Friday, November 8, 2013

Si Ayah


Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku nak menulis. Mungkin sebab tadi ada terbaca satu status di fb dan secara tak sengaja hati aku tersentuh. Nah, 

"Anakku.
Memang ayah tak mengandungmu,
tapi darahnya mengalir didarahmu, namanya melekat dinamamu.
Memang ayah tak melahirkanmu,
tapi suaranya-lah yang pertama menghantarkanmu pada Tauhid ketika kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu,
tapi dari keringatnyalah setiap titisan yang menjadi air susumu.
Nak.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat,
tapi tahukah kau dalam doanya selalu ada namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar kerana dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika kau merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat Ibu, kerana kecintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Dia ingin kau berdikari, agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.
Jauh didalam hatinya dia hanya ingin mampu membanggakanmu di mata Rasulullah s.a.w, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.
Ibu hanya ingin kau tahu nak.
bahawa.
Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta Ibu.
"Jagalah selalu kecintaan dari ayahmu dan janganlah engkau memutuskannya, kerana yang demikian lalu Allah SWT akan memadamkan cahaya dari padamu" (HR. Bukhari)
Anakku.
Pada diri ayahmu juga terdapat syurga bagimu."



Tentang ayah. Aku pasti ramai antara kita yang rapat dengan mak daripada ayah. Apa-apa pun cari mak. Kenapa tah. Dan terus terang, aku sendiri pun macam tu. Walau aku orang gelar 'anak ayah', tapi dari persepsi aku, aku lebih rapat dengan mak. Lumrahnya seorang anak akan lebih menghala kepada ibunya. Ikatan kasih tu orang kata lebih kuat. Atau mungkin kerana aku perempuan, dan mak juga perempuan secara semulajadi komunikasi tu lebih mudah. Aku tak pasti. 

Aku ni anak yang degil. Selalu panas bila dengan ayah. Sampai kadang-kadang aku rasakan apa ayah cakap dekat aku semuanya salah. Dan dengan darah muda, aku suka buat kepala. Kalau aku tak melawan, aku diam dengan sakit hati dekat dada. 

Jangan mencaci aku. Jangan cuba nasihat aku. Bukan aku menidakkan silap aku. Cuma aku nak kita tilik diri sendiri. Apa sepanjang hidup kau menjadi seorang anak, tak pernah sekali pun kau rasa dan buat apa yang aku pernah lakukan?

Sampai satu saat, bila aku semakin menginjak dewasa. Sudah tahu mencari rezeki. Mula sedar bagaimana susahnya seorang ayah membesarkan aku. Tika ini, persepsi aku mula berubah. Sifat panas dan sinis aku terhadap ayah cuba aku hindar. Mula belajar untuk kawal. Bagi aku, tak semua benda nak kena lawan. Cukup dengan diam. Tak banyak, cuma diam. Dan diam. Itu cara yang aku cuba praktikkan. Aku cuba. Aku dan ayah dari dulu sehingga kini tak pernah putus komunikasi. Setiap hari aku bertegur sapa dan kadang bergurau dengan cara sendiri. Sebab bagi aku, jangan terlalu buat hal sendiri sampai abaikan si ayah, kelak kau menyesal tak sudah.

Haih.

Aku sendiri tak pasti kenapa orang dan aku sendiri selalu mengenang pengorbanan seorang ibu sehingga terkadang lupa besarnya jasa sang ayah. Terlalu mengagung kedudukan si ibu sehingga lupa wujudnya ayah yang perlu disanjung. Mengejar syurga dibawah telapak kaki ibu sampai terlepas pandang kunci syurga ada pada ayah. 

Bila si ibu berkecil hati, risaunya bak mendengar guruh di langit. Tiba sang ayah, khabar berkecil hati bagaikan tak pernah wujud dalam kamus. Mari aku tanya, apa kau pernah sedar saat bila dia berkecil hati? Atau kau tak pernah peduli? Sifat si ibu mudah meluah segala yang terbuku, tapi tidak si ayah yang lebih suka simpan dan pendam. Bila ditanya, jawapan nya mudah dan masih seperti dulu. Dan terkadang sifat seorang ayah itu membuatkan dia terus tua bersama rasa hati dalam diam. 

