Thursday, December 30, 2010

Proud to be Malaysian :) We're the champion !

Big congrats to Malaya Tigers
Huge hugs to Khairul Fahmi
Special wishes to Safee Sali
u go man, bravo !
unforgettable to all tigers, all of you are super footballer last night.
Thank you for make us proud Harimau Malaya :)

Tuesday, December 28, 2010

Friendship never ends

Persahabatan ni satu benda yang sukar nak explained. lebih kurang macam cinta, tapi sebenarnya tak. ah sudah. apa aku mencarut ini.

okay okay.

Friendship bagi aku ibarat satu perjanjian antara dua orang yang tak perlu diucapkan tentang kesetiaan dia sebagai seorang sahabat, tapi macam mana diorang survived and beri comitment untuk pertahankan friendship itu sendiri dah memadai.

For example dalam situation ini :

Dua orang sahabat yang dah lama berkawan. sejak kecil hingga habis zaman persekolahan. Tiba masa, salah seorang daripada diorang kena further study ke luar negeri. tinggal lah yang sorang lagi kat Malaysia. mula-mula nampak macam okay. sentiasa communicate. tapi masa dan jarak tu membataskan hubungan diorang. So, for sure salah seorang dari diorang akan cakap yang kawan dia ni sudah lupa kat dia.

look, maybe ada yang pernah berada dalam situasi ini atau lebih kurang macam ini lah kan. kalau tak pergi luar negeri pun, mesti dah kurang communicate. korang ada tak rasa macam kawan korang dah lupa kat korang ? maybe ada, maybe takde.

Sometimes kita akan cakap yang kawan kita lupa kita. Yang sorang lagi cakap kita yang lupa kat dia. kenapa ? masing-masing dah kurang communicate atas sebab busy dengan hidup sekarang. ada yang cakap,
itu semua alasan semata-mata. tak kan takde masa langsung nak text aku. setakat tanya khabar, apa lah sangat. alasan je kau tu. dah lupa kawan cakap je lah.
fine. ada betulnya cakap kau tu.

tapi be realistic. kita kena akur dengan kehidupan individual yang need their own space. Apa kita rasa bila dia contact tu cukup membuktikan yang dia kawan setia yang sentiasa ingat kita ? come on lah. ingat tak semestinya dilisankan. tak semestinya dia tak contact kita dia tak amik tahu pasal kita. as a friend dia mesti amik tahu jugak. but dengan cara dia sendiri. tengok twitter kita ke, facebook ke, etc. silap haribulan kita sendiri tak tahu yang dia jadi follower setia kita kat facebook. tengok wall kita hari-hari semata-mata nak tau apa update kita. kita bertukar pasangan pun dia tahu. haha. jangan main-main cik salmah.

Walau lama macam mana sekali pun dia tak jumpa, kalau ada yang tanya,
eh, kau kenal peah tak ?
mesti jawapan dia,
a'ah. aku kenal. peah kawan aku tu. just dah lama tak jumpa.
ada ke yang jawab,
dulu dia kawan aku. tapi dah lama tak jumpa. so, dia bukan kawan aku. asal kau tanya?
haa, setahu aku lah takde. tak taulah kalau ada manusia durjana yang cakap macam tu kan. HAHA.

kita letak dalam situation dalam alam perkahwinan. korang memang bestfriend sejak azali. tapi for sure communication tu dah kurang. tak kan gila hari-hari nak texting. weekend je nak keluar. dapat gaji nak shopping sama-sama. guys, anda dah kawin. mesti korang spend time lebih kat family. KADANG-KADANG bolehlah jumpa or communicate. faham tak aku cakap sometimes. comitment kat family lebih tinggi. gila kau nak beria-ia melayan bff kau tu. padahal laki/bini forever kau kat sebelah. kang ada yang makan tangan. naya je salmah.

undeniable, sometimes kita nak kembali macam dulu.nak cara berkawan yang macam dulu. tapi usia semakin meningkat. rutin hidup dah berubah. cara persahabatan tu dah berbeza. comitment pun dah beralih. persefahaman dalam persahabatan tu yang penting. tidak menyalahkan antara satu sama lain dalam comitment yang dia beri. kau lupa aku. tak, kau yang lupa aku. macam mana nak bertahan friendship tu kalau asyik tuduh menuduh. kawan tetap kawan.


aku tak cakap aku kawan yang baik dan anda juga bukan kawan yang baik.but sometimes, kitalah teman yang terbaik antara mereka. fikir-fikirlah.
"Friendship needs no words...." ~Dag Hammarskjold


*P/S : aku dengan kawan pun dah jarang communicate. tp masing-masing tau apa jadi kat masing :)

Thursday, December 23, 2010

Cinta itu buta .

Orang selalu kata cinta itu buta. tapi betul ke ? aku ada jugak balas yang bukan cinta yang buta. tapi orang yang bercinta tu yang buta. haha. entah. aku sendiri pun tak pasti kenapa aku cakap macam tu. bila difikir balik memang kadang-kadang kita kena melupakan pasal cinta dan berpijak dibumi yang nyata. but back to the basic, memang tak boleh nak disangkal lagi. cinta itu sememangnya buta.

ini antara perkara yang membuktikan cinta itu buta.aku memberi contoh dari sisi seorang perempuan. tapi secara dasarnya, lelaki atau perempuan tak jauh beza pun.

Kita ada pilihan yang lebih kaya dan mewah. tapi kita nak jugak yang secara relatifnya lebih miskin dari yang kaya tu. sedangkan, terang-terang kalau kita kawen dengan dia kita dapat hidup mewah. senang-lenang. masuk rumah dia cuci kaki je. tak payah nak berpeluh-peluh cari duit untuk kumpul harta bersama. kalau yang susah ni kita kena usaha lebih cari duit. hidup yang belum tahu untung nasibnya. tapi tak kira, nak dia jugak.

Kita suka lelaki tinggi, putih and tak bermisai. tapi entah macam mana kita boleh jatuh hati dekat lelaki rendah dari kita, berkulit gelap dan bermisai ala-ala actor drama Gerak Khas, A.Galak.Oh My God. asal kita boleh suka dekat dia ? undefined. kita sendiri pun tak tau. hati dah kata suka. nak buat macam mana ye tak ?

