Tuesday, August 9, 2011

Kerja ikut minat or kerja ikut keadaan semasa ?

Dalam umur 19 tahun ni, aku selalu baca pasal working based on your passion and working to earning big money. which one should I follow.

Aku pernah baca satu kisah dekat web yang ditulis sendiri oleh seseorang. Kisah dia macam ini. Perempuan ini dah ada career yang bagus dalam satu bidang ini which is she had a high salary, good post in company, etc. But itu bukan yang dia minat. So, one moment she decided to quit from the company and doing something that she interested in. She starts from bottom and slowly up. As she said, the current works she running might not earning as much as her previous works. But undeniable, she's sooo happy doing her current works because that's her passion and what her looking for all these while.

Based on cerita itu, aku terfikir, berani dia ambik risiko. Tapi, dalam keadaan masa sekarang ini, sesuai ke kerja ikut minat ? Sebab ada lagi satu kesah, macam ini.

Aku baca dekat web juagk. Perempuan ini minat dalam satu bidang ini. Tapi dia sendiri tak sure yang dia boleh pergi jauh dalam bidang yang dia minat tu. It may be sebab kemampuan dia yang terbatas dalam bidang itu. So, she decided to jadikan kerja lain yang bukan minat dia as her career. At the same time she earning a lot of money dari kerja itu.

So, what your view on this ?

Yesh, aku berada dalam satu situasi yang aku minat satu benda lain. Tapi untuk jadikan career, aku target benda lain. How come ? Macam ini, aku minat dua bidang at the same time. But I don't know why, I don't think I can go further in this two things. It may be aku tak confident dengan kemampuan aku dalam bidang ini or keadaan pasaran or persepsi aku sendiri yang tak berapa nak betul. Untuk jadikan career, aku target untuk kerja yang keadaan pasarannya luas, high salary and risiko agak rendah.
How about kerja itu bukan true passion aku which is biasa-biasa je. Tapi the best part is boleh earning money yang tinggi ?

Most people said kalau kita buat sesuatu yang kita minat, kita tidak akan mudah jemu dan kita akan sentiasa bersemangat. Kita akan sentiasa berasa gembira, dan kita tidak akan mudah bosan ataupun merasa tertekan dengan apa yang dilakukan

Yeap. betul itu

But again, somehow aku terfikir yang buat kerja yang aku tak minat tapi earning big money is worth instead of aku kerja yang aku minat, tapi tak boleh nak dapat pulangan lumayan (mata duitan betul aku ini ). Memang betul, kita tak mudah jemu, tak stress and etc. But come on, be realistic. Everything yang kita buat berkaitan dengan duit. Maybe kepuasan diri itu tak dapat nak capai macam kalau kita buat kerja yang kita minat. Tapi tak salah rasanya mencuba. Plus, tak semestinya selama-lamanya benda itu akan jadi tak minat. Kalau dah hari-hari buat kerja itu boleh jadi kita tertarik sampai jadi minat. Who knows

Tapi tak bermaksud yang aku akan buat yang aku memang tak suka. Nope. At least, sikit kena lah dengan jiwa aku ini. For example, macam jadi cikgu. Dulu memang aku tak minat apa yang related dengan cikgu. But day by day, tanpa aku sedar aku dah mula tertarik dengan career cikgu ini. May be sebab aku dapat wide exposure pasal bidang itu. So, career teacher or lecturer tu dah mula dipertimbangkan. Haha

Honestly, everything is still under considering. Whether nak committed dengan passion aku or doing something yang lebih worth for long term. Or buat dua-dua sekali. Okay, will think of it

P/S : Pergi tilik nasib nak buat apa untuk future.

Thursday, July 21, 2011

Diam-Diam Jatuh Hati

Diam-diam, aku jatuh hati padamu, Ku ingin kau tahu. ~Tilu
Hey pretty girls and handsome boy,

Yesh, this is what I will talking about. Dalam diam suka dekat seseorang. Korang ada experience tak pasal benda ini ? Tipuuuu. Mesti korang ada punya. Agak tak berapa nak normal lah kalau korang kata takde.

