah. Haaa, dan boleh pula korang break! So, korang rase korang masih lagi boleh beralih kembali sebagai kawan baik? Seperti dulu? Aku rase, tak mungkin. haha. Tapi ade juga pasangan yang berjaya dalam cinta diorang yang bermula dari kawan baik. Apa yang aku nak bagitau, boleh couple dengan kawan baik korang. Tapi cuba fikirkan kesannya, boleh ke korang bertahan dan kalau tak boleh bertahan, boleh tak kembali jadi rakan baik seperti dulu? Anda adalah diri anda, fiirkan sebaiknya.
p/s : Aku pernah lalui benda nih. Thanx God even dah takde apa-apa, kitOrang still oke juz gap yang ada antara kitorang tuh tak mampu nak buat apalah cuz buat apa pun benda tuh macam tuh gak :)
*credit tO arifjerblog

Wednesday, May 5, 2010

UiTM VS Form6

VS
mana satu patut aku pilih. UiTM dah best. tapi cOurse yg dia tawarkan tak berapa nak bez pulak. yang fOrm 6 pun oke. tapi cakap-cakap orang sekeliling yang aku tak tahan nih. tipulah kalau aku cakap yang aku tak terganggu dengan opiniOn diOrang. sikit sebanyak memang terganggu. hati jadi runsing. fikiran pun dah berserabut. buat kerja apa pun dah tak tentu hala cuz asyik fikir benda nih. lepastu, nak tOlak UiTM takut ada effect kalau aku nak sambung ijazah nanti. pilih ini susah, pilih itu pun serba tak kena. aduh! mana satu nih ! family aku okeh jer. diOrang memang sentiasa suppOrt apa yang aku buat. kenapa aku takut nak mulakan langkah aku nih.? yeah. aku takut salah percaturan. langkah yang aku ambik tuh salah. tapi sampai bila aku nak macam ni jer? takpelah. aku nekad. apa nak jadi, jadilah!