Kita suka lelaki yang baik, funny, penyabar. sekali dapat lelaki yang pendiam, quit bad and temper gila. tengok macam diam, bila marah silap-silap dengan kita pun kena maki dek dia. kalau gaduh bukan main hebat lagi. asal kita bodoh sangat eh suka dekat mamat tu.

Haa, ni kes yang paling famous dekat Malaysia ni. Ada sesetengah orang yang tak suka beberapa golongan dari mana-mana negeri. ada yang tak suka orang selatan, ada yang tak suka orang utara, ada yang tak suka pantai barat, ada yang tak suka orang pantai timur. pendek kata memang pantang betullah dengan orang negeri tu. selisih malaikat 44. entah macam mana kita suka sangat kat dia yang datangnya dari negeri yang kita tak suka. jatuh cinta tahap langit ketujuh lagi okay. apa cerita cik peah ? bukan kau kata kau tak nak kawen dengan orang sana ke. ni kau bukan main gila lagi pehal ? cinta itu buta kawan.

Kita suka lelaki yang berkerjaya. Tak perlu ada company sendiri. tapi at least pergi kerja pakai tie, bawak briefcase, pakai coat. (imaginasi tinggi. haha.). sekali sangkut dengan mamat yang tak kerja. pemalas. kaki tanam anggur je kat rumah. pergi dating pun kita yang tanggung. why the hell kita suka kat dia ? nampak bodoh, tapi itulah hakikatnya. kau suka jugak dekat dia.

Kita ada bf. tapi family tak suka. at the same time, family pun ada calon untuk kita yang tak kurang baik, hensem dan kayanya. tapi tak nak. nak jugak yang ditentang tu. sanggup bertegang urat leher bertekak dengan family. silap-silap sanggup kahwin lari.pheuuww~lagi parah tu.

Sebab tu orang tua-tua selalu cakap,
jangan cakap tak nak. kang yang kau tak nak sangat tu, yang kau benci sangat tu lah kau dapat jadi bini / laki kau. time tu baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah.
ye kaum tua, selaku wakil kaum muda. Terima Kasih diucapkan atas kata-kata anda yang cukup bernas dan telah terbukti kebenarannya.

Honestly, aku sendiri pun selalu pelik bila tengok orang yang couple or kawen dengan orang yang kadang-kadang kita tengok macam boleh menimbulkan 1001 persoalan kenapa dia dipilih. tapi itulah hakikat yang Tuhan dah ciptakan. cinta yang takde diskriminasi. siapa pun boleh kahwin dengan orang yang dia suka. ye lah, kalau fikir logiknya, cinta tu kenal ke warna kulit, loghat percakapan, harta, etc. tak kan.

Kalau ada yang break sebab dah tau yang partner dia tu datangnya dari golongan yang dia tak suka misalnya. bila difikir balik, kau memang tak boleh terima ke orang tu ? kalau kau memang tak boleh terima, why kau boleh fall in love dengan dia ? means, whether dia dari negeri yang kau tak suka ke, dia da tabiat yang kau tak suka ke, tak kacau relationship korang pun. kalau betullah kau memang tak boleh nak fall in love dengan orang macam tu, dari awal lagi kau memang tak boleh. tak perlu dia bagitahu siapa dia secara lisan. naluri kau sendiri secara automatiknya memang tak boleh terima kan. ini boleh je. it might be ego yang terlalu tinggi. itu je.

Even aku sendiri pun. Memang ada benda yang aku tak suka, tapi tak pernah menyangkal dan menolak andai takdir dah tentukan aku jatuh cinta dengan golongan yang aku tak suka pada asalnya. aku ada satu ayat yang aku dengar dari satu lagu ni yang aku rasa betul. aku tak suka nak cakap ayat ni sebab bagi aku terlalu jiwang.It's soooo euuuww. tapi untuk korang takpelah. aku sanggup. dengar baik-baik eh.

Cinta memungkinkan segalanya.

*P/S : Aku pun selalu cakap yang aku tak suka dengan orang macam ni, orang macam tu. tapi aku pun pernah terbabas fall in love dekat orang yang aku tak suka tu. asal ? cinta tu kan buta. HAHA. :)

Friday, December 17, 2010

No Money, No Love.

hye readers :) cool bebeh. jangan marah-marah. aku tau mesti korang cakap aku ni teruk, materialistik, pandang harta, bla bla bla.

STOP !

dah-dah la tuh mengutuk aku. aku cakap benda yang betul ni. korang ingat aku saje-saje cakap ? ini hakikat yang perlu kaum lelaki terutamanya take attention dan kaum perempuan yang terlalu berada di jalan yang lurus demi cinta.

kenapa ?

meh sini aku bagi tau korang ye kenapa duit tu penting dalam bercinta even lepas kahwin pun. alasan korang dan alasan aku. kita start dengan before kawen. means, sesi hangat bercinta lah ni.

1. Pergi dating pakai duit.

Dating dekat mana ? taman ? okay, selamat. err, setiap kali date memang korang pergi taman awam yang free tu ke ? mesti korang ada pergi mall jugak kan. tengok wayang, makan-makan, etc. pakai daun kering ke tu. tak kan ? duit kan. pergi naik apa ? naik kaki ? oh, soo romantika de amour. itu tipu. zaman sekarang takde dah. except kalau tempat tu dekat dengan rumah. memang jalan kaki. mesti naik motor ke, naik kete ke, teksi, bas ke. tak kira lah. isi minyak pakai apa ? air paip ? petrol kan. beli petrol pakai apa ? air liur ? duit kan. ke nak gf yang tanggung. tak rasa macam malu ke. mesti dia fikir korang sengkek.

