Wednesday, December 15, 2010

win-win situation dalam jual beli

hye readers :)

entry kali ni aku nak story pasal perangai sesetengah orang zaman sekarang. masing-masing nak untung. memang lah. sebab tu kena jimat. tapi fikirlah sikit orang lain. kita asyik disogok pasal pengguna bijak. asyik pengguna kena menang. tapi kali ni aku nak story pasal side orang buat bisnes pulak.

ada segelintir orang yang asyik nak lebih kurang dalam apa pun yang kita buat. tak dinafikan, hidup ni kena bertolak-ansur. dalam english nya give and take. baru harmoni. tapi kalau dah asyik kau je yang nak take, orang lain kena give je. mana adil. kau je nak untung. kau je nak menang. orang lain terlungkup. fikir sikit lah.

budaya ni jadi bila ada antara golongan yang jalankan bisnes dan mempunyai kawan atau saudara-mara yang serba-serbi nak tolak-ansur. contohnya kalau harga barang atau perkhidmatan tu nak harga kawan-kawan. takpun harga sedara lah. means, murah dari biasa.

fine. kita boleh kurang kan.

tapi masalahnya, bila kita dah kurangkan, dia nak kurang lagi. haaa, orang macam ni yang susah nak buat bisnes. dia nak kita kurangkan harga, kita dah kasi kurang. tapi dia nak lagi kurang. kau gila apa. habis, apa yang tinggal dekat orang yang buat bisnes tu ? dia pun mesti nak untung. kalau asyik nak sponsor or harga rendah sangat, mau terlungkup bisnes dia.

kadang-kadang memang ada harga barang atau perkhidmatan yang dijual terlalu mahal. secara logiknya, nisbah untung yang diorang dapat terlalu besar. tak masuk dek akal untuk barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. dalam keadaan sebegini, memang kita perlu negotiate harga. sebenarnya, kadang-kadang harga dah murah, tapi kita negotiate jugak. tujuannya nak try lah mana tau dapat lagi rendah. tapi kalau dah tak dapat, takpe lah.

kita kena fikir jugak untuk satu lagi pihak iaitu orang yang buat bisnes tu. kita memang nak harga murah, dalam masa yang sama, diorang pun nak untung.

ada beberapa 3 golongan dalam proses jual-beli :
  1. pentingkan kualiti. means tak kesah even mahal dan kuantiti sikit, still beli. sebab barang kualiti tinggi. biasanya orang kaya lah kan.
  2. pentingkan kuantiti. nak banyak je. tak kesah lah takde kualiti pun. yang penting tak payah keluar duit banyak.
  3. pentingkan kualiti dan kuantiti. golongan yang bijak. nak dua-dua. biasanya mereka bijak untuk differentiate mana satu yang baik dan untung dan mana satu yang tidak. tapi dalam golongan cerdik ni, ada jugak yang SELFISH. means, nak dua-dua, tapi harga murah.


ada juga beberapa jenis jual-beli yang biasa jadi :
  1. Harga yang ditawarkan murah dengan kuantiti pun banyak. bila difikir, mana untung orang tu ? mesti dia cut cost daripada kualiti barang yang digunakan. memang kita dapat murah dan banyak. bunyi menarik. bukan barang tak berkualiti langsung, tapi kualiti tu rendah lah.
  2. Harga barang mahal dengan kuantiti yang sedikit. mesti untung banyak ni ! for sure kita cakap macam ni kan. ada betulnya. sebab kadang-kadang barang tak seberapa tapi harga melambung tinggi. tapi bila kita kira balik, baru kita tau. nak hasilkan barang tu high costing. may be input susah nak dapat, input mahal, etc. biasanya barang macam ni berkualiti tinggi.
  3. Harga barang agak mahal dengan kuantiti sederhana. kenapa aku cakap harga barang agak mahal, bukan harga sederhana. okay, dalam situasi ni biasanya akan jadi macam-macam kerenah. diorang rasa harga yang ditawarkan mahal. tapi diorang tak fikir yang kuantiti yang diorang mintak banyak mana. dengan kos input lagi. sebenarnya kalau fikir logik, harga tu berpatutan compare dengan yang lain. sebab ada kualiti dan kuantiti. tapi sebab diorang rasa mahal and dapat tak banyak sangat, that's why diorang tak nak.


takkan ada ada orang yang jual barang dengan kualiti yang tinggi, harga murah, kuantiti banyak. aiyoo, ini bisnes. bukan badan kebajikan. fikir sikit lah. amalkan win-win situation :)

*P/S : susah sebenarnya bila cakap dengan orang yang tak boleh berfikiran bisnes. nak kualiti & kuantiti tinggi dengan harga yang rendah. SELFISH betul -.-"

No comments:

Post a Comment