Friday, January 1, 2010

miskin budi bahasa

tahun baru aku b'mula dengan adegan yg aku tak jangka.sepatutnya dimulai dengan sesuatu yg baru & segar telah t'cemar dengan sikap segelintir manusia yg lupa diri.ah,berlagak! semuanya bermula apabila keluarga aku menerima tempahan katering untuk sebuah majlis pertunangan seorang gadis dari kalangan mereka yg berada. rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari. kitorang pun menerima tugas tuh dengan hati yang terbuka. bak kata orang, tak cukup tapak tangan, nyiru kami tadahkan. sesampai kitOrang kat sana, belum nak warm up apa-apa, abang aku dah kena sOund. padahal kita bercakap dengan nada suara & bahasa yang cukup baik. sebaliknya yang kitOrang terima. dia mula menunjukkan siapa dirinya. bercakap dengan nada yg sememangnya kurang sOpan. bertambah mencanak bila para wanita dibelakang tergelak dengan kata-kata yg terluah. bodOh kOrang! hanya kerana alihkan kenderaan semata-mata. sungguh kau berlagak orang kaya! perkara yg sama terjadi dipetang hari. makanan dipesan untuk 50 org makan. namun, kitOrang menyediakan lebih daripada itu,80 org makan. diluar jangkaan apabila makanan yg dipesan tidak selaras dengan jumlah tetamu yg hadir. lebih buruk, kami dimarah dikhalayak tetamu yg hadir rata-ratanya adalah kalangan mereka yg mewah. wut da hell? kitOrang cuba menerangkan situasi sebenar apa yg terjadi dimana ia bukanlah salah kitOrang seperti apa yg dikata. kitOrang disindir. bukan tuan rumah jer, jiran pun same tak sedar diri. patutlah de pujangga islam yang berkata 'jangan sekali-kali kau hampiri tempat terlarang kerana kau akan turut sama terlibat atas hukuman & bala yang Allah turunkan kepada mereka yg ingkar'. apa diOrang ingat aku hadap sangat ker dgn duet diOrang yg xseberapa tuh! plez r weyh. bagi sikit, nak banyak. pakai otak sikit bOleh tak? yg memekak tuh pun bukan tuan rumah. adik tuan rumah. tuan rumah coOl dOwn cikit. perasan bagus! well, org kaya. bukan semua. segelintir. biasalah. sentiasa fikir diri mereka megah tinggi diawangan. padahal diOrang bukanlah siapa-siapa. tiada gelaran datuk atau datin sekalipun. itulah dia, diri baru mula bertapak diarena kehidupan serba mewah. lupa siap dia sebenarnya. walau banyak harta sekalipun tanpa adab budi bahasa, tiada guna walau sepicing. sebelah mata pun aku tak pandang, apatah lagi hOrmat! harta kekayaan bukan menjadi ukuran kita sebagai insan. andai kau memiliki kekayaan melimpah ruah tapi tidak mensyukuri, nescaya kau akan tenggelam bersama harta itu seperti karun dan hartanya! percayalah! aku pernah bergaul dengan datuk & datin yg sememangnya punya nama & pengaruh di Malaysia. tapi tidaklah seperti mereka ini.
bakat dikurnia jangan disalah guna,
jangan kufur nikmat yang diberi percuma,guna kelebihan untuk hikmah bersama,
jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
ada berisi ada yang kurus,ada melencOng ada yang lurus bukan semuanya tulus ada sempurna ada kurang upaya, ada yang buta hanya bila sudah kaya
sebesar rumah bermula dengan sekecil bata
bOleh hilang dalam sekelip mata
ucaplah alhamdulillah bukannya sukar kerana
sebesar mana atau kaya tetap
allahuakbar!

No comments:

Post a Comment