2. Bil telefon.

dah nama bercinta, koman-koman 24/7 korang bergayut. penat on the fon, texting. tak kan korang asyik nak cakap takde creds. mesti malu kan. ouh ye, mama and ayah ada fon. boleh pinjam. takpun telefon office ada. bagus idea tu. jimat. mesti korang bergayut time office hour je kan. ye lah. dah balik tak boleh call or texting dah. kalau tak keje, tak contact lah eh. okay okay. eh, tak lah. internet kan ada. YM, skype, FB. bayar bil tu free ke bang ?

3. Hadiah

bila sampai date anniversary, birthday, etc mesti nak bagi hadiah kan ? tak kan nak bagi cawan gambar bunga yang ada dekat kedai 2 ringgit tu ? apa barang. mesti lah nak bagi baju ke, kasut ke, perfume ke. duit lagi. kopak lah macam ni.
zaman lepas kahwin pulak ini alasan nya. kalau yang baru-baru lah. yang dah lama kahwin tak kan cakap macam ni.

1. cinta tidak boleh diukur

cinta memang bukan untuk dibeli. cinta tak boleh diukur dengan harta. ye. aku tau. 100 markah untuk statement tu. tapi berpijak dibumi yang nyata. kita sekarang hidup dalam zaman alaf baru. bukan lagi zaman purba. ayat-ayat manis macam,
saya cintakan awak setulus hati. lautan api sanggup saya renangi. belah lah dada, lihat lah isinya sayang. sudah ku ukir nama mu di dasar hatiku.
dah puas ayat semanis madu lebah kau tu ? ayat tu memang sedap lah nak jadi halwa telinga ye tak. eh, tapi aku tak eh. agak geli-geli aku dengar ayat tu. seram sejuk. kalau dulu mungkin ayat tu dah cukup untuk korang disatukan dan saling berjanji setia serta melayari bahtera hidup yang penuh dengan cinta tu. nampak tak perkataan 'dulu' aku tu ?

tapi sekarang ayat dah lain. mesti korang pernah dengar ayat hikmat ciptaan para ibu bapa ni kan,
kau ingat ayat manis kau tu cukup nak buat kawin? habis lepas kawin kau nak bagi anak bini kau makan apa ? pasir. cinta tak boleh bagi kau makan lah.
fuh ! aku dengar ayat ni pun macam nak tercabut jantung. terbantut rasa cinta yang tumbuh mekar. euuww! serius, kalau dengar memang macam kurang ajar. tapi ada betulnya. sekarang bukan zaman kahwin guna cinta je. duit mesti lah kena ada. tak perlu sekaya DOnald Trump. cukup lah macam jutawan muda Irfan Khairi. eh tak tak, bergurau. cukup lah kalau lepas untuk menanggung makan korang suami isteri dan anak yang bakal lahir. try imagine kalau gaji yang kau ada cukup-cukup makan. bahkan, silap-silap kau nak makan sorang pun tak cukup. tengah bulan je pinjam sana sini. itu baru kau sorang. belum lagi kerenah bini yang nak itu ini. lagi parah kalau bini bunting pelamin. dah mengandung. mengidam macam-macam. tak kan kau tak nak tunaikan hajat bini tu ? kang mau keluar ayat,
hantar saya balik rumah mak saya. awak tak sayang kan saya !
kau nak mamat ? jangan cari pasal. belum sempat celebrate 1st wedding anniversary, dah fail cerai. tak naya namanya ?

3. Family ada.

oh, family, kawan-kawan, sedara-mara. ramai bank korang kan ? tapi sampai bila diorang boleh tolong. masing-masing pun ada comitment jugak. takkan nak spend duit untuk korang je. sesekali boleh lah. ini kalau setahun 6 kali mau tak hangin diorang. nanti diorang kata kawen tau, cari duit tak tau. menyusahkan orang je yang kau tau. satu hal. tak malu ke orang cakap macam tu.

4. Duit tak menjamin kebahagiaan.

itu kata korang yang dari satu sudut memang betul. banyak orang kaya tapi keluarga berpecah belah sebab kurang kasih-sayang akibat terlalu mengejar kemewahan. tapi lagi banyak orang miskin yang huru-hara sebab kesempitan wang. dah tak cukup duit mula asyik bergaduh, anak tak tahan keluar rumah, bini nak cari side income pergi melacur, laki nak tambah duit jual dadah. bahagia ke tu ? korang kahwin atas dasar cinta jugak kan ? tolak tepi lah yang kahwin paksa tu.

cinta dan duit sama penting. be realistic. tak perlu hipokrit untuk cakap soal cinta dan duit. ini tak bermakna dengan duit kita beli semuanya. memang cinta tak boleh diukur tapi perlu seiring. cari lah dua-dua.
Quote from Irfan Khari : “Wang atau kebahagiaan? Mengapa perlu pilih salah satu? Kalau anda diberi pilihan untuk potong tangan kiri ataupun potong tangan kanan… mana satu pilihan anda? Sudah pastinya kita ingin simpan kedua-duanya! Jadi, mengapa perlu pilih- mengapa tidak miliki kedua-duanya :)” Irfan Khairi.com
*P/S : to be honest, aku memang pandang duit. tapi bukan materialistic. cukup kalau mampu tanggung aku and family kelak. tak perlu kaya. kalau kaya tapi haprak pun nak buat apa kan :D

Thursday, December 16, 2010

beberapa golongan pengguna facebook

sambil fikir nak psot entry pasal apa, aku online fb. then, aku terfikir nak buat entry pasal status yang fb users posted tu.

FB dah macam alat penghibur aku even kadang-kadang membosankan. apa yang buat aku gelak tu sebab tengok kerenah tulisan orang.

Golongan 1


Ada certain user yang suka maki orang. post status semua nak mencarut. takde adab betul. bila orang maki balik kau tengok dia punya gaduh macam mana. ayat semua superb. hafal pulak tu senarai perkataan mencarut tu. pelik aku. tak pandai english. tapi bab mencarut, english, bahasa melayu, bahasa cina, pe jadah semua dia tau. hebat kan ?

