Friday, September 19, 2014

Somehow.

Pernah tak sampai satu point kau diam dan terfikir, kenapa agaknya kau kena jumpa sesetengah orang dalam hidup kau? Dan apa agaknya jadi kalau kau tak pernah kenal dengan diorang?

Kadang bila sampai satu tika, kau reached limit diri yang memang dah sedia nipis, kau akan rasa 'kenapa lah aku kena jumpa manusia ni atas dunia'. Kau pun imagine yang mungkin hidup kau tak miserable macam ni. Less drama, less problem. Everything will run smoothly and nicely.

Salah. Kalau kau tak jumpa orang ni, kau akan jumpa orang lain. Masalah tetap akan datang bersilih ganti dalam bentuk yang berbeza. Sebab kadang bukan dia, tapi kita sendiri pun akan cetuskan masalah. So, apa beza? Jangan nak berangan kat syurga sangat ye dak.

Cuma mak aku selalu cakap, jangan pernah menyesal dengan apa yang jadi dalam hidup. Setiap orang yang kau kenal akan ada sesuatu yang Tuhan tu aturkan untuk kau. Sama ada baik atau buruk, itu pilihan kau untuk ciptakan penguhujung dia. Kalau baik, ada sesuatu yang dia tinggalkan. Kalau buruk, ada sesuatu yang dia ajarkan. Yang mana hujungnya masih akan jadi baik sebab kau belajar dari apa yang dia ajarkan hasil dari keburukan tu.

Ah, husnuzon sangat mak aku ni.

Benda yang sama jugak kawan yang serupa kakak aku pernah kata,

'Anggaplah jatuh bangun kau ni lumrah hidup. Inilah warna warni kehidupan. Sepanjang perjalanan kau untuk semakin dewasa, kau jugak akan belajar banyak benda. Belajar tu tak sekadar yang baik, buruk tu akan datang sama'

*Gigit bibir*

Kalau ditanya, sepanjang hidup aku, menyesal atas sesetengah yang jadi tu mungkin, tapi menyesal kenal dengan orang tu tak pernah. Entah. Kalau aku tak kenal sesetengah orang ni, aku mungkin tak nampak sisi dunia yang lain. Sebab dunia ni memang satu, tapi punya banyak dimensi. Aku hidup dalam bulatan yang ini, orang itu punya bulatan yang lain, dan orang yang sana jugak punya bulatan yang berbeza. Dan kalau aku tak kenal dengan orang yang bikin sesak kepala pun mungkin graf hidup aku akan mendatar. Takde turun naiknya. Aku pun tak tahu kemampuan aku sejauh mana.

Menariknya dunia yang punya banyak jalan untuk kau rentas satu demi satu. Dalam melayari hidup, tak selamanya kau akan kekal bergerak ke depan. Kadang kau terjatuh atau lebih teruk tersungkur, kadang kau berhenti dan berfikir untuk kembali pada awal dulu dimana kau berdiri, kadang kau seperti ingin terus mati. Tak mudah rupanya dunia ni.

Mak aku pesan lagi,

"Jangan bermusuh dengan orang. Dunia ni tak lama mana. Ruang pun tak besar mana. Umur pun tak panjang mana. Esok lusa entah berapa tahun dari sekarang, kau mungkin akan bertembung semula dengan manusia yang kau kata benci harini dekat mana-mana. Bawak-bawaklah berbaik sesame kita."

Tapi  ma, kadang orang yang nak jadikan kita musuh.

"Mungkin ada silap yang kita buat. Cuma kalau kita dah cuba berbaik dan dia masih keras membatu, biarkan. Mungkin dia akan bahagia mati bersama rasa benci. Kau pun teruskan je hidup dengan rasa dibenci tu. Tak mati kan?"

Mak aku ni entah nak ajak aku sembang nasihat ke, nak perli aku ke pun aku tak tahulah.

Saturday, May 3, 2014

#Confession

Bertenang. Dan terus bertenang. 

Bila bercakap itu orang kata akan cipta banyak masalah. Aku lupa, diam pun akan wujudkan masalah. Masalah yang entah datang dari kau, atau orang luar.


'Kau ni pesen orang tanya baru nak cakap. Itu pun kalau nak cakap lah. Kalau tak selagi tu kau diam, simpan. Aku perati je. Seronok makan hati?'