Kadang-kadang aku terfikir, apa agaknya yang ayah aku rasa, apa yang dia fikir. 

Ramai anak-anak mengambil mudah dalam urusan si ayah dengan tanggapan ayah itu lelaki. Lumrah lelaki itu kuat dan gagah. Pasti dia boleh menjaga diri dan menahan perasaan layaknya seorang lelaki. Atas alasan itu, kau biar ayah ditepi dan terus memanja si ibu. Tapi apa kau lupa wahai si anak, ayah itu masih seorang ayah. Yang tetap dan masih mahu belaian dari anak-anaknya. Cuma tinggi egonya membuatkan dia terus diam seolah tak kisah dengan semua. Sedangkan dalam hati, cuma Tuhan yang tahu. 

Keadaan melebihkan ibu dari ayah membuatkan aku sendiri tertanya pada diri sendiri. Apa selama ini aku cukup adil terhadap mak dan jugak ayah aku. Kalau si anak kerap kali mempersoalkan keadilan si bapa dan si ibu terhadap sejumlah anak, tapi kita si anak bagaimana? Cuma punya satu ibu dan satu ayah perlu dibahagi layanan dan sayang dan sepatutnya tidak pernah wujud masalah untuk itu. Tapi mari kita muhasabah, apa kau layan, apa kau kasih, apa kau sayang keduanya dengan seadil-adilnya? 

Aku tak kata aku sudah menjadi anak yang baik, atau acah-acah sempurna. Jangan fikir aku menulis ini atas dasar berlagak solehah. Ini sekadar meluah rasa. Entah, mungkin sebab dek puisi Fynn Jamal-Biar tu kot :)

Tuesday, July 23, 2013

What You Say Reflects Who You Are

Kau pernah jumpa orang yang terlalu negatif? Atau terlalu positif sampai boleh ke tahap naif?

Lepastu kau pernah tak analyze apa yang orang macam ni cakap? Atau apa yang membawa dia sampai cakap macam tu. Kalau tak pernah, meh sini kita rungkai menda alah ni sesama.

Dalam beribu orang yang kau jumpa, dia hanya akan divide kepada tiga golongan which is purely negatif, totally positive or in the middle of between negative and positive. And the best part is apa yang diorang cakap biasanya based on experience diorang. Aku tak sure kalau kau pernah dengar quotes,


What you say reflects who you are.

US researchers suggest that a person's comments about others reflect more about themselves than about those they are speaking of. Well, I'm deadly agree with this. Agak-agak kenapa diorang macamtu?

Bagi aku, sebab diorang pernah buat atau terfikir nak buat sesuatu benda tu, so dia akan fikir orang lain pun sama macam diorang. Kau tak rasa macam tu ke?



What the hell? Kau tak boleh lah nak sama kan semua orang dekat keliling kau sama macam kau kan. 

Orang yang in between negative and positive ni lain sikit dari yang totally negative. Fikiran diorang senonoh sikit. Tak macam negative yang senang nak jatuh tuduh dekat orang. Golongan in between ni biasanya akan tengok in detail dulu baru assume. Dan pandangan dia terhadap sesuatu tu boleh ubah. Tak macam yang memang negative. Kau cakap lah macam mana pun dia still akan kata kau tu buat macam apa yang dia fikir. 

Dasar gila. 

Kalau yang positive tu tak payah cerita banyak. Ada yang sampai tahap naif. Tak tahu apa-apa. Kalau orang cakap, paling-paling end up dengan ayat 'wallahualam'. 

Tapi bukan dua golongan tu yang aku nak sentuh. Aku lagi tertarik dengan golongan yang totally negative ni. Sebab diorang ni lah yang buat aku terfikir kenapa diorang boleh cakap macamtu. Apa yang membuatkan diorang ada fikiran macam tu. Aku bagi contoh dari experience aku observed orang.