Golongan 2


Ada yang suka berdrama dekat status fb.
perempuan : i love u sayang
lelaki : i love u too bie. i promise won't leave u. u the my only baby.
perempuan : prove me. i'll keep ur promises.
lelaki : okay bie.
ini tersangat euww okay. tak perlu korang nak mention satu dunia pasal janji sehidup semati korang yang belum tentu jadi tu. memang lah tengah fall in love habis kan. aku tau tu. tapi behave sikit lah. orang lain pun ada couple jugak. okay, aku tau mesti korang kata aku jeles kan ? teramatlah fitnah benda tu. kalau nak, dah lama aku bercintan-cintun dekat fb. silap-silap ayat jiwang aku lagi hebat dari korang. okay, itu tipu. honestly, aku tak pandai buat ayat jiwang.

dah puas bersayang-sayang, gaduh pulak. maki hamun semua keluar. time tu sayang-bie dah takde. silap-silap aku-kau je yang ada. mulalah, pergi mampuslah, kau ingat kau hensem, kau ingat kau lawa. padahal, itulah dulu yang dipuja-puja, yang dipujuk rayu. bila macam ni, dah macam musuh ketat zaman perang dunia kedua.

kalau habis kat situ je takpe. nak-nak yang agak tak tahu nak malu kan. dah puas maki hamun, mencarut-carut. boleh pulak sambung bercintan-cintun. sesi bermaafan dan berjanji setia balik. pfffttt. apa punya manusia lah. matang sikit boleh tak ?

Golongan 3


ini pulak yang macam jiwa kacau. post status semua sedih je.
  • apa salah aku. apa dosa aku. aku tau aku siapa. tapi jangan lah buat aku macam ni.
  • aku doakan kau bahagia. aku tau aku bukan manusia sempurna. tapi kau kena sedar yang takda manusia sempurna atas dunia ni.
okay okay. aku bukan nak menganjing ke apa. tak. kalau sesekali tu aku faham. there must be something bad happen.tapi kalau wall kau dah penuh dengan status macam tu je, ha, there must be something wrong inside you. haha. aiyoo, chilled lah. jangan lah sedih memanjang. go and get ur life.

Golongan 4


suka taip guna cara yang entah apa-apa. sakit mata dan sakit jugak hati aku nak membacanya. sampai kadang keluar jugak perkataan biadap dari mulut aku sedas dua. contohnya :
  • hariniw akuw sukew sangat sebab dapat shoppings dengawn family. bez urh. rasew tak puas oww. nak jalan-jalan lagiw urh. bowleh taks ?
  • aKu berSyUkUr sAnGat dApAt kEpUtuSaN yAnG bAiK. TerImA kAsIh SeMuA atAs dOa KaLiaN.
  • you think i worried about you..(kau saper ha?) sorry no wonder la...(ada aku kisahhhh!) who are you...(i know already la)..please la..forget it...! (lupakan je lah)
ini antara koleksi menyampah yang aku dapat. aku tak suka lah macam kat atas ni. alahai. yang 1st tu dah macam hape je banyak W. yang 2nd keyboard diorang ada masalah aku rasa. that's why kecik besar huruf tu. tak stabil. yang 3rd tu terlalu baik hati sampai tolong translate apa yang dia tulis. maybe dia ingat readers tak reti cakap english. boleh jadi jugak.

Golongan 5


suka post quotes. tak kira lawak, motivation, love, etc. ni boleh pakai lah sebab kadang-kadang quotes ni mengena jugak kat diri or situasi.

Golongan 6


promote bisnes. unstoppable lah, skim cepat kaya lah, bisnes online lah. lepas tu tunjuk duit ribu-raban dengan kereta besar siap tagged nama orang. dia tak tau ke benda tu bahaya ? silap haribulan orang datang cari kau, rompak bunuh bagai. tak pasal-pasal mati. kan dah. niat nak tolong orang lah kononnya, tapi last-last makan diri. kesiann pulak.

Golongan 7


suka buat fb jadi medan memerli orang. ada je benda nak diperlinya. ada je yang tak puas hati. yang peliknya, cakap depan-depan tak berani. post status kat fb satu dunia baca berani pulak. macam-macam lah.

guna lah facebook ni sebaik mungkin sebab ini laman web sosial. terpulang lah kat diri masing-masing nak guna macam mana. enjoice :)

*P/S : aku paling pantang dengan yang golongan 2 tu. amatlah tidak matang wahai kakak, abang dan adik sekalian.

Wednesday, December 15, 2010

win-win situation dalam jual beli

hye readers :)

entry kali ni aku nak story pasal perangai sesetengah orang zaman sekarang. masing-masing nak untung. memang lah. sebab tu kena jimat. tapi fikirlah sikit orang lain. kita asyik disogok pasal pengguna bijak. asyik pengguna kena menang. tapi kali ni aku nak story pasal side orang buat bisnes pulak.

ada segelintir orang yang asyik nak lebih kurang dalam apa pun yang kita buat. tak dinafikan, hidup ni kena bertolak-ansur. dalam english nya give and take. baru harmoni. tapi kalau dah asyik kau je yang nak take, orang lain kena give je. mana adil. kau je nak untung. kau je nak menang. orang lain terlungkup. fikir sikit lah.

budaya ni jadi bila ada antara golongan yang jalankan bisnes dan mempunyai kawan atau saudara-mara yang serba-serbi nak tolak-ansur. contohnya kalau harga barang atau perkhidmatan tu nak harga kawan-kawan. takpun harga sedara lah. means, murah dari biasa.

fine. kita boleh kurang kan.

tapi masalahnya, bila kita dah kurangkan, dia nak kurang lagi. haaa, orang macam ni yang susah nak buat bisnes. dia nak kita kurangkan harga, kita dah kasi kurang. tapi dia nak lagi kurang. kau gila apa. habis, apa yang tinggal dekat orang yang buat bisnes tu ? dia pun mesti nak untung. kalau asyik nak sponsor or harga rendah sangat, mau terlungkup bisnes dia.