Well, aku sendiri pun pernah macam ini ( aku kan normal ). Dalam diam suka kat orang itu. Bukan senang tahu nak sorok benda ini. Pretend cool macam takde apa-apa. Dalam hati, Tuhan je yang tau. Ada sesetengah orang suka kat someone and dia akan share dengan orang yang dia rapat which is memang orang yang dia admired tu tak tahu pasal perasaan dia, tapi ada orang tahu. Ada jugak yang memang seorang pun tak tahu dia suka kat orang itu. Baik punya dia simpan kan. Cakap lah apa pun, cool je. Sorang pun tak tahu yang dia ada interested with someone. What ? Yes, I'm one of this kind of people :)

Kesahnya tak nak orang tahu sebab malu, especially the girls. Aku faham. kalau cerita bagai nak rak pun tapi kita tak dapat nak buat apa kan. Kalau dapat rezeki lah, Alhamdulillah. Aku tak berapa nak sure boys matter macam mana. How its going on. Tapi aku pernah dengar jugak yang some of guy refuses to share with the other pretty guy is because tak nak kena cantas atau dalam erti kata lain tak nak kawan dia potong line. HAHA. boleh pulak macam itu. Tapi realitinya memang ada. So, every single heartbeat simpan sorang je lah kan. Nice.


Kalau dah suka dari jauh ini memang payah sikit lah. Nak-nak yang menuntut atau bekerja yang satu tempat. Agak terganggu jugak fokus nak buat satu benda itu. Mata dok asyik nak curi-curi pandang je. Bila dah kantoi buat-buat pandang benda lain. Booooo! I catch ur eyes already honey. Bila dia tak perasan, pandang lagi. Tapi kalau tak satu tempat menuntut which is tak sama class or tak sama office pun susah jugak. Kena cari masa sesuai untuk usha minah or mamat itu. Kalau sekolah, asyik nak lalu depan class orang yang suka itu, assembly ke or tunggu any event yang dapat gabungkan semua orang. For sure dia terlibat. Masa terbaik untuk tengok dia lah kan. Taktik taktik.

Nak simpan perasaan itu dalam satu jangka masa yang panjang memang sukar. Kalau rahsia kau tak pecah pun, maybe kau sendiri akan rasa bosan dengan rasa yang tak pernah habis. Mula-mula memang fun, tapi kalau dah lama itu memang tak lah kan. Tak pun kau akan kantoi dengan siapa-siapa yang sebenarnya kau pun diperhatikan tanpa kau sedar. Jeng jeng jeng! Again, aku salah seorang daripadanya. Aku pun tak tau macam mana masa itu aku boleh tak sedar yang kawan aku yang sorang ini pun sibuk keep watching aku. Dia tahu aku suka kat that boy by the way I staring at him, how I talk to him, the way I joke, the way I told my friend about him, everything. She knew my feeling towards that boy without I confess anything to her :)

Benda ini pun tak semestinya jadi dekat orang yang tak saling kenal. I mean lelaki or perempuan itu takut nak tegur, tengok dari jauh, tak pernah cakap, etc. Nope. Boleh jadi jugak sesama kawan which is selalu cakap dengan orang itu, joke, and even kawan rapat. Kau beriya ingat ingat dia macam kawan. Tak hal dalam hati dia suka kau. Ye tak? Serius, memang ada.

Takde benda yang nak dipelikkan dalam hal ini which is jatuh hati pertama kali dengan someone or jatuh hati sekali lagi with same person. HAHA.

