Saturday, May 15, 2010

TEWAS !

tewasnya skuad badminton piala thomas Malaysia semalam menamatkan harapan 27 juta rakyat Malaysia untuk meraih kembali kemenangan piala thomas. kekecewaan itu jelas terpapar di setiap raut wajah rakyat Malaysia.Walaubagaimanapun, tewasnya kita kali ini bukan bermakna tumpas selamanya. Ada yang mengatakan perlawanan Malaysia menentang China merupakan 'impossible mission'. adakah benar telahan itu? Tidak sama sekali.! Suatu ketika dahulu, skuad Malaysia pernah menumpaskan tembok china yang dianggap teguh benar. Malaysia juga pernah menjuarai piala thomas dan all england. Ye, tidak dinafikan China mempunyai barisan atlet cukup handal yang agak sukar ditewaskan. Namun, atlet Malaysia masih mampu menundukkan skuad China termasukla jaguh tembok china itu sendiri yang menjadi kemegahan rakyat China, Lin Dan. Terdapat mulut-mulut busuk yang mengatakan kehandalan Malaysia adalah sejarah lama yang tidak mungkin berulang. Kurang bijakkah mereka? pada pertandingan all england yang baru berlangsung baru-baru ini pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei terbukti mampu menjinakkan musuh nombor satunya iaitu Lin Dan.
Tidak dinafikan, kecewa pasti ada dalam diri setiap rakyat Malaysia. Sedarlah betapa atlet yang berjuang jauh lebih kecewa kerana mereka yang membawa mandat negara. Sebagai insan bijak, pandanglah kekalahan kita pada kali ini dari pelbagai sudut. Bukan dari sisi negatif sahaja. Lemparan kata-kata jahanam itu bukanlah satu tindakan yang baik. Tidak perlu terus menerus memperlekehkan atau membanding beza kemampuan skuad kita. Mereka sudah lakukan yang terbaik. Kita sebagai penyokong juga harus memberikan yang terbaik untuk mereka. Percaya mereka, pasti mereka boleh lakukan.!

No comments:

Post a Comment