Kau tengok sorang ni ada kesan macam lebam atau merah dekat leher. Ada sorang ni, once dia nampak kesan tu terus dia cakap itu lovebite. Walaupun dia tak tengok secara dekat. Yang sorang lagi dia duk terfikir, menda alah tu apa dan kenapa jadi macam tu. Kau tak terfikir ke tanda tu sebab kulit dia sensitif, kena something sampai itchy. Tak kan? Kenapa? Sebab kau pun selalu buat lovebite lah kot cerita dia. Tu kau fikir semua orang pun kerja main gigit je macam kau.

Tak cukup tu, ada lagi.


'Tu asyik balik lambat je memalam. Tah pergi kemana lah tu. Tah ke club ke tak pun check-in memana hotel. Mana kita tahu kan'

Wait, are you serious? Wo wo. Kau pernah tak terfikir yang dia pergi futsal ke, badminton ke, lepak mamak. Yes, what's wrong kalau lepak mamak pun. Okay kot. Pehal tah. Oh, maybe kau pun kalau balik lambat tu sebab buat tak senonoh lah agaknya. Kalau takde benda tak senonoh kau nak buat, kau duduk diam kat rumah. Get a life. 

Ada lagi.


'Aku kerap nampak anak orang tu duduk dengan jantan tepi tembok tu. Kemain rapatnya. Apa lagi yang lelaki dengan perempuan nak buat kalau dah berdua macam tu. Mak bapak dia pun tak kisah ke apa'

Well, kau terlalu obses kot dengan benda macam tu sebab tu kau cuma fikir, lelaki dengan perempuan kalau duduk berdua je confirm dia make out. Kau macam tu eh? Mungkin lah kot kau masa muda macam tu. Pesen ada peluang, jalan. Kalau kau pemurah, kau jangan ingat orang lain pun pemurah dan kaki belanja macam kau. 

Aku bagi kau nampak lagi.


'Kau pergi karok tu kau ada amik wine?'. 

Jap, aku tak faham kenapa kau nak fikir sampai wine. Kot ye pun tak pernah pergi karok, jangan ditunjuk sangat bebal tu. Kesian aku tengok kau ni. Masuk pun idak terus shoot orang yang masuk tu amik menda alah tu. Agak-agak kalau aku amik cawan wine tu pergi tapak kat dahi kau okay kot. 

Chill, banyak lagi contoh aku nak bagi. Lari sikit dari topik tu.


'Ala, kau ni mesti je sama macam anak aku'. 

Anak kau yang perangai tak serupa orang sampai kau pun macam kurang kasih sayang anak, lepastu nak tuduh anak orang lain macam anak kau. Elok sikit cakap. Kau pergi sekolah kan anak kau dulu baru boleh cerita dengan aku pasal tanggungjawab anak.

Untuk semua contoh negative tu dan yang aku tak sebut kat sini, aku nak cakap satu je. Fuck you!




Aku kekadang tak faham dengan orang macam ni. Kenapa nak negative sangat. Well yes, aku tak nafi memang kita kena fikir buruknya dulu untuk elak benda yang lebih buruk jadi kat kau. But it doesn't mean yang kau boleh simply judge orang macam tu. Kalau ada level bawah daripada bodoh, ha kau duduk situ.

Celaka. Emo pulak aku. 

*Tarik nafas. Betulkan rambut*

Benda senang, kalau dia tak pernah buat atau terfikir nak buat, dia tak kan anggap orang lain macam tu. Sama ada dia positive atau negative, itu memang influence apa yang dia fikir, apa yang dia cakap, apa yang dia buat. Benda pertama yang dia fikir tu adalah benda yang paling pure dari diri dia. Kau boleh nampak kot, punya banyak option jawapan lain, kenapa dia still nak fikir macam tu. Memang lah kekadang orang positive tak selalu positive. Mesti ada terkucil sikit fikir tak elok. Cuma macam apa yang aku cakap tadi, tengok benda pertama yang dia cakap. Itu apa yang dia fikir sebenarnya. Tapi cuba kau cakap ke dia yang dia cakap macam tu sebab dia pun macam apa yang dia cakap. Kau tengok dia punya emo cemana. 

Honestly, most of the people yang aku jumpa, apa yang dia cakap about others sebenarnya dia yang macam tu. Either dia masih macam tu, atau dia pernah macam apa yang dia cakap.