So, check it out if someone has fall for you *wink
"To be able to say how much you love is to love but little." - Petrarch
P/S : Me? Now? What do u mean ? Oh, did I interested with someone ? My secret, not yours :PP

Friday, July 8, 2011

Your Choice : Career Mothers or Housewives



Hye peeps :)

Okay, entry kali ini aku nak story pasal apa yang aku debate kan dengan classmate aku tadi masa MUET class. Statement dia lebih kurang macam ni :
Women should be in the kitchen
Bila debat mula, tajuk dah mula lari sikit. Teacher tarik balik kembali ke pangkal jalan mana yang dah sesat itu.HAHA. Aku berada di pihak pembangkang which is aku tak setuju dengan statement itu. Aku perlu defend point aku yang contra dengan ayat atas itu which is :
Women should not be in the kitchen
So, let's see.

'Tugas bekerja dan cari nafkah keluarga itu atas bahu suami atau bapa. So, buat apa wanita kena kerja ? '
Walaupun emak aku seorang suri rumah, aku tetap menyokong yang ibu dan wanita masa kini tempatnya bukan sekadar di dapur atau dalam erti kata lain menjadi seorang suri rumah sepenuh masa. Nope. Wanita atau ibu sekarang perlu bekerja, sesuai dengan keadaan masa kini yang menuntut untuk seorang wanita PERLU bekerja. dah tak sesuai untuk gunakan terms 'boleh' bekerja sebab keadaan masa kini terlalu mendesak setiap keluarga untuk husband-wife bekerja. This is because living-cost yang terlalu tinggi. Tak cukup kalau husband seorang je yang kena earning money for the family. Maybe betul, tanggungjawab untuk mencari nafkah itu atas bahu suami atau bapa. Tapi apa guna marriage kalau tak boleh nak help each other. Partnership responsibility. Logik kalau suami itu gaji besar, anak sikit ke ramai ke, maybe it's not a big deal for them to manage their family account. How about big family with 4 children and the husband just earn around RM1500 per month while monthly expenses was higher than what they have. Sangat-sangat tidak rasional wanita yang ada kemahiran dan kemampuan duduk rumah kalau family dalam keadaan macam ini.

'Kalau wanita atau ibu bekerja, anak-anak akan kurang kasih sayang dan anak-anak ini berkemungkinan besar terlibat dalam masalah sosial '
Mungkin betul kalau wanita itu bekerja dalam situasi kerja yang ada shift atau masa kerja itu agak panjang. Tapi tak bermaksud anak akan lack of attention and diorang akan terlibat dalam social problem. Habis, berapa banyak pulak budak-budak yang terlibat dengan social problem itu sedangkan emak diorang housewife. Nak kata kurang perhatian, emak duduk rumah je pun. Sometimes, anak-anak boleh jadi lagi liar sebab katanya emak duduk rumah je. Dah kelentong emak awal-awal. cakap pergi tempat lain, pergi tempat lain. Anak-anak career women ni pulak elok je takde masalah.

'At least kalau wanita dan ibu itu duduk rumah, dia boleh supervise anak dia and bagi perhatian dan kasih sayang supaya anak tidak rasa tersisih. Terjaga lah sikit anak itu. '
For me, being a career woman doesn't mean you can't supervise ur children and can't give a proper attention to them. Tidak sama sekali. Ada jugak yang wanita itu housewife, tapi anak still terbiar. Kalau wanita itu bekerja sekalipun, she still can manage and supervise their children with variety of ways. For example, prestasi atau attitude anak dekat sekolah. Dia still boleh call pihak sekolah dan tanya pasal anak dia. Kalau nak kata career women tak boleh supervise their children personal attitude which is dengan siapa dia kawan, apa dia buat dekat rumah, dia pergi mana, etc. Come on, housewife pun ada yang tak tahu tau hal anak-anak dia yang macam itu. That's the fact.