kadang-kadang memang ada harga barang atau perkhidmatan yang dijual terlalu mahal. secara logiknya, nisbah untung yang diorang dapat terlalu besar. tak masuk dek akal untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. dalam keadaan sebegini, memang kita perlu negotiate harga. sebenarnya, kadang-kadang harga dah murah, tapi kita negotiate jugak. tujuannya nak try lah mana tau dapat lagi rendah. tapi kalau dah tak dapat, takpe lah.

kita kena fikir jugak untuk satu lagi pihak iaitu orang yang buat bisnes tu. kita memang nak harga murah, dalam masa yang sama, diorang pun nak untung.

ada beberapa 3 golongan dalam proses jual-beli :
  1. pentingkan kualiti. means tak kesah even mahal dan kuantiti sikit, still beli. sebab barang kualiti tinggi. biasanya orang kaya lah kan.
  2. pentingkan kuantiti. nak banyak je. tak kesah lah takde kualiti pun. yang penting tak payah keluar duit banyak.
  3. pentingkan kualiti dan kuantiti. golongan yang bijak. nak dua-dua. biasanya mereka bijak untuk differentiate mana satu yang baik dan untung dan mana satu yang tidak. tapi dalam golongan cerdik ni, ada jugak yang SELFISH. means, nak dua-dua, tapi harga murah.


ada juga beberapa jenis jual-beli yang biasa jadi :
  1. Harga yang ditawarkan murah dengan kuantiti pun banyak. bila difikir, mana untung orang tu ? mesti dia cut cost daripada kualiti barang yang digunakan. memang kita dapat murah dan banyak. bunyi menarik. bukan barang tak berkualiti langsung, tapi kualiti tu rendah lah.
  2. Harga barang mahal dengan kuantiti yang sedikit. mesti untung banyak ni ! for sure kita cakap macam ni kan. ada betulnya. sebab kadang-kadang barang tak seberapa tapi harga melambung tinggi. tapi bila kita kira balik, baru kita tau. nak hasilkan barang tu high costing. may be input susah nak dapat, input mahal, etc. biasanya barang macam ni berkualiti tinggi.
  3. Harga barang agak mahal dengan kuantiti sederhana. kenapa aku cakap harga barang agak mahal, bukan harga sederhana. okay, dalam situasi ni biasanya akan jadi macam-macam kerenah. diorang rasa harga yang ditawarkan mahal. tapi diorang tak fikir yang kuantiti yang diorang mintak banyak mana. dengan kos input lagi. sebenarnya kalau fikir logik, harga tu berpatutan compare dengan yang lain. sebab ada kualiti dan kuantiti. tapi sebab diorang rasa mahal and dapat tak banyak sangat, that's why diorang tak nak.


takkan ada ada orang yang jual barang dengan kualiti yang tinggi, harga murah, kuantiti banyak. aiyoo, ini bisnes. bukan badan kebajikan. fikir sikit lah. amalkan win-win situation :)

*P/S : susah sebenarnya bila cakap dengan orang yang tak boleh berfikiran bisnes. nak kualiti & kuantiti tinggi dengan harga yang rendah. SELFISH betul -.-"

Monday, December 13, 2010

lelaki donut , perempuan tomboi.

dalam berjuta kawan korang, ada tak yang lelaki lembut dan perempuan tomboi. bukan gay and lesbian eh. baca soalan aku betul-betul.

aku ada kawan lelaki donut, perempuan tomboi, lesbian, pengkid, bapok, etc. kawan gay je yang aku takde. hehe. tapi apa yang aku nak bincangkan dalam entry ni fokus kepada isu lelaki donut atau lembut dan perempuan tomboi.

ini antara faktor kenapa mereka boleh menjadi tomboi dan donut.
  1. Ada antara tomboi dan donut ni dilahirkan semulajadi berperwatakan macam tu. apa pun usaha diorang, tetaplah nampak macam tu. hakikatnya diorang tak macam tu. luaran je. nak kata keadaan sekitar yang buat diorang berkeadaan begitu tidak. tapi itulah sifat semulajadi yang sukar diubah. ada yang berjaya, tapi makan masa yang lama untuk berubah. ada yang tak berjaya langsung, dan bawak sampai ke tua.
  2. Ada jugak yang jadi tomboi dan donut disebabkan pengaruh keadaan sekeliling. means, atas didikan atau cara dibesarkan menjadikan dia seorang yang lelaki lembut atau perempuan keras. contohnya, family yang ada anak tunggal perempuan and the rest of was boy. so, secara tak langsung dia kan menjadi seorang perempuan ala-ala lelaki sebab dah terbiasa bergaul dengan lelaki.
  3. Ada pulak yang jadi tomboi dan donut disebabkan kemahuan naluri diorang sendiri. may be diorang nak mencuba atau rasa jadi sifat yang bertentangan dengan diorang yang kononnya seronok. hakikatnya, apa yang diciptakan untuk kita adalah yang terbaik.


pandangan aku tentang lelaki donut dan perempuan tomboi.
  1. Bagi lelaki donut, mulut diorang kebiasaannya lebih laser dari perempuan tulen. percakapan yang agak kasar berbanding perempuan sebenar. may be sebab sifat keperempuanan yang ada dekat diorang. hakikatnya, perempuan sebenar tak lah sampai macam tu sekali. kecuali kalau memang jenis out spoken.
  2. perempuan tomboi pulak kasar nye bukan main. mengalahkan lelaki. kalau cakap nak suara kuat je. ayat nak jantan je. gaya pun nak keras. serba-serbi nak ikut lelaki kasi nampak jantan. padahal lelaki tak lah macam tu. lelaki tulen lebih natural dalam sifat kasar dan diorang lebih gentle.
  3. lelaki donut kebanyakannya lebih bijak dalam soal fesyen dan sebagainya. gaya diorang lagi vogue dari perempuan tulen.
  4. perempuan tomboi nak bergaya sebijik macam lelaki. pakai sneakers, jeans koyak-koyak, rambut pacak-pacak. from top to the bottom exactly like a man.