Kalau dah semua orang bercakap, siapa yang nak dengar. Makin lama, makin tak tahu macam mana nak bercakap bila selalu sangat jadi yang mendengar. Kemampuan bercakap dengan kata-kata secara tajam tu bukan dah tumpul, tapi dah lama tak diasah. Mulut dibiar sepi tanpa bicara. Entah apa yang merasuk. Yang menjadi mangsa adalah hati. Berbunyi dalam sunyi. Berdetak dalam sesak. Makin sebu hilang rasa. Menangis tak berbunyi. Yang sudahnya lebih memilih untuk diam dan mengalah. 

Mengalah. Kadang-kadang aku sendiri tak pasti apa definisi mengalah dalam hidup aku ni. Terutama dalam soal macam ni. Ada yang klasifikasi mengalah aku sebagai selfish. Ada yang kata mengalah aku sebab ego. Atau boleh jadi sebab takde effort. Nak teruk sikit membawa kepada bodoh.

Untuk semua pertuduhan, terima kasih. Tapi kau, kau, dan jugak kau. Salah.

Sedar tak mengalah ni bukan satu benda yang mudah? Dalam mengalah nak kena sabar. Dalam sabar nak kena tahan sakit. Dalam sakit nak kena kuat. Tapi dalam kuat kadang-kadang kau kalah. Tewas dengan mainan perasaan sendiri. Hendak bertahan tapi hati tak cukup tahan. Emosi tak cukup kuat. Setiap benda yang kau hadap kau akan cuma mampu senyum dan kata 'biarlah. Aku okay'.  

Tipu lagi. Mohon Tuhan ampunkan aku untuk kesilapan berturut aku yang satu ini. 


'Dari dulu kau asyik nak mengalah. Dari satu orang ke satu orang. Bila orang nak mengalah dengan kau pulak? Asyik kau bagi pinjam bahagia kau ke orang. Kau bila nak dapat bahagia kau?'

'Aku tak suka nak paksa orang benda benda macam ni'

'Ini bukan paksa. Fight for your right'

'Hak apa yang aku ada? Hak apa yang aku punya? Hak apa yang kau cuba cakap ni. Tell me.'

'Hak atas diri kau'

People will get what they deserve in life. Remember? Jadi Tuhan mungkin rasa aku belum layak untuk rasa bahagia. Simple. 

Orang ada sepuluh sebab untuk tuduh aku bila aku diam. Bayangkan kalau aku bersuara untuk apa yang aku mahu. Mungkin berpuluh lagi sebab sedang menunggu. Bukan aku tak sayang, bukan aku takde usaha. Biarlah  dia tenang fikir apa yang dia mahu, apa yang dia perlu. Kalau dia rasa dia lebih deserve perempuan yang akan fight untuk dia tanpa henti, perlukan dia setengah mati, aku rela undur diri.


'Macam mana dengan kau? Yang kau jugak tahu apa kau mahu. Sibuk nak satisfied orang, sendiri punya hati?'

Dalam keadaan sukar, aku sentiasa cuba untuk jadi orang yang mudah. Tolerate dengan semua benda selagi boleh untuk biar orang terus rasa mudah. Tak tersepit, tak rasa bersalah. Selagi boleh jugak aku taknak orang kesiankan aku. Benda yang sangat aku elakkan. 

I'll stay if someone want me to stay and I'll leave if they want me to leave. Macam mana aku mampu bertahan dalam diam, macam tu jugak aku mampu pergi dengan diam. Sakit tak sakit usah dikira. Macam aku selalu cakap dulu, aku bahagia kalau orang yang aku sayang bahagia walau bahagia dia bukan bersama aku. Sebab bahagia aku adalah dia sendiri.


'Sampai bila kau nak terus sacrifice kebahagiaan yang kau patut dapat macam ni? Berapa banyak kali lagi kau nak biar orang bersilih ganti lukakan kau?'

Maaf. Aku tak punya jawapan. 

Friday, February 28, 2014

Trust me, I'm lying.

Percaya. Jujur.

Berat sangat nak cakap isu percaya dengan jujur ni. Benda yang tak kan berkesudahan. 

Sebelum pergi lagi jauh, ini kata pujangga yang bagi aku secara tak langsung tunjukkan konsep asas pahitnya hakikat hidup ni yang tak ramai orang boleh terima tapi tak sedar yang diorang adalah salah sorang dari kebenaran manusia ni. 

It’a a basic truth of human condition that everybody lies. The only variable is about what.
 ~ Dr.House

Secara mudah dan secara terang nya, memang setiap manusia dalam dunia pernah tak berlaku jujur atau dalam erti kata lain, menipu. Cuma yang berbeza, apa yang kau tipu, siapa yang kau tipu, tujuan tipu dan selama mana kau nak menipu. There you go.

