Monday, November 19, 2012

Jatuh sayang.


Salam.

Mungkin terlalu lama aku tinggalkan ruangan ini sehingga ia menjadi medan yang sunyi sepi. Diam seribu bahasa. Kini aku kembali, memerlukan khidmat ruangan ini untuk mendengar suara hati aku. Suara hati yang tertahan. Yang tak pernah dan tak mungkin bisa dilepaskan. Cukup sekadar ia membaca apa yang aku coretkan. Cukup sekadar mendengar.

Pertama kali berhadapan dengan keadaan sebegini buat aku tertanya, apa yang sedang berlaku? Lebih tepat apa yang sedang berlaku antara kita? Atau mungkin hanya terhadap aku. Entah. Aku sendiri tak mengerti. Aku tak punya jawapan untuk semua soalan itu. Mungkin aku sendiri tak cukup pasti tentang soalan yang timbul. Soalan yang masih kabur. 

Berbicara detik pertama aku sedar tentang perkara ini dimana hal yang kebiasaannya aku akan marah bila orang lain cakapkan kepada aku, tapi tidak dia. Entah kenapa aku tak pernah terasa hati setiap kali dia memanggil aku dengan panggilan yang sebegitu. Sehinggakan ia menjadi panggilan tetap untuk aku. Aku senang dengan panggilan itu.

Dia miliki sedikit sebanyak ciri yang aku ingini. DIa jujur. Tak pernah sembunyi siapa dirinya sama ada status mahupun kerjaya. Itu paling penting. Dan kejujuran itu yang membawa aku terfaktab hingga ke tahap ini.

Terlalu banyak untuk aku ceritakan. Cukup sekadar itu aku kongsikan. Biar cerita itu menjadi milik aku, rahsia aku. 

Aku tak tahu mana khilafnya. Sama ada mengenali engkau itu adalah satu kesilapan. Atau yang berlaku sekarang ini yang satu kesalahan. 

Hampir setiap hari aku tanya diri aku sendiri, apa ini yang aku mahu? Bodoh. Tidak ada siapa didunia yang mahu ada perasaan sebegini. Tidak. Aku sendiri tak pasti apa yang aku rasa. Apa yang aku rasa? Terlalu banyak perasaan. Terlalu sukar untuk aku rungkaikan.

Setelah sekian lama, saat ini aku tertanya. Mana letaknya diri aku pada dia? Soalan yang tak mungkin pernah dan bisa aku tanyakan kepada dia kerana ternyata dia sudah pun punya seseorang yang jauh lebih layak dari aku. Atau lebih mudah, yang hubungan dan perasaannya sudah jelas. Hampir halal. Hampir. 



'Seseorang' itu menjadi garis pemisah antara aku dengan dia. Aku tak pasti jika 'seseorang' itu sedar akan kewujudan aku dalam hidup sang kekasih hatinya ini. Sang kekasih hatinya yang sudah menjadi salah satu rutin harian aku untuk sekian lama. Sang kekasihnya yang berkongsi kisah suka dukanya dengan aku.

Apa ini salah aku kerana memberi ruang kepada insan yang sudah dimiliki? Tak. Aku pasti yang aku tak pernah memberi ruang untuk dia dalam diri aku. Itu aku pasti. Atau ini salah dia yang tetap mencari aku sedangkan diri sudah ditakluki? Entah.

Pernah dia bertanya mengapa aku cukup baik dengan dia. Aku tak punya jawapan. Aku tanyakan dia soalan yang sama. Dia juga tak punya jawapan. Diam membisu. 

Cuma aku dan dia tak pernah pergi jauh lebih dari batas pemisah dimana terletaknya 'seseorang' disitu. Cuba bertanya dalam gurau, cuba meluahkan dalam ketawa. Aku selalu mengingatkan diri aku tentang mana letaknya diri aku dan mana letaknya dia. Tapi dia seringkali cuba membuatkan aku lupa dengan hakikat yang seringkali aku tancapkan dalam minda aku. Dia milik orang. Katanya dia belum halal untuk sesiapa, makanya aku tak perlu takut. Tapi dalam diam, masing-masing cuba bertahan untuk berdiri disebalik garis pemisah yang wujud. Jangan lebih. Dan itu sangat sukar. 

Aku cuba lari dari dia, dari situasi. Tapi jauh mana aku lari, dia tetap cari. Aku tak nak terus hanyut dengan hal yang aku pasti tak kan pergi jauh. Cukup sampai sini sakitnya. Sebelum rasa perit, sebelum rasa pedih.

Hingga saat ini, aku masih tak pasti apa perasaan ini. Saat aku sayu berbicara hari bahagianya. Saat aku sedar yang aku perlu melepaskan dirinya pergi dan dia juga perlu melepaskan aku. Katanya mana mungkin dia kahwin 2 dalam masa terdekat. Aku membalas yang aku tak rela dimadukan. Katanya lagi kalau aku dileletakkan di posisi yang bongsu mungkin tak menjadi masalah bagi aku. Haha. Ada sahaja yang nak diguraukan.

