Entry kali ini maybe agak sensitif sebab ia menyentuh sedikit tentang isu kita tak sama tapi serupa dalam masyarakat. sama macam crayon kat ats tu. macam-macam bentuk dan warna. ada yang bentuknya lawa, warna tak cantik. ada yang warnanya kurang menarik tapi bentuknya menarik. maka secara dasarnya, mereka tetap crayon yang ada kelebihan dan kekurangan. Cukup banyak benda yang nak aku perkatakan tentang isu ni. Tapi aku cuba pendekkan ia sebaik mungkin.
Based on my own experience, adik perempuan aku yang berusia 15 tahun belajar di sekolah menengah agama. Agak bercanggah dengan sikap sesetengah pelajar agama lain yang kebiasaannya memakai tudung dan menutup aurat. adik aku lebih memilih untuk free hair.So, sikap keterbukaan dia untuk free hair ini yang menjadi masalah dalam masyarakat sekeliling. Fine. Aku tak kesah untuk orang menegur. Ada baiknya. Aku faham dan itu menjadi satu tuntutan sesama umat untuk kita menegur sesama kita. Tapi cara teguran tu biar bersopan. Tuhan pun ada berkata ;
tegurlah ia secara penuh berhikmah.Means, bukanlah dengan kata-kata yang tak enak didengar. Plus, senang cerita tengok diri sendiri dulu, baru cakap orang.
The issue is,my younger sister tak pakai tudung sedangkan dah tau hukum and my mom pun dah tahu hukum tapi tak suruh adik aku bertudung.
Okay.
My point is, adik aku dah tahu hukum. Mak aku pun dah tahu hukum. Habis, anak perempuan diorang yang tak pakai tudung tu tak tahu hukum ? sedangkan dah umur 20++. Dan korang as their mother pun tak tahu hukum jugak lah. macam tu ? Can i said yang korang ni Super Naive Human ? Come on lah. Grow up please.
Jangan cakap mentang-mentang anak korang tak belajar sekolah menengah agama, tak tahu hukum pakai tudung. dan tak menjadi masalah besar untuk anak-anak korang pakai tudung just because of dia tak sekolah menengah agama. Pffft! Nonsense. Cakap tu biar pakai otak, bukan pakai kepala lutut okay -.-"
Tengok orang lain pakai sexy je dah mula mengata setengah mati. Kenapa ? Sebab benda tu kan haram. Berdosa. Memang betul. Tapi aku lebih prefer reason tak suka orang pakai sexy sebab tak sedap mata memandang. Kan tak elok orang tengok macam tu. 'Harta' kita tu.
Ada parents yang suka menjeling nak mengata anak orang lain. Tapi dalam sedar atau tidak, sebenarnya anak-anak mereka pun macam tu. Maybe diorang tak tahu sebab ada segelintir remaja sekarang depan parents bukan main baik. Pijak semut pun tak mati. Belakang parents, Tuhan je yang tahu. Kenapa jadi macam tu ? It might be parents yang terlalu mengatur hidup anak-anak untuk menuruti segala kehendak mereka. Sedangkan diri diorang tak macam tu. Contohnya, depan parents seorang anak ni pakai tudung dan menutup aurat. boleh kata mengikut piawaian seorang muslim / muslimah. Hakikatnya bila diorang keluar, singgah mana-mana tanggal selagi ada kain kat badan. tinggal yang cukup-cukup kain je. itupun kalau cukup. Most probably diorang tak ready untuk bertudung, same goes with me. tapi bezanya diorang dipaksa untuk bertudung dan aku tak. Family aku lebih prefer kitorang yang perempuan untuk bertudung naturally. atas kehendak sendiri.
Ada jugak yang lepas sembahyang, keluar dari surau, jumpa orang yang tak sembahyang tegur dengan cara macam ni ;
oi, kau tak sembahyang ke ? pergilah sembahyang. aku dah siap sembahyang dah.terima kasih atas peringatan tu. tapi bila kita tengok balik, itu dah macam bukan peringatan. itu dah menjurus ke arah riak. kenapa ? sebab dia sebenarnya nak bagitahu orang yang dia dah sembahyang, sedangkan orang lain belum. bukan macam tu nak suruh orang pergi solat.
Ada satu contoh situasi yang aku boleh tunjukkan tentang point aku kali ni.
Golongan 1
Ada golongan yang amal ibadahnya cukup baik, hubungan dengan Tuhan cukup baik. Sehinggakan taknak berbaik dengan orang Islam yang tak beramal ibadah. Suka mengejek orang yang kurang sempurna amal ibadah. Menempelak orang disebabkan sifatnya yang tak cukup baik macam diorang. Bagi diorang, memakai serban tudung labuh, bercelak sunnah nabi, sembahyang lima waktu,etc dah membuktikan yang diorang umat yang baik disisi Tuhan.
Golongan 2
Ada golongan yang ibadahnya tak cukup sempurna. Hidup ala kebaratan baik dari segi pakaian atau perilaku dan cara hidup seharian. Tapi hubungan sesama manusia cukup baik. Hidup bahagia. Menderma, saling tolong-menolong, etc. tidak menempelak kekurangan orang lain, tidak mengejek orang lain sesuka hati, percakapan yang berlemah lembut, etc.
Secara kasarnya golongan 1 lebih baik dari golongan 2 sebab amal ibadah yang lebih sempurna. Hubungan ketuhanan yang lebih baik. Sedangkan golongan 2 itu hidup yang bergelumang dengan dosa. Tetapi hubungan sesama manusia mereka jauh lebih baik dari golongan 1. Hidup penuh kasih sayang. Tidak dibenci dan hasad dengki.tapi sebenarnya, pergi balik mereka tetap sama. Kenapa ?
Kalau sekalipun kita cukup amal ibadah tapi hubungan sesama manusia tak sempurna, apa gunanya. Tuhan tak cuma memandang hubunga kita manusia dengan dia, tetapi merangkumi segalanya. Dan kalau pula kita baik sesama manusia tetapi tak kembali ke dasar hidup kita sebagai umatnya yang diciptakan, hidup kita pun tak kemana. Jadi, sekali lagi aku katakan, pergi balik, itu tak sama tapi serupa.
Jangan kita mengadili orang kerana luarannya kerana ia tidak menggambarkan apa-apa pun. Sebab Tuhan sendiri pernah berkata :
Aku tak memandang apa yang diluar, tapi aku tahu apa yang ada didalam hatimu walau sebesar kuman sekalipun.Wallahuallam
*P/S : Aku tak sempurna, kau tak sempurna, diorang pun tak sempurna dan kita semua tak akan pernah sempurna :)
No comments:
Post a Comment