Dalam tujuh billion manusia, kalau kau boleh jumpa tak payah banyak, cukup sorang yang mengaku dia tak pernah menipu dan dia betul-betul tak pernah buat, jujur tahap dewa dewi, kau memang insan terpilih. Bukan orang tu je suci, dengan kau kau sekali aku kategorikan manusia terpilih. Kakakaka. Orang ni kekadang lupa apa itu tipu. Sebab, 




Kenapa tak boleh berlaku jujur kalau ada pilihan untuk menjadi yang benar? Tak jujur langsung pun akan bawak banyak masalah. Jujur sangat pun akan bagi banyak masalah. 

Aku tak nak question sejauh mana kejujuran orang dengan aku sebab bagi aku benda ni bukan sesuatu yang boleh dihurai dengan kata-kata. Sama jugak dengan percaya. Tak boleh nak dipupuk. Rasa percaya tu datang dengan sendiri. Macam berjanji, cakap tak buat tapi tetap buat pun sama jugak. 

Aku bukan orang yang jujur secara keseluruhan sebab tu aku pun tak expect orang untuk jujur sehabisnya dengan aku. Sama macam aku tak letak sepenuh kepercayaan dekat orang, buatkan aku tak kisah kalau orang tak percaya aku. Aku pun jenis kadang-kadang tak berpegang pada janji, buatkan aku tak berharap untuk orang pegang dia punya cakap dekat aku. Hidup ni kan berputar. What you give, you get back. Hukum alam ni yang selalu buat aku berpijak pada bumi yang nyata. Tahu mana letak duduknya diri aku. Nak cakap lebih pun, tengok diri sendiri dulu. 

Tapi aku ni masih manusia biasa yang kadang lupa diri. Yang tahu rasa marah dan upset bila orang buat benda yang aku pernah buat dekat orang. Buat aku tahu rasa apa yang orang rasa bila aku buat. Walau kekadang aku tak pasti aku patut rasa apa yang aku rasa. Cuma aku tak nak persoalkan orang punya jujur, orang punya trust, orang punya janji. Kalau orang nak question aku tu, dia punya hak. Macam aku ada hak untuk menipu, macam tu jugak orang ada hak untuk tak percaya dan persoalkan semua pasal aku. Aku anggap diorang lupa macam mana bumi ni berputar je lah. 

Dalam sesetengah keadaan, bila orang terlalu mempersoalkan kejujuran aku, meluahkan betapa kecewanya dengan aku, hukum aku dengan kata-kata, buat aku lagi mati dalam diam. Diam yang bukan takut, atau bukan diam sebab konsep biar orang buat aku asalkan aku tak buat orang. Tak, silap. Aku tak sebaik tu. Sorry. Ini diam sebab malas. Malas nak bertelagah benda yang tak kan pernah boleh nak dileraikan satu satu. Sebab macam mana kau tegakkan pendirian, liar is always a liar kan? They tell you to be yourself and then they judge you. So, let it be. 

Lies kill trust. Well said. Siapa nak percaya lagi lepas kena tipu ye dak. Because trusting again sometimes impossible. Terpulang dekat diri memasing. 

Kita pun selalu tipu diri sendiri, tak jujur dengan diri sendiri, lepastu kita nak expect orang tak tipu dan jujur dengan kita? 

Sunday, January 5, 2014

Peraturan Ciptaan Masyarakat



Pernah dengar kan pasal kita kena jaga tingkah laku sebab nak elakkan pandangan buruk orang keliling kat kita?

Tarik nafas.

Entah kali ke berapa aku nak ulang, aku tak pernah amik kisah dengan apa orang nak kata. Apa orang nak fikir. Apa orang nak pandang. Macam ayat biadap yang orang selalu guna tu, bukan diorang pun yang bagi kita makan.

Hidup bermasyarakat ni bagus. Amik tahu apa jadi dalam kawasan lingkungan. Tapi yang terlebih prihatin tu yang aku malas. Setiap langkah, setiap gerak geri jadi bahan bualan. Entah apa yang seronok sangat membawa cerita aku pun tak faham.

Jangan kawan dengan orang ni, dia tak betul, nanti orang fikir kita sama macam orang tu.
Jangan pakai macam ni, nanti tak elok orang pandang.
Jangan keluar balik lambat, nanti tak manis orang tengok.
Jangan asyik keluar, nanti orang mengata.
Jangan berlegar kat area sini, cari tempat lain, nanti orang nampak.
Jangan itu.
Jangan ini.
Jangan begitu.
Jangan begini.