Kalau kau nak cakap,


'Tak kot. Tak kan dia macam tu. Dia memang pesen suka cakap lepas'.

Oh yeah? Are sure my honey? Orang ni hidup banyak rahsia. Sisi lain dia yang ada sesetengah orang je boleh tengok. Kau jangan ingat orang yang nampak baik tu memang baik. Dan yang nampak jahat tu memang jahat. Yang nampak baik dan memang baik, sebaliknya tu tolak tepi. Aku tak nak cakap pasal diorang.

Macam orang tua selalu cakap, 



'Aku dulu pun pernah muda. Aku tahu lah'

Kau pernah terfikir tak apa yang ada disebalik 'aku tahu lah' tu?

Fikir sendiri.

Tuesday, March 12, 2013

Diari #1



Bilamana hati kau tengah mula nak berbunga, apa yang lalu depan mata semua nampak cantik. Benda takde kena mengena dengan kau pun kau boleh senyum simpul. Orang cari pasal pun kau boleh ketawa. Indah je dunia.

Orang kata kalau hati tengah bahagia, kita boleh nampak dari air muka. Senyum sengsorang entah kenapa. Tengok cara senyum pun dah boleh agak apa sebabnya. Tak perlu tanya. Dan  kalau kau tengok muka aku sekarang ni, kau rasa aku tengah bahagia ke berduka? 


Cinta dan sayang mula dari rasa suka. Dan kalau aku semai rasa suka ni sampai jadi cinta, boleh ke? Mungkin terlalu awal untuk aku bercerita sesuatu yang tak pasti mana letak duduknya perkara. Cuma aku tak berharap apa-apa sebab aku tak tahu apa yang menanti aku kat depan sana. Pengalaman dah ajar aku segalanya. 

Tuhan, mohon pinjamkanlah rasa bahagia kurniaan Kau untuk aku selamanya. 

Friday, February 22, 2013

Curang, salah siapa?




Yo, wassap gegirl dan jejans yang terfaktab sekalian. Maaf, tak sopan eh? Okay, lagi sekali. Salam dan hai!

Engkorang apa bikin? Semoga sihat belaka dan berbahagia lah hendaknya. Dah berapa hari ni, benda ni asyik duk main je dalam kepala aku yang mak aku kata keras macam ayah aku. Mak aku cakap macam tu, mungkin dia lupa yang kepala dia jugak keras. Takpe, aku maafkan.

Aku malas nak cerita banyak, cerita dia macam ni,

Kalau dalam satu situasi hubungan yang konon teman tapi mesra, salah seorang sudah berpunya dan seorang lagi belum. Lepastu kau nak salahkan siapa? Yang dah berpunya tu sebab gatal dengan orang lain ke atau yang belum berpunya tu sebab jahat kacau hubungan orang?

Ah, aku memang lemah betul kalau bab nak bagi gambaran dekat orang. Mohon engkorang faham apa yang aku cuba sampaikan tu.

Berbalik kepada soalan aku tadi, aku ulang, kau nak salahkan pihak yang dah berpunya lepastu cakap dia gatal ke atau pihak yang satu lagi sebab kacau hubungan orang?

Nampak rumit, tapi tak pun sebenarnya.

Bagi aku dua dua pihak salah. Jujur cakap, aku pernah berada dalam kedua-dua pihak. Pihak yang engkorang kata dah berpunya tapi menggatal dengan orang lain dan pihak yang takde siapa punya lepastu kacau hubungan orang. Tapi bukan tu je, aku jugak pernah berada dekat situasi yang pasangan aku pergi menggatal dengan orang lain. Mesti engkorang cakap padan lah dengan muka aku. Hukum karma katanya. Takpe, aku redho kata engko.

Tapi, jangan terkejut kalau aku kata aku tak salahkan ex aku tu, dan aku pun tak salahkan perempuan tu. Pergh, baik gila gua. Bukan lah tak marah langsung. Kang kata tak logik pulak. Aku pun ada perasaan. Cumanya takde lah nak sampai nak dendam bagai. Sebab aku ada pendapat aku sendiri yang mungkin korang tak setuju lalu carutkan aku atau mungkin jugak setuju dan rasa nak peluk aku. Ah, pergi meninggal lah, nama pun pendapat aku.