Aku tahu itu bukan salah dia, bukan jugak salah aku.

Yang nyata, aku jatuh sayang pada orang yang betul tapi pada masa yang salah. Itu benar.

Tuesday, October 2, 2012

Katakan Tidak pada Menjahit.

Hye readers,

Harini aku tak berapa nak ada kerja and sangatlah bosan. Due to this reason, aku pun decide untuk tulis entry. So, harini aku nak cerita pasal menjahit.

I bet salah sorang dari korang mesti expert gila menjahit kan? Jangan tanya aku lah pandai menjahit ke tak. Sah sah jawapan aku tak. Bukan lah tak pandai langsung. Reti lah jugak setakat nak jahit seluar koyak, jahit batch, jahit tudung, butang tercabut and etc. Okay lah kan. At least aku ada basic skills. Takde lah jadi masalah besar kang kalau aku dah kahwin husband mintak tolong jahit butang, aku reti lah jahit. Sejuk hati husband aku. Muahaha.

Kalau nak cakap pasal menjahit ni memang aku surrender lah. Menjahit ni memang bukan jiwa aku. Tak boleh nak ngam. Pernah try lah untuk mencintai dunia jahitan ni, tapi gagal. Tak bolehlah. Dulu masa lepas habis SPM pernah lah cerita dengan  member nak masuk kelas menjahit sama-sama. Dah promised ni. Siap boleh berangan nak jadi share partner bukak kedai jahit sama-sama. Yang ado. Kelas pun belum pergi berangan dah kemana-mana. Haha. At last dia sorang je yang pergi, aku tak. Mission failed.

Mama pun ada jugak offer dulu kalau nak masuk kelas menjahit dia nak support semua cost. Bunyi macam best je kan. Ye lah, fee untuk kelas ni pun boleh tahan mahal jugak. At first macam excited nak attend sewing class sebab ada member and free pulak tu. Tapi tak menjadi jugak. Hangat hangat tahi ayam je. Again, Mission failed.

Dulu masa aku sekolah menengah, aku aliran ERT untuk subjek KH. Every year aku kena buat satu product yang dah ditetapkan macam skirt dengan hand towel. Sepatutnya every student kena jahit sendiri sebab hasil tu nanti akan dinilai untuk pemarkahan. Kesahnya kain semua tu dibenarkan bawak balik. Aku dah senyum time tu. Tau apa aku buat? Aku hantar kain yang sekolah bagi tu dekat jiran aku suruh jahit. Haha. Hasil dia jangan cakap lah. Sah-sah cantik. Hand towel pun gitu jugak. Tempah je. Tak kuasa aku nak buat. Astaghfirullah.

Itu belum cerita pasal nak attend sewing class dengan akak aku. Dia pun dua kali lima jugak dengan aku. Aku ada 3 adik beradik perempuan include aku. Aku dengan kakak aku dah hanyut tak suka menjahit. Tinggallah adik perempuan aku tu yang menjadi harapan mak aku. Haha. Sian mama.

Actually menjahit ni memang boleh buat duit. Tapi tulah, kalau dah tak minat banyak macam mana pun memang tak jadilah kan cerita dia. Mohon adik aku tu belajar menjahit. Senang sikit aku nak hantar apa-apa. Guna harga adik-beradik. Hehe.

Saturday, September 29, 2012

Thinking of You (Drive Myself Crazy)



Lying in your arms
So close together
Didn't know just what I had
Now I toss and turn
Cause I'm without you
How I'm missing you so bad
Where was my head?
Where was my heart?
Now I cry alone in the dark

I lie awake

I drive myself crazy
Drive myself crazy
Thinking of you...
Made a mistake
When I let you go baby
I drive myself crazy
Wanting you the way that I do
Wanting you the way that I do

I was such a fool

I couldn't see it
Just how good you were to me

You confessed your love

Undying devotion
I confessed my need to be free...
And now I'm left
With all this pain
I've only got myself to blame...

Why...didn't I know it

How much I loved you baby?
Why couldn't I show it
If I had only told you
When I had the chance
Oh I had the chance...

Wanting you the way that I do...

P/S : Gave by someone who being missing in action.

Monday, August 13, 2012

Wordless Monday.



Met you is a mistake. It's not your fault nor me. Should I blame the fate? Not. I wish I never met you before. We should stop here before it reaches to the next level. But can we?

I'm away.

Thursday, May 10, 2012

Video : Awesomeness


Suatu Masa - Hazama ft Azlan


I'm truly touched when watching this video. Dulu aku tak suka lagu ini rasa macam klasik sangat. But, bila dengar Hazama dengan Azlan nyanyi persepsi aku berubah. Diorang unique. Their voice complement each other. Takde siapa yang overshadow the other one. They sing this song with their own way. Just nice and perfect. I dont know how many times aku replay video ni but still tak bosan. I was addicted with this! Kudos to Lan and Hazama :))