Ah, so many rules!

Rules yang dicipta sebab nak jaga air muka.

Dalam sepuluh benda kebaikan yang kau buat, cuma sekali dia akan cerita kebaikan kau. Tapi sekali kau terkucil buat silap, bam! It takes forever to stop them from talking about you. Trust me. So, untuk mengelakkan pasal orang bercakap pasal kita ni, memang boleh mampus nak ikut rentak yang diorang cipta ni.

Orang memang suka judge dari apa yang dia nampak dengan mata kasar. Nampak anak orang duduk dalam kereta lama-lama, dikatanya buat projek meramaikan umat Nabi Muhammad dalam tu. Padahal orang tu buat apa pun tidak. Nampak anak orang keluar balik malam nak bawak ke subuh, dikatanya pergi cucuk langit. Padahal elok je orang tu pergi midnight movie ke, lepak minum dengan kengkawan ke. Nampak anak orang asyik keluar, ditanya pulak yang menjemput tu siapa memandangkan kereta yang datang tu bersilih ganti.

Syukur, mereka sangat prihatin tentang hukum masyarakat.

Tapi itulah,
Buat itu salah.
Buat ini salah.
Cuba bagitahu mana satu yang betul?

Aku bukan jenis yang amik port apa orang nak cakap. Sebabtu kalau kau nak cakap pasal nanti apa orang fikir, bla bla bla ni, bukan aku orangnya. Siang siang aku mintak maaf. Aku tak hidup atas dunia ni untuk ikut apa orang nak cakap pasal aku. Sebab aku tahu, sampai kiamat pun belum tentu diorang berhenti bercakap. Dia cuma akan berhenti kalau yang tukang mengata tu yang mati. Kalau aku yang mati dulu pun cerita tu still akan bergerak mengikut arus zaman. So, takkan aku nak doa orang tu mati ye dak. Biarkan lah dia. Hekhek.

Aku sangat tak kuasa nak ambik tahu apa orang tu cakap, sebab nanti macam stress sangat je. Confused jugak aku bila asyik nak ikut rules pandangan-fikir-cakap orang ni. Hidup aku ke hidup dia ni? Ini hidup aku, so biar aku yang create rules. Bukan orang. Once aku ikut rules aku, macam mana dan apa orang nak judge aku lepastu aku tak pernah kisah. Sebab benda ni simple, hidup ni kan macam cycle. Macam mana kau jeling aku harini, jangan esok kau tak terjeling anak kau pulak. Aherher.

Jadi, terus tenang dan jangan endahkan apa orang cakap agar kekal bahagia dan menikmati hidup dengan jayanya!

Friday, November 8, 2013

Si Ayah


Aku tak tahu kenapa tiba-tiba aku nak menulis. Mungkin sebab tadi ada terbaca satu status di fb dan secara tak sengaja hati aku tersentuh. Nah, 

"Anakku.
Memang ayah tak mengandungmu,
tapi darahnya mengalir didarahmu, namanya melekat dinamamu.
Memang ayah tak melahirkanmu,
tapi suaranya-lah yang pertama menghantarkanmu pada Tauhid ketika kau lahir.
Memang ayah tak menyusuimu,
tapi dari keringatnyalah setiap titisan yang menjadi air susumu.
Nak.
Ayah memang tak menjagaimu setiap saat,
tapi tahukah kau dalam doanya selalu ada namamu disebutnya.
Tangisan ayah mungkin tak pernah kau dengar kerana dia ingin terlihat kuat agar kau tak ragu untuk berlindung di lengannya dan dadanya ketika kau merasa tak aman.
Pelukan ayahmu mungkin tak sehangat dan seerat Ibu, kerana kecintaannya dia takut tak sanggup melepaskanmu.
Dia ingin kau berdikari, agar ketika kami tiada kau sanggup menghadapi semua sendiri.
Jauh didalam hatinya dia hanya ingin mampu membanggakanmu di mata Rasulullah s.a.w, menjadi penolong di Padang Mahsyar serta menjadi hijab dari api neraka.
Ibu hanya ingin kau tahu nak.
bahawa.
Cinta ayah kepadamu sama besarnya dengan cinta Ibu.
"Jagalah selalu kecintaan dari ayahmu dan janganlah engkau memutuskannya, kerana yang demikian lalu Allah SWT akan memadamkan cahaya dari padamu" (HR. Bukhari)
Anakku.
Pada diri ayahmu juga terdapat syurga bagimu."