Cerita dia senang, kalau yang dah berpunya tu bebetul sayang ke pasangan dia tu, dia tak kan menggatal dengan orang lain atau secara mudahnya curang. Dan pihak yang korang kata mengacau hubungan orang , aku bet dia pun tak nak kot jatuh cinta dengan orang yang berpunya. Sebab sah sah benda akan jadi rumit.

Betul tak aku cakap? Tak betul pun peduli hape aku.


Kalau nak cakap pasal definisi curang tu, ia terlalu subjektif. Lain orang lain pandangan. Bagi aku, curang tu tak semestinya kau pergi official declare dengan mana-mana minah atau lelaki lain. Once kau dah flirt flirt tu pun dah dikira curang jugak. Macam dalam tv lah aku pernah tengok, orang tu kata kalau kau dah kahwin, lepastu kau bayangkan orang lain dalam minda kau selain husband or wife kau yang sah, itu jugak dah dikira curang. Oh tidak, senangnya nak curang. Hari-hari engkorang curang kalau macam tu. 

Kalau kau orang tu bebetul sayang ke pasangan dia, dia tahu mana letak duduk nya diri dia. Dia tahu mana batas dia nak kawan dengan orang lain. Tak payah orang lain nak ingatkan. Benda tu terletak dekat diri kau sebenarnya. Pucuk pangkal hati kau. Ini kalau orang lain duk tapak kat dahi kau pun kalau kau tak reti nak kawal diri kau pun tak guna jugak. Kalau orang tak datang goda dia pun, silap haribulan dia yang pergi goda orang. Hah, parah.

Sama jugak macam pihak yang engkorang kata mengacau hubungan orang, tak respect hubungan orang tu. Dia pun patut tahu macam mana cara nak berkawan dengan orang yang dah berpunya. Bukan main bedal je. Ingat sikit. Kesian lah dengan kaum sejenis kau. Cuba tengok kalau kena kat batang hidung sendiri. Kang berdarah tak berhenti hidung kau. 

Tapi itulah, orang kata kalau bertepuk sebelah tangan tak kan berbunyi kecuali kau lempang muka orang pakai sebelah tangan memang berbunyi. Dah, aku takde masa nak bergurau hambar gitu. Kalau sebelah pihak je yang gatal, sebelah pihak lagi tak melayan, tak jadi jugak. Kau jangan lah nak maki hamun pihak yang konon tak hormat hubungan kau kalau pasangan kau sendiri tak hormat hubungan engkorang. Macam mana? Ada baik kau tarbiah pasangan kau tu dulu sebelum sembur orang lain. Tapi kau boleh carutkan orang yang menggatal dengan pasangan kau kalau pasangan kau memang sumpah setia dan tak layan langsung pihak lagi satu. Herh, ajar sikit. Cuma selesaikan dengan cara yang matang. Ingat, itu berkaitan maruah kau.

Perasaan sayang ni memang tak boleh nak diduga. Dekat siapa, waktu bila dan dalam keadaan apa sayang tu nak datang kita tak tahu. Kita pun tak boleh nak paksa sayang tu datang untuk orang yang kita memang tak boleh nak sayang atau rasa sayang tu dah hilang untuk orang yang pernah kita sayang. Sama jugak, kita tak boleh nak padam rasa sayang tu semudah lap air mata masa kau nangis sebab orang yang kau sayang. 

Bila sampai dekat penghujung jalan, kau cuma ada dua pilihan. Sama ada kau lawan untuk cinta kau, atau lepaskan dia pergi. Dan bersyukurlah kerana kau masih punya pilihan.

Wednesday, February 20, 2013

Hangpa terasa ka?


Pernah tak kau update tweet atau status dekat fb ke, whatsapp status ke, bbm status ke yang berbaur perlian untuk seseorang ?

Jangan tipu, mesti pernah.