'Ye lah, lagipun kalau wanita atau ibu itu duduk rumah,dia boleh spend time lagi banyak dengan anak-anak '.
Quality is more important than quantity. Kalau duduk rumah bersama, tapi tak ada benda yang dibuat bersama yang boleh rasa masa itu berkualiti pun tak guna jugak. Contohnya anak dengan emak ada dekat rumah, emak tegok tv dekat tingkat bawah, anak main game dekat tingkat atas. Or emak ada dekat rumah, anak pergi rumah kawan. How ? Plus kalau anak itu dah bersekolah. Pagi pergi sekolah kebangsaan, petang pergi sekolah agama (orang Islam). tak pun, balik sekolah ada tuisyen lah, kelas muzik lah, football game lah, etc. Dekat mananye yang spend time together. Sama je lah macam itu dengan wanita pergi kerja. Nanti emak habis kerja, anak habis aktiviti, jumpa jugak dekat rumah.

The options are there, and every day, technology has given women more and more choices whether being a totally housewife or career women. Women can still work as long as they know the limits and boundaries in accordance with the responsibilities and title as a woman and mother. Good mother and successfull women should know how to manage ur career and ur family.

P/S : Will be a career women and good mother hopefully :)

Tuesday, June 21, 2011

Maksud Mimpi Punya Cerita

Hye Readers :)

Today, aku nak post entry pasal maksud mimpi. Korang mesti pernah mimpi kan. Dan korang jugak mesti pernah dengar orang sekeliling especially orang tua cakap pasal maksud mimpi tu. Aku cakap based on ebservation and experience sebagai orang Melayu. Ras lain aku tak berapa nak tau lah. Sorry.

Aku ini bukan jenis yang ambik port sangat pasal mimpi aku itu. Cuma kadang-kadang bila pelik sangat, aku akan tanya mak aku maksud mimpi aku itu. Then bila dah tau lupa macam itu je. Tapi bila benda dah jadi baru aku sedar ; ouh, ini lah kot pasal mimpi aku itu. Kalau nak kata aku tak percaya mimpi langsung, tak jugak sebab tak semua mimpi itu mainan tidur. Ada jugak yang memang ada sesuatu nak disampaikan dekat kita melalui mimpi. Dah terbukti orang dapat hidayah daripada mimpi, Rasulullah terima wahyu dari mimpi, orang nak wariskan belaan dari mimpi, etc. Cuma benda ini terpulang kepaa individu itu sendiri sama ada nak percaya atau tidak. Macam aku sendiri, kalau aku tanya orang jawab or ada orang cakap pasal maksud mimpi, aku tak bagi respons apa-apa. Diam dan fikir apa yang dia cakap based on logik akal. Easy.

So, apa salahnya kalau kita share maksud mimpi kan. Ini yang common aku dengar.

Perempuan belum berpunya mimpi dipatuk ular : ada lelaki nak masuk meminang atau merisik.

Lelaki mimpi dipatuk ular : Ada seseorang dalam kalangan kenalan atau keluarga berniat buruk terhadap dia. dalam erti kata lain, tikam belakang lah.

Mimpi air atau banjir (yang berkaitan air) : Nak dapat rezeki.

Mimpi gunting rambut : Nak dapat susah

Mimpi barang kepunyaan sendiri hilang : Musibah

Mimpi orang lain atau diri sendiri berjalan tanpa baju atau menunjukkan kemaluan atau dalam keadaan aib sebegitu.: Nak dapat malu.

Mimpi orang yang dah meninggal datang menjemput seseorang yang masih hidup. : Ajal

Mimpi selipar sebelah hilang atau putus : Salah seorang kenalan atau keluarga nak meninggal.

Perempuan mengandung mimpi bunga atau buah-buahan : Anak dikandung adalah perempuan.

Perempuan mengandung mimpi ikan atau lain-lain haiwan. : Anak lelaki.