hakikat golongan ni.
  1. even perempuan tu tomboi, dia tetap seorang perempuan. naluri, perasaan diorang yang paling dalam tetap perempuan. sifat sensitif, mudah menangis, kuat tersentuh, etc. that's why kalau kita tengok, perempuan tomboi ni kalau kena bahan senang merajuk. betul tak? haha. puas lah nak kena pujuk baru okay. lepas okay bajet tak merajuk, tak nak menagku yang dia merajuk. malu lah kan. tak jantan lah kalau merajuk.
  2. lelaki donut pulak macam mana pun dia tetap lelaki. buat lah apa pun, hati dia yang paling dalam tu tetap lelaki. kalau tak percaya, kalau korang bahan lelaki donut ni, gerenti diorang cepat naik angin kan. korang pun mesti kena bahan balik dek dia. sama lah macam lelaki, cepat panas dan kalau bahan orang tak ingat dunia. kalau tak kena gaya, korang boleh bertumbuk dengan lelaki lembut ni okay. jangan main-main. haha.


atas dunia ni memang Tuhan ciptakan macam-macam golongan atas pelbagai tujuan. tapi asasnya ada dua je iaitu lelaki dan perempuan. terpulang macam mana kita nak gunakan apa yng Tuhan bagi sebaik mungkin. bersyukurlah atas apa yang dikurniakan.

*P/S : aku sensitif, mudah tersentuh dan kuat nangis macam perempuan tulen. tapi kuat marah dan agak kasar macam lelaki. tapi perwatakan dan gaya memang perempuan. macam mana tu eh ?

Sunday, December 12, 2010

Gurau tak kena tempat.

hari-hari kita comunicate dengan orang. dan tipu kalau kita tak bergurau dalam sehari. apa yang korang cakap dalam gurauan korang tu? pernah tak terfikir yang sebenarnya gurauan kita tu bukan satu benda yang lawak. malah, menyakitkan hati orang lain. terutama orang yang dijadikan bahan lawak.

kadang-kadang kita rasa kita bergurau, tapi tuan badan tak rasa macam tu. terutama part sensitif.contohnya, keadaan fizikal seseorang, family matter, agama, etc.

aku tau mesti korang akan cakap :
  1. ' kalau tak boleh bergurau susah lah hidup '
  2. ' ala, itu pun nak amik hati '
  3. ' kau ni tak matang lah. gurau pun nak marah '
  4. ' sensitif sangat lah kau ni. pahpe tah '
fine.

tapi korang fikir tak yang gurauan korang tu sebenarnya isu sensitif atau dah melampaui batas.ada sesetengah yang menganggap kita kurang sabar. maybe betul kalau first time cakap dah melenting. ini memang orang yang cepat melatah. plus, kalau hal kecik.

tapi try imagine kalau benda yang dianggap gurauan itu repeat berkali-kali sampai orang akan naik jelak. bukan sekadar jelak, tapi naik marah. dalam soal ni, sabar dah tak boleh nak dijadikan isu. kenapa ?

kita nak cakap soal sabar. tapi kita sedar tak yang orang dah lama sabar dengan mulut kita yang asyik nak bergurau tak kena tempat. plus, gurauan kita tu bukanlah satu benda yang sesuai untuk dijadikan bahan lawak.gurauan pulak tak kena tempat. contohnya, depan public.kita bergurau dengan someone. malangnye benda tu tak sesuai untuk dijadikan bahan lawak. tapi public tetap gelak. dah nama pun gurau. bagi tuan badan, itu sesuatu yang amat memalukan. korang pernah perasan tak apa reaksi tuan badan bila dalam situasi ni?
  1. ada yang gelak. malah, join sekaki melawak hal yang sebenarnya dia tak suka ni. orang macam ni agak bijak dalam mengawal perasaan hati diorang. tak nak memanjangkan isu ni. kalau melenting for sure jadi gaduh kan. tapi orang sekeliling tak boleh lah nak sewenang-wenangnya bergurau bodoh tu berkali-kali.
  2. ada yang terus tarik muka. golongan ni payah sikit. tak hipokrit, tapi terlalu telus. dan biasanya, orang akan serik dan susah nak rapat dengan golongan ni sebab mudah terasa.
  3. ada yang akan diam dan slowly blah dari situ or akan okay balik. golongan ni memberitahu umum tentang perasaan dia yang tak suka tentang gurauan tadi, tapi secara halus.
dalam hal ini kita tak boleh cakap yang sesorang itu terlalu amik hati, kurang sabar, sporting, etc. sebab belum kena batang hidung sendiri. may be kita akan cakap, tak kisah kalau orang cakap apa pun sebab ianya sekadar gurauan. belum kena memanglah senang je mulut cakap. dah kena silap-silap sentap. haaa. buat orang boleh, orang buat balik tak boleh. lagi susah macam tu. unfair lah kan. dah tau tak boleh dibahan, jangan sekali-kali ada hati nak menganjing orang lah. issh.

kita pun masing-masing manusia.sama-sama ada hati dan perasaan. sepatutnya lebih peka dengan keadaan sekeliling. bukan tak boleh bergurau, tapi tengok isu dan tempat. negara pun ada akta tentang isu sensitif. manusia pun sama.

*P/S : orang menganjing part sensitif dengan aku, aku relax je. siap boleh join berlawak lagi. tapi kalau kau repeat banyak kali, kau tunggulah mulut aku pulak. kalau tak sentap aku keje kan. HAHA.

Thursday, December 9, 2010

Yang Patah Tumbuh, Yang Hilang Berganti.