Jap, ayat perlian atau sarkastik ni sangat banyak ye jenis dan bentuknya. Boleh arwah kalau nak senaraikan satu satu. Aku bet kau mesti tahu punya macam mana gaya ayat makan dalam cenggini. Makanya, tak payah lah aku nak terangkan kat kau.

Okay, berbalik ke cerita asal.

Lepastu kau bayangkan pulak tweet dan status kau tu mengena dekat sasaran sampai dia direct cakap dekat kau yang dia terasa dengan tweet atau status kau tu time time tu jugak.

BINGO!

Hahahaha. Aku suka. Gila tak suka? Perasaan suka tu macam kau menang pertandingan lepastu kau duk berdiri kat podium tu sambil julang piala. Pergh!

Jangan suka sangat sebab aku nak Tanya lagi, apa reaksi kau pulak bila orang yang kau perli tu cakap kat kau yang dia terasa?

Errr. Damn.

Untuk sesetengah kes aku akan berterus terang yang status tu memang aku tujukan untuk dia. Tapi tu mungkin sabar aku dah tahap lahar gunung berapi yang dah tak boleh nak tahan. Dia cakap straight kat muka aku, aku tapak balik dekat dahi dia.

Tapi kebanyakannya aku memilih untuk jadi hipokrit. Ah, benci betul. Hatta, bermula lah drama tolak menolak, tarik menarik.

Mana ada. Status tu bukan untuk you. I tak cakap apa-apa pun. Yang you nak terasa ni kenapa?

Eh, jap. Aku ada cakap ke status tu untuk kau ke? Memandai je. Untuk orang lain lah. KOT.

Kalau perumpaan, kita boleh cakap dia macam ‘baling batu sembunyi tangan’. Kau dah buat tapi tak mengaku. Kau tuju status tu ke dia tapi bila ditanya, kau cakap bukan.

Kau rasa itu pengecut ke namanya? Terpulang. Kau mesti cakap,

ek eleh, dasar pengecut. Up status berani lah. Cakap depan depan tengok Gigil ke tak kepala lutut kau tu



Kekadang kau up status perli tu bukan nak cari gaduh pun dengan orang yang kau perli tu. Sebab kalau betul nak gaduh, baik datang kat muka terus sembur je ye dak. Tak cukup mulut, tangan kaki semua naik.

Up status perli sindir bagai ni macam mana eh nak cakap. Kalau senang cakap cukup dia terasa atau sakit hati dengan tweet atau status tu dah lah. Puas hati orang kata.

Bagi aku sendiri dia macam perang dalam senyap. Kau tulis cenggini dia tulis cenggitu. Situasi tu akan berangkai sampai dedua dah penat. Orang keliling duk perhati je perangai engkorang sambil makan cikedis. Drama free woi! Tapi gaduh yang pesen sindir ni sebenarnya lagi parah dia punya makan dalam dari kau datang pergi lempang muka orang tu. Serius! Kau nak marah tapi macam tak lepas. Tersangkut je kau punya sakit hati tu kat dalam. Sebab kalau melulu marah ke dia, nampak sangat kau terasa lebih. Orang kata siapa makan cili dia terasa pedasnya ye dak. Kalau itu bukan kau, kenapa kau nak terasa? Ayat mati. Lepastu status tu senjata serampang banyak mata. Kau nak attack sorang, sekali yang terasanya kemain ramai. BONUS!

*senyum puas*

Lagi best bila orang yang sebenarnya kau attack tu pergi tanya dekat kau status itu untuk siapa atau dia boleh bantai borak dengan kau dekat comment fb misalnya sampai berjela pasal status yang kau up tu.

*Hantuk kepala ke dinding*

Rasa macam nak cakap,

Weyh, status tu untuk kau lah gila. Kau tak terasa ke doh?

Kahkahkah. Stress bak hang. Ini baru betul suci dalam debu. Sikit pun tak terasa.

Tapi benda macam ni jangan dibuat selalu. Boleh mendatangkan onar sesama sendiri. Sikit-sikit boleh lah. Kalau takde langsung pun tak seronok jugak. Suram je. Drama realiti macam ni seronok tau. Hiks.

Jadi, aku akhiri entry aku kali ni dengan ucapan selamat terasa dan selamat acah-acah tak terasa!