Mimpi mengandung : Rezeki

Mimpi daun kering atau daun segar jatuh ke arah anda : Rezeki

Banyak lagi sebenarnya. Tapi cukup lah kot. Maybe ada antara korang yang cakap aku mengarut. Macam aku cakap tadi lah, terpulang dekat diri masing-masing. Tapi sekadar have fun dengar benda macam ini apa salahya. HAHA. Selagi tak melanggar akidah dari segi perbuatan, niat dan kata-kata sudah lah. Tak semestinya dengar atau baca pasal hal-hal macam ini syirik kan. As long as diri kau masih di jalan-Nya, nothing to worries :)

P/S : kadang-kadang tergelak pun ada bila ingat balik mimpi-mimpi lepas. Kelakar :D

Tuesday, June 14, 2011

Mid-Term Result ?

Hye readers :)

Masa aku taip entry ni, aku baru balik dari sekolah, mandi, lepak-lepak.tiba-tiba rasa nak post something which is apa yang aku rasa sekarang.

Well, today aku dah dapat semua paper mid-term and MUET result. Alhamdulillah untuk result MUET. Aku tahu result aku tak sebagus korang, tapi at least aku achieved minimum target aku. So what ? But for mid-term result. it sucks okay! Honestly, aku quite disappointed dengan apa yang aku dapat itu. Yes, graph prestasi aku menurun. Hmmmm.

Tadi dalam kelas aku list down semua markah paper yang aku dapat. Tak campur dengan carry marks sebab aku nak tengok pure result aku. Again, mengecewakan. Tak mencapai target aku. Tak cukup puaskan hati aku sendiri pun. Disebabkan kekecewaan itu (HAHA) aku pun asyik duk terfikir je. Macam mana aku nak overcome problem ini. Jasad dekat kelas, minda tah kemana. Risau sebenarnya. ( risau risau, tapi perangai macam itu jugak. pffffft )

Aku tahu itu je yang aku layak selaras dengan usaha aku yang sebanyak itu. Memang, tapi itu lah. Salah aku jugak sebab tak buat betul-betul. Leka. Aku tahu tu. Bila dah jadi tengok result aku yang menyakitkan hati dan mata yang sedia sakit ni, macam nak melalak pun ada. HAHA. Terfikir aku kalau STPM aku nanti macam mana lah.

Macam yang tadi classmate aku cakap dia risau dengan studies which is cikgu dah bagi spot questions tapi bila sampai masa, result still macam itu jugak. Ada yang cakap dia pathethic. Lantak dengan yang siapa cakap, tapi aku faham apa yang dia rasa sebab aku pun pernah terfikir macam itu jugak. Try imagine kalau STPM, no spot questions. Apa jadi ? Yes, aku dah sedar dan fikir hal ini sangat-sangat lama cuma aku tak pernah suarakan before this. Bukan bila aku jatuh, tapi bila graf aku naik sekalipun. Ye lah, markah memang tinggi, tapi ada spot. kalau takde, gerenti rendah kan. Haissh.

Kalau nak cakap risau, siapa tak risau. Kalau nak cakap tak sakit hati tengok member markah tinggi, siapa tak sakit hati. Kalau nak cakap tak kecewa, siapa tak kecewa. Tapi nak buat macam mana, dah itu je mampu. Bukan. Bila fikir balik, boleh lebih, tapi sebab malas. main-main. Yes, I am. Plus, aku pun belajar tak serajin dulu masa aku nak PMR and SPM. sekarang kalau takde homework harapan aku nak bukak buku. tunggu ada baru bukak. Saja-saja nak revision memang bertuah. Harapan tinggal impian. Sekarang, baru padanlah dengan muka kau kan. EEE. sakit hati aku.

Masa nampak macam masih banyak. Tapi bila kira-kira, tak lama dah weii nak STPM -.-

To me : Wake up and do something for ur STPM please. Stop playing and be serious in ur studies.

P/S : Aku tak pernah rasa serisau ini masa nak SPM, padahal dulu lagi aku kuat main. Well,faktor umur barangkali. HAHA.