Begitu hidup ini,
Tiada yang abadi,
Yang patah tumbuh,
Yang hilang berganti


bait-bait di atas adalah antara lirik dalam lagu Tak Mungkin Kerana Sayang-Alia. ini pepatah yang dah wujud sejak berkurun lamanya. ini jugak lah yang sering orang ramai gunakan bila kita dah kehilangan sesuatu. contohnya, kematian, putus cinta, etc.

my point is, apa yang tumbuh atau pengganti itu lebih baik dari yang telah patah dan hilang ? senang cerita, adakah yang baru tu lebih baik dari yang lama atau sebaliknya ?

orang tua-tua selalu cakap, setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya. means, ada something yang baik akan menunggu. contohnya putus cinta. ayat paling biasa yang orang akan gunakan untuk pujuk sang putera atau puteri yang sedang emosi : kau jangan lah sedih sangat. may be dia bukan yang terbaik untuk kau. mesti ada ramai lagi perempuan / lelaki yang lagi HOT, baik, perfect untuk kau.

now, i want to ask u back. are u sure yang akan datang ni lagi baik dari yang lama ?

dengan senang hati sang teman bersuara : eh, mestilah. kalau dia yang terbaik untuk kau, takkan kau putus dengan dia.

aissh. itu lah korang. cakap bukan main senang. fikir lah dulu ( eceyy, cakap orang lebih. aku pun sama )

tak dinafikan, ada benarnya ayat sang teman tu. tapi bila difikir balik. ada jugak salahnya.
tang mana salahnya ? meh aku habaq kat hang. aku ambik situasi yang paling simple untuk difahami.

situasi 1


kita break dengan someone atas sebab dia banyak masalah. eg, mengongkong, banyak hal, etc. pendek kata, break dengan dia memang satu saat yang ditunngu. at the same time, mengharap dapat someone yang tak mengongkong, baik, understanding, bla..bla..bla.sampai masa, pengganti yang HOT pun tiba. masa mula-mula just fine. everything okay. sampai satu saat, korang akan terfikir sesuatu. memang dia tak mengongkong, dan secara tak langsung ia dilabel kan memahami. tapi korang sedar yang dia bukan tak mengongkong, tapi tak ambik peduli ! means, korang nak pergi manapun suka hati korang, nak buat apa pun suka hati korang, nak keluar dengan sapa pun suka hati korang. dia tak take attention langsung pasal korang. see ? ini yang korang nak kan ? eh, tak pulak ? korang kata tak suka dikongkong. dia tak kongkong lah tu. ouh, nak yang dulu pulak. kenapa ? ouh, sebab dia caring sebenarnya.ish ish ish.

dalam situasi ni, memang kita tak suka dikongkong sebab kita rasa pergerakan kita terbatas. tapi sebenarnya, bukan lah mengongkong. dia just terlalu amik berat pasal kita. atas sebab terlalu sayang. ada yang cakap tak suka. sama jugak macam aku, tak suka dikongkong. it's my life, not yours. tapi try imagine kalau dia langsung tak amik kisah. semua ikut suka hati kita. tak best lah pulak.

situasi 2


kita kehilangan seseorang atas sebab kematian dia. contohnya, pasangan kita (tak nak guna ibu atau ayah sebab for sure tak boleh diganti dengan siapa pun). ini andaian semata-mata. let say arwah tak berapa nak baik atau dalam erti kata lain dia jahat. tapi dia pandai amik hati kita, jalankan tanggungjawab dia as a leader of family dengan cukup baik. tapi hidup kita dengan arwah hanya cukup-cukup makan.kita kawen lagi satu. dia baik, tanggungjawab material cukup, hidup pun mewah.tapi tak pandai amik hati kita. plus, dia terlalu materialistik.

dalam situasi ni pulak, yang mana lebih happy ? secara kasar memang yang hidup mewah sebab dia pun baik. tapi sedar tak yang hidup cukup-cukup makan tadi lebih bahagia sebab even dia jahat, tapi dia pandai amik hati kita, tangungjawab pun dijalankan dengan baik.

setiap apa pun mesti ada baik dan buruknya. tak ada satu pun benda dalam dunia ni yang 100% baik or 100% buruk.tak kira yang lama atau yang baru mesti ada pro and con.memang ada pengganti, tapi tak kan pernah sama dengan yang lama. ada kata yang baru lebih baik dan ada yang sebaliknya. terpulang dan belajarlah bersyukur dan hargai setiap kejadian dia atas muka bumi ciptaan Tuhan :)

*P/S : yang lama memang baik, tapi still menunggu yang baru. sebab yang lama dah lepas. hehe.

Wednesday, December 8, 2010

Soul mate



kawan : u percaya tak orang yang u kawen tu bukan soul mate u yang sebenar.
aku : caye.
kawan : i mean soul mate kita sebenarnya ada dekat orang lain.
aku : yup. i caye sangat.

ini lah antara perbualan IM aku dengan kawan aku. asalnya cerita pasal lain. sampai middle conversation dah masuk hal lain. tapi kitorang cepat sedar. kembali ke topic asal. haha.

so, aku pun terfikir nak buat entry pasal isu nih. partner kita bukan lah soul mate kita yang sebenar.


okay, semalam kawan aku memang ada tanya aku kenapa aku percaya ?
jawapan aku yang paling mudah : kalau tak, tak kan lah ada kes cerai sana sini kan.

then, aku pun fikir balik, kenapa diorang tak kawen je dengan soul mate. kenapa mesti kawen dengan orang yang bukan soul mate.


Definisi soul mate :
A soulmate or soul mate is a person with whom one has a feeling of deep and naturalaff, love, intimacy, sexuality, spiritality, and/or compatibilty.

ini antara reason yang aku dapat pasal persoalan dia atas tadi.


  1. Ade sesetengah orang yang tak boleh nak kawen or together dengan soul mate atas sebab-sebab tertentu. tak kira sebab diri sendiri atau keadaan sekeliling. contoh keadaan sekeliling ialah dia tau dan sedar yang perempuan / lelaki tu adalah the perfect soul mate untuk dia. tapi family tak izinkan untuk diorang get married. so, terpaksa lepaskan dengan putih mata lah.

  2. Ada yang tak sedar makhluk depan mata diorang tu adalah soul mate sebenar. Hal ni biasanya jadi dekat orang yang biasanya menafikan perasaan dan hubungan rapat diorang. contohnya, abang angkat-adik angkat dan bestfriend. kenapa ? sebab masing-masing dah ada gf / bf. kadang tu memang diorang anggap hubungan diorang setakat tu. tak lebih tak kurang. tapi dalam sedar atau tak, perasaan diorang dah lebih dari tu. bila soul mate tu dah tak ada baru tercari-cari. time tu lah baru nak sedar yang she / he was perfect soul mate kita.