Tentang ayah. Aku pasti ramai antara kita yang rapat dengan mak daripada ayah. Apa-apa pun cari mak. Kenapa tah. Dan terus terang, aku sendiri pun macam tu. Walau aku orang gelar 'anak ayah', tapi dari persepsi aku, aku lebih rapat dengan mak. Lumrahnya seorang anak akan lebih menghala kepada ibunya. Ikatan kasih tu orang kata lebih kuat. Atau mungkin kerana aku perempuan, dan mak juga perempuan secara semulajadi komunikasi tu lebih mudah. Aku tak pasti. 

Aku ni anak yang degil. Selalu panas bila dengan ayah. Sampai kadang-kadang aku rasakan apa ayah cakap dekat aku semuanya salah. Dan dengan darah muda, aku suka buat kepala. Kalau aku tak melawan, aku diam dengan sakit hati dekat dada. 

Jangan mencaci aku. Jangan cuba nasihat aku. Bukan aku menidakkan silap aku. Cuma aku nak kita tilik diri sendiri. Apa sepanjang hidup kau menjadi seorang anak, tak pernah sekali pun kau rasa dan buat apa yang aku pernah lakukan?

Sampai satu saat, bila aku semakin menginjak dewasa. Sudah tahu mencari rezeki. Mula sedar bagaimana susahnya seorang ayah membesarkan aku. Tika ini, persepsi aku mula berubah. Sifat panas dan sinis aku terhadap ayah cuba aku hindar. Mula belajar untuk kawal. Bagi aku, tak semua benda nak kena lawan. Cukup dengan diam. Tak banyak, cuma diam. Dan diam. Itu cara yang aku cuba praktikkan. Aku cuba. Aku dan ayah dari dulu sehingga kini tak pernah putus komunikasi. Setiap hari aku bertegur sapa dan kadang bergurau dengan cara sendiri. Sebab bagi aku, jangan terlalu buat hal sendiri sampai abaikan si ayah, kelak kau menyesal tak sudah.

Haih.

Aku sendiri tak pasti kenapa orang dan aku sendiri selalu mengenang pengorbanan seorang ibu sehingga terkadang lupa besarnya jasa sang ayah. Terlalu mengagung kedudukan si ibu sehingga lupa wujudnya ayah yang perlu disanjung. Mengejar syurga dibawah telapak kaki ibu sampai terlepas pandang kunci syurga ada pada ayah. 

Bila si ibu berkecil hati, risaunya bak mendengar guruh di langit. Tiba sang ayah, khabar berkecil hati bagaikan tak pernah wujud dalam kamus. Mari aku tanya, apa kau pernah sedar saat bila dia berkecil hati? Atau kau tak pernah peduli? Sifat si ibu mudah meluah segala yang terbuku, tapi tidak si ayah yang lebih suka simpan dan pendam. Bila ditanya, jawapan nya mudah dan masih seperti dulu. Dan terkadang sifat seorang ayah itu membuatkan dia terus tua bersama rasa hati dalam diam. 

Kadang-kadang aku terfikir, apa agaknya yang ayah aku rasa, apa yang dia fikir. 

Ramai anak-anak mengambil mudah dalam urusan si ayah dengan tanggapan ayah itu lelaki. Lumrah lelaki itu kuat dan gagah. Pasti dia boleh menjaga diri dan menahan perasaan layaknya seorang lelaki. Atas alasan itu, kau biar ayah ditepi dan terus memanja si ibu. Tapi apa kau lupa wahai si anak, ayah itu masih seorang ayah. Yang tetap dan masih mahu belaian dari anak-anaknya. Cuma tinggi egonya membuatkan dia terus diam seolah tak kisah dengan semua. Sedangkan dalam hati, cuma Tuhan yang tahu. 

Keadaan melebihkan ibu dari ayah membuatkan aku sendiri tertanya pada diri sendiri. Apa selama ini aku cukup adil terhadap mak dan jugak ayah aku. Kalau si anak kerap kali mempersoalkan keadilan si bapa dan si ibu terhadap sejumlah anak, tapi kita si anak bagaimana? Cuma punya satu ibu dan satu ayah perlu dibahagi layanan dan sayang dan sepatutnya tidak pernah wujud masalah untuk itu. Tapi mari kita muhasabah, apa kau layan, apa kau kasih, apa kau sayang keduanya dengan seadil-adilnya? 

Aku tak kata aku sudah menjadi anak yang baik, atau acah-acah sempurna. Jangan fikir aku menulis ini atas dasar berlagak solehah. Ini sekadar meluah rasa. Entah, mungkin sebab dek puisi Fynn Jamal-Biar tu kot :)