  3. Ada jugak yang asal nya memang rasa dialah soul mate, jiwa raga, intan payung segala bagai. dia lah cinta duniawi dan syurgawi. tapi at last, bila ada benda yang jadi baru sedar yang dia bukan lah soul mate kita. ada je benda yang nak digaduh kan. tak faham kita lah, banyak songeh lah. apa lah. menas, soul mate kita bukan dia !

  4. Ada pulak yang bagi satu pihak, dia dah anggap she / he soul mate dia. tapi yang lagi satu pihak pulak tak rasa macam tu. dia kata soul mate dia adalah orang lain. HAHA. kes yang ni memang parah lagi kesian. okay, sorry. aku bukan nak menganjing. kalau kena kat aku pun for sure frust kaw-kaw. tapi tu lah. nak buat macam mana kan. perasaan ni susah nak cakap.


bukan semua orang bernasib baik dalam hal percintaan macam ni. kadang kita rasa bahagia, tapi kejap. kadang rasa sakit dulu, then bahagia sampai akhir hayat. ikut nasib lah yang Tuhan dah tentukan.


*P/S : harap-harap jumpa perfect soul mate aku. sekali kawen je. tak nak cerai hidup. moga-moga sampai akhir hayat kan. amin ;)

Tuesday, December 7, 2010

Do not loves on someone, just because he loves you



korang setuju tak dengan quotes tuh. for sure ada yang setuju dan ada yang tak setuju. bagi aku, aku tak setuju dengan quotes tuh.

kenapa? okay, this is my reason.


may be ada antara korang yang cakap, it's better loves the ones who loves you than loves the ones who doesn't loves you. tak dinafikan, may be ada betulnya. kenapa?

sebab kalau someone dah sayang and cintakan korang, for sure korang tak payah nak berusaha untuk buat dia fall in love dengan korang sebab dah tau yang hati dia memang ada kat korang. senang-lenang je korang tak payah nak fikir yang dia ada orang lain ke, takut hilang dia ke. alah, kalau dia tinggalkan korang pun korang takkan sedih sebab korang couple pun sebab dia cintakan korang. yang korang tak rasa apa-apa kan. kalau korang nangis pun sekadar sedih sebab clash. ala-ala nak cukup kan syarat putus cinta. tapi sebenarnya, korang tak lah sedih mana pun.

bagi aku benda ni tak adil sebab benda ni semua tipu. penuh dengan kepura-puraan. senang cerita korang couple atas dasar kesian. plus, korang pun dah puas putus cinta. dah penat nak melayan kerenah dunia. korang pun terima je lah orang yang dah lama ada hati kat korang. sebab may be korang fikir yang couple kali ni mesti sampai kawen sebab dia memang cintakan korang. for sure tak cari lain. kekal abadi.

tapi dalam sedar atau tak, dalam jangka masa panjang mesti ada je yang tak kena. benda kecik jadi besar. kenapa?



sebab korang memang tak sayang dia. apa pun yang dia buat jadi macam tak kena kat mata dan hati korang. eh, bukan senang lah nak cinta kat seseorang.

okay, aku tau ada yang cakap tak mustahil kita boleh sayang kat seseorang. memang. aku setuju. but look, sekarang cuba korang fikir dan muhasabah diri korang. adakah korang betul-betul cintakan pasangan korang sekarang ni? sejauh mana korang cintakan dia?

jangan lah cintakan dia semata-mata sebab dia cintakan korang sedangkan korang tak. sebenarnya sama je macam korang mainkan dia. dia bagai nak rak ingat korang pun macam dia. for sure dia pun akan mengharapkan benda yang sama dari korang. even kalau aku sendiri pun akan macam tu. bila aku cintakan seseorang, aku sentiasa mengharapkan yang dia pun akan cintakan aku sebagaimana aku cintakan dia (bukan main sastera ayat aku). jangan nak menganjing okay. itulah hakikatnya. siapa pun akan harap benda yang sama. aku lagi rela dia terus-terang lepaskan aku dengan reason dia tak cinta kan aku daripada badan dengan aku, tapi hati tak dekat sapa.

so, quotes yang paling sesuai adalah BELAJAR mencintai orang yang mencintai kita :)

* p/s : nak belajar cinta orang yang cintakan kita pun bukan senang derr. aku tak pernah berjaya dalam proses pembelajaran yang satu nih. HAHA.

Friday, December 3, 2010

Carma Law

to the peeps, lemme remind u, what u gave u get back. so, u better watch out. i really really wish u will get ur super suck time. at the moment u will realized that u just under my feet. just wait and see. take a note please!

ini lah yang aku posted semalam dekat wall fb. hangen betul aku rasa. tapi jangan sekali-kali tanya aku kenapa. kang dengan kau kau sekali kena sembur. haha. bukan aku marah apa, tah kenapa rasa macam diorang ni melampau pulak. bak kata kakak aku lah, sekali cakap boleh consider gurau, dua kali cakap takpe, relax lagi, kali ketiga dah rasa bahang. kali ke empat kau cakap, kau memang cari nahas kan. tak kesah lah nak bergurau ke, nak menganjing aku pun. biasa lah. aku pun kadang buat macam tuh. tapi tak payah lah nak menganjing part sensitif. memang kalau orang tengok aku tak pernah or marah kalau orang cakap, tapi dalam hati aku kau tau tak. aku senyum je. boleh bantai gurau balik kan. tapi makan hati gak aku. haha. kalau orang yang selalu aku bahan nak menganjng aku balik takpe. biasalah kan. ini takde apa-apa, tiba nak menganjing aku. pfffttt! sungguh melampau. haha. bukan main lagi korang kan. aku bukan manusia sempurna. macam korang jugak lah kan. disebabkan itu, aku wish sangat-sangat yang mulut-mulut busuk akan kena balik apa yang korang cakap kat aku. bukan aku jahat. tapi lantak aku lah kan. korang boleh, aku pun boleh. So, korangtunggu lah masa kebinasaan korang eh. HAHA. hukum karma dunia lah. Tuhan